Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
BIOS (Basic Input Output System) ialah koleksi program/pengaturcaraan yang dijalankan sebaik sahaja komputer dihidupkan. Program ini telah dimasukkan ke dalam BIOS Flash ROM / Chip semasa proses membuat motherboard di kilang. BIOS chip menyimpan ingatan ROM, ini bermaksud ingatan BIOS hanyalah boleh di baca sahaja (read), bukan untuk diubah/ditambah (write). Ingatan BIOS adalah bersifat kekal, ini bermaksud program BIOS masih kekal disimpan walaupun suis komputer dimatikan.
Bagi memudahkan kita memahami fungsi BIOS yang asas, kita dapati bahawa setiap kali komputer kita dihidupkan, maka paparan monitor akan menunjukkan seperti gambar di atas. Dari paparan tersebut kita dapat lihat bahawa program BIOS berfungsi untuk mengesan setiap perkakasan komputer yang dipasang mengikut turutan yang telah ditetapkan. Contoh perkakasan komputer yang dikesan semasa proses POST (Power On Self Test) ialah Processor, RAM dan Hard Disk.
Fungsi BIOS:
a. Memulakan (initialize) mengenal perkakasan ketika komputer dihidupkan.
b. Menguji komputer bagi memastikan ia berjalan dengan baik. BIOS juga berfungsi sebagai asas untuk melakukan proses troubleshooting perkakasan komputer.
c. Menjalankan operating system (Windows, Linux, …)
d. Sebagai “orang tengah” diantara perkakasan dan perisian.
Terdapat beberapa settings pada BIOS yang boleh kita tetapkan, dan settings ini disimpan selagi bateri CMOS pada motherboard masih berfungsi. Gambar di bawah menunjukkan paparan BIOS Setup Utility bagi menetapkan BIOS setting. Cara-cara menetapkan BIOS setting telah diterangkan pada artikel seterusnya.
Related Posts:
Tags: bios, fungsi bios, kegunaan bios, Motherboard
4 Comments »
Trackback responses to this post
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.






Di masa akan datang, saya rasa saudara boleh letak entri pasal bunyi beep beep dekat BIOS. Ramai tertanya-tanya apa maksud beep beep tu. Ada maksud dia berdasarkan bilangan beep beep tu hehe.
Ops silap.. tak nampak rupanya dah ada entri tu. Maaf
terima kasih. kalau ada kelapangan nanti, saya record contoh bunyi beep dan letak dalam blog ni