Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Motherboard adalah komponen asas bagi komputer. Motherboard perlu dipasang terlebih dahulu sebelum pemasangan komponen-komponen komputer yang lain.
Setelah mendapatkan motherboard yang sesuai, buka kotak motherboard dengan berhati-hati dan ikuti langkah-langkah pemasangan seperti di bawah:
Langkah-langkah pemasangan motherboard
1. Kenalpasti lokasi rear panel cover. Pasang rear panel cover dari dalam casing. Gunakan test pen atau screw driver minus bersaiz kecil untuk memasang rear panel cover.
2. Kenalpasti lokasi stud dan lubang untuk dimasukkan screw motherboard.
3. Masukkan motherboard dengan cara memasukkan motherboard ke dalam rear panel cover terlebih dahulu. Berhati-hati supaya tiada komponen motherboad yang patah/rosak dengan cara memegang bahagian tepi casing sahaja.
4. Gerakkan motherboard ke arah lokasi lubang screw yang betul.
5. Screw motherboard dengan menggunakan screw driver dan jenis screw yang betul. Untuk memudahkan kerja, sila screw mengikut susunan yang bertentangan terlebih dahulu (seperti memasang roda kereta), kemudian baru ketatkan semua screw.
6. Pastikan screw yang dipasang tidak longgar supaya motherboard tidak tertanggal. Pastikan juga screw yang dipasang tidak terlalu ketat supaya tidak merosakkan/memecahkan motherboard.
7. Motherboard telah siap dipasang. Periksa semula bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan.
Related Posts:
Tags: Motherboard, Pemasangan komputer
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>













rajin la amek gambo satu2 ye ..
tengah rajin :p
Best, buat blog praktikal psl pemasangan komputer ni. Aku pun dh lama x psg komputer sendiri, lastly psg komputer tahun 2006 kot.
.-= Shahrul´s last blog ..Relay =-.
owh..tu dah lama sangat tu..teknologi pun dah banyak berubah..tapi ok dah ada experience pernah bukak pc..
Mmg dh lama x involve. Skg nak main dgn bios, nak configure device PATA ng SATA pun kene study balik.
teknologi memang cepat berubah..
.-= sufian´s last blog ..Panduan Pemasangan Processor Siri 2 =-.
hehe..saya hendak bina PC barulaa, jadi adakah boleh socket 478 pada motherboard ASRock P4i65G diletakkan CPU intel core duo atau intel core i3/i5/i7?? sebelum ini letak intel pemtium D/4..
tak support ler..cuba baca artikel ni http://sufian.info/2010/04/fun.....processor/