Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Kita sering terjumpa perkataan “chipset” sekiranya melihat spesifikasi sesuatu motherboard. Kadangkala jurujual juga ada menekankan chipset motherboard bagi menentukan harga motherboard. Ini menunjukkan bahawa chipset juga penting bagi pemilihan motherboard.
Mengenali Chipset
Chipset ialah IC/chip utama bersaiz besar berbanding IC yang lain dipasang pada motherboard. Chipset ini berfungsi untuk menjalankan operasi utama penghantaran data di motherboard. Tanpa chipset, setiap komponen motherboard tidak dapat dihubungkan. Diantara contoh chipset ialah Intel, SiS dan VIA.
Contoh gambar Chipset adalah seperti di bawah. Terdapat 2 jenis chipset iaitu Southbridge Chipset dan Nortbridge Chipset. Sila rujuk artikel Diagram Motherbord bagi melihat komponen motherboard yang dihubungkan kepada setiap chipset.

Selalunya southbridge chipset dilekatkan heat sink (penyejuk) di atasnya. Ini adalah kerana southbridge chipset menjalankan penghantaran data dengan sangat pantas pada setiap masa, dengan menjalankan tugas paling utama di motherboard. Penerangan lanjut diterangkan di artikel Diagram Motherbord.
Lokasi Chipset
Southbridge Chipset berkedudukan di sudut atas motherboard. Berdekatan dengan processor.
Manakala Northbridge Chipset pula berkedudukan di sudut bawah motherboard, berdekatan dengan PCI Slot.
Cuba kenalpasti lokasi chipset (Intel) pada gambar manual motherboard di bawah.
Related Posts:
Tags: chipset, Motherboard
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.





No comments yet.