Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->

Gambar RAM

Mengenal RAM

RAM (Random Access Memory) ialah salah satu ingatan utama bagi komputer. Lokasi RAM adalah berdekatan dengan processor. Ini penting supaya data diantara RAM dan processor dapat dihantar dengan pantas. Sila rujuk artikel Diagram Motherboard bagi mendapat gambaran yang lebih jelas.

RAM berfungsi untuk memegang arahan dan data yang akan diproses oleh processor. RAM bersifat volatile, iaitu bermaksud data yang disimpan oleh RAM akan hilang apabila komputer dimatikan.
Sebagai contoh kegunaan RAM, pada waktu anda buka blog ini, RAM komputer anda sedang diisi dengan data yang memaparkan blog ini. Namun, ianya akan hilang dari RAM sekiranya komputer dimatikan (Sebab itu kita memerlukan storage bagi tujuan penyimpanan data).




Diantara jenama RAM yang terdapat dipasaran ialah Kingston, Corsair, Hynix, Apacer dan lain-lain lagi.

Jenis-Jenis RAM

EDO RAM (Enhanced Data Output RAM)
Gambar EDO RAM

- mesti dipasang berpasang-pasangan
- 1 notch (alur pada kaki RAM)
- digunakan pada komputer lama (90an)

RDRAM RAM (Rambus Dynamic RAM)
Gambar RDRAM

- 232 pin
- ada heat sink (sistem penyejuk khas)
- mesti dipasang berpasang-pasangan
- digunakan pada komputer lama (1999, 2000, …)

SDRAM RAM (Synchronous Dynamic RAM)
Gambar RAM SDRAM

- 168pin
- 2 notch
Kelajuan: 100MHz, 133MHz
Kapasiti Maksimum: 512MB

DDR RAM (Double Data Rate RAM)
Gambar DDR-RAM

- 184 pin
- 1 notch
Kelajuan: 266MHz (PC2100), 333MHz (PC2700), 400MHz (PC3200)
Kapasiti Maksimum: 1GB (ada chip pada lapisan depan dan belakang RAM)

DDR II
Gambar DDR2-RAM

- 240 pin
- 1 notch (tetapi berbeza dengan DDR, lubang notch ke kiri sedikit)
Kelajuan: 533MHz (PC4200), 667MHz (PC5300), 800MHz (PC6400)
Kapasiti Maksimum: 2GB

DDR III
Gambar DDR3-RAN

- 240 pin
- 1 notch (tetapi berbeza dengan DDR dan DDR2, lubang notch lebih ke kiri lagi)
Kelajuan: 1333MHz (PC10666), …
Kapasiti Maksimum: 4GB

* Istilah SODIMM (Small Outline Dual In-Line Memory Module) adalah RAM untuk notebook /laptop.

* Istilah SIMM (Single In-line Memory Module) merujuk kepada RAM lama, contohnya EDO RAM yang mempunyai sebelah kaki RAM sahaja yang aktif (berfungsi). SIMM mempunyai 30 pin atau 72 pin. SIMM 30 pin memerlukan 4 keping RAM dipasang pada motherboard manakala SIMM 72 pin memerlukan sekurang-kurangnya 2 keping RAM dipasang pada motherboard.

*Istilah DIMM (Dual In-line Memory Module) merujuk kepada RAM lebih terkini dari SIMM, contohnya DDR RAM dimana kedua-dua permukaan modul RAM itu adalah aktif (berfungsi). DIMM mempunyai 168 pin (84 x 2) dan hanya memerlukan sekeping RAM sahaja untuk beroperasi.

* Istilah DDR (Double Data Rate SDRAM) pula mempunyai ciri-ciri yang sama dengan SDRAM, tetapi mempunyai 184 pin dan kelajuannya lebih pantas dari SDRAM.

Mengenal RAM, Fungsi RAM, Ciri-Ciri RAM

Spesifikasi RAM, Jenis RAM

Related Posts:

Tags: , , , , , , ,

RSS feed | Trackback URI

47 Comments »

Comment by alicuccasia-tool
2010-05-17 19:19:52

sangat menarik, terima kasih

 
Comment by adi ksm electrozz
2010-09-30 21:50:02

memang menarik dan cukup menambah wawasan.
TRIMAKASIH.

 
Comment by lee
2010-11-06 10:54:26

boleh ke pc3200 campur dengan pc5300

Comment by sufian
2010-11-09 12:07:56

memang ada sesetengah motherboard yg menyediakan kedua-dua slot DDR dan DDRII , tetapi hanya 1 slot shj yg boleh aktif (digunakan) pada satu masa..
cuba check manual motherboard, rasanya ada diterangkan…

 
 
Comment by bonar
2011-02-27 11:07:57

gan mo tanya knp ane maen game onlen msh berat aja yak?…pdhl dah pake ddr2 2gb, procie core 2 quad

Comment by sufian
2011-03-01 00:24:49

cuba baca artikel “kenapa komputer lambat siri 1″ – http://sufian.info/2010/11/kom.....embaiki-1/ … hingga siri 7..
mungkin boleh membantu

 
 
Comment by badrul Subscribed to comments via email
2011-03-01 12:57:10

salam, ram memg perlu selari ke baru boleh berfungis? contoh 512mb dgan 512mb..boleh tk 512mb dgan 2gb?untuk ddr2

Comment by sufian
2011-03-01 23:31:12

salam, lain motherboard tak sama spesifikasi nya, cuba check manual motherboard samada support 512MB dan 2GB atau tak?

tetapi dari segi praktikal, tak digalakkan lain kapasiti, lebih2 lagi bezanya agak besar. Kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan pada prestasi komputer…

 
 
Comment by ranto
2011-04-26 11:53:53

artikel ini bagus buat menambah pengetahuan, trimakasih telah berbagi pengetahuannya..

Comment by sufian
2011-04-29 10:21:03

sama2 :)

 
 
Comment by ijas
2011-05-31 09:34:49

gan kalo RAM nya d bagi sma VGA pengaruhnya apa ya…????

Comment by sufian
2011-06-01 09:48:55

kalau memori RAM dibahagikan terhadap VGA (boleh setting di BIOS), maka saiz RAM akan dikecikkan untuk operasi, tetapi kualiti graphic boleh ditambah..

tetapi sebaiknya, kita gunakan external graphic card (graphic card tambahan) supaya memori RAM hanya untuk operasi, untuk kualiti graphic (VGA) hanya menggunakan memori graphic card sahaja..

 
 
Comment by RUDI
2011-07-02 10:45:57

mau nanya gan computer aku mau di upgrade ram menjadi 6 gb tadinya memakai corsair twin 2×2 gb cuma keping ram yang satu rusak terus aku beli yang 2×2 gb lagi bisa ga ?

Comment by sufian
2011-07-04 22:53:38

saya kurang faham soalan..

tetapi anda boleh tambah RAM sekiranya RAM tersebut compatible dengan motherboard (frekuensi RAM).. anda boleh tambah atau gantikan dengan yang lain.

untuk 6GB RAM pula, pastikan motherboard support max RAM tersebut hingga 6GB

 
 
Comment by Mega
2011-07-04 09:51:16

misalkan ada dua slot buat DDR kan,dua2nya dipasang DDR.nah,ukurannya berbeda.yang satu 256MB yang satunya lagi 128MB,kira-kira apa pengaruhnya ya loc kita pasang dua ram dengan ukuran yang berbeda?

Comment by sufian
2011-07-04 22:56:29

anda boleh buat begitu sekiranya frekuensi / kelajuan RAM tersebut compatible dengan motherboard, juga motherboard tersebut membenarkan anda berbuat begitu.

Tetapi tidak digalakkan kerana ia akan memberi kesan sedikit sebanyak terhadap performance.. sebaiknya tambah dengan kapasiti yang sama shj.

 
 
Comment by Bimo Subscribed to comments via email
2011-09-05 21:51:54

Menurut saya RAM sangat ppenting buat saya,karena bagian terpenting jiwa komputer.
Terima kasih atas infonya yang lebih.

Comment by sufian
2011-09-08 17:25:19

kalau takde RAM, komputer tak berfungsi :)

 
 
Comment by ratna
2011-09-16 13:39:41

kalo RAM merk NANYA tau kelebuhannya gx?

Comment by sufian
2011-09-21 08:52:53

maaf, saya kurang faham soalan.

saya pernah jumpa RAM jenama NANYA, digunakan dalam laptop ACER.

 
 
Comment by Maulana
2011-09-18 09:22:48

gan punya ane itu DDR2 SDRam…
itu punya ane 1GB pengen diupgrade jadi 3GB…
Biza kaga gan?
blz ke e-mail ane gan..

Thanks

Comment by sufian
2011-09-21 08:57:11

setahu saya setiap DDR2 maksimum 2GB. Tetapi anda boleh gunakan 2GB + 1GB (2 keping RAM) sekiranya motherboard anda support 3GB untuk RAM.

* Tetapi digalakkan guna 2GB + 2GB atau 1GB + 1GB

 
 
Comment by Sazali
2011-09-27 23:28:01

Sye nak tanya ram pc aku 960 MB je
tapi bile main game online yang besar saiznye 2GB ,setiap kali main selau hang dan sangkut-sanhkut
Pls.. boleh tolong bagi penjelasan

Comment by sufian
2011-09-28 09:21:35

lembap mungkin sebab:
- RAM rendah
- internet slow (sebab game online)
- processor rendah dan lain-lain

contoh: kalau satu masa perlu 900MB untuk grafix menggunakan RAM, itu tak masuk lagi proses2 lain.. maka operasi terpaksa que (beratur) untuk gunakan RAM..
bila RAM kecik, lagi lama masa untuk que bagi semua proses yang menggunakan RAM

 
 
Comment by Nabilah
2011-10-18 10:18:25

Terima kasih atas maklumat nya….

 
Comment by fendri
2011-10-28 04:44:16

kalo RAm laptop acer itu apaa ya

Comment by sufian
2011-11-02 03:40:50

maksud saya ialah RAM di dalam laptop yang berjenama ACER

 
 
Comment by waidamn Subscribed to comments via email
2011-11-10 20:34:30

salam,,tumpang tanye..antara due ni mane lg best?
laptop A
1)NVIDIA GEFORBE GT 520M with 1GB DDR3 VRAM GRAPHICS
2)RAM:2GB DDR3 RAM
3)750GB SATA HDD
laptop B
1)NVIDIA GEFORCE GT525M(dedicated 1GB VRAM)
2)4GB DDR3 SDRAM
3)640GB(SATA) with shock absorbers HDD
kdue2 nya intel core 2nd gen i5.harap boleh tolong.thanks :)

Comment by sufian
2011-11-15 12:43:04

graphic card tu lebih kurang sama je.. speed pun sama kan?

hard disk tu terpulang pada keperluan, dua2 saiz besar..

kalau harga sama, macam best laptop B je sebab RAM besar. laptop sebaiknya guna RAM saiz besar

 
 
Comment by waidamn Subscribed to comments via email
2011-11-15 22:10:48

ala yeke?saye da tbeli yg laptop a pon..ngt sdram 2 slow dr ram,,xpe laa,,thanks ea?yup,,arge same je,,a:asus b:toshiba :)

Comment by sufian
2011-11-19 04:20:51

dua2 jenis DDR3 kan..
takpe, nanti2 bleh tambah lagi 2GB RAM…

 
 
Comment by ria
2011-11-21 18:24:47

cukup baik …. ^_^
qt bz knal tenttang ap it ram …….:D

Comment by sufian
2011-12-02 02:28:57

:D

 
 
Comment by waidamn Subscribed to comments via email
2011-11-22 01:35:15

eh,boleh tambah?boleh tambah sendiri2 ke,,kene g kedai komputer?

Comment by sufian
2011-12-02 02:30:48

saya dah terangkan di sini: http://sufian.info/2010/08/car.....mm-laptop/

tetapi bagi laptop yg ada warranty, biar kedai tu yg buat. Sebab kalau kita buka/pasang sendiri nanti warrany jadi tak valid..

 
 
Comment by Agen Bola
2011-11-22 23:56:56

Thanks infonya gan. Salam kenal.

Comment by sufian
2011-12-02 02:37:54

salam kenal juga..

 
 
Comment by waidamn Subscribed to comments via email
2011-12-06 23:23:50

okes,,mekaseh

 
Comment by aragon09 Subscribed to comments via email
2011-12-22 01:40:22

gan kompi gue lemot gan..spek p4, 1.7 ghz, ram 128 pc133, hd40,,lemot……apa pebgaruh dari rammm..dan apa ada persamaan utk ram pc133…salammm

Comment by sufian
2011-12-31 15:38:17

RAM 128MB tu agak kecil kapasitinya. Perlu RAM yang besar pada masa sekarang.

Tapi disarankan upgrade sekali motherboard, processor yang terkini, supaya boleh guna RAM yang lebih besar. contohnya RAM DDRII, DDRIII…

 
 
Comment by megat
2012-01-23 22:06:42

salam.. nak tnye… boleh saya dptkan nota ni tak

Comment by sufian
2012-02-01 23:23:07

boleh, seperti syarat di bawah. kemudian email pada saya..

 
 
Comment by shathis Subscribed to comments via email
2012-01-26 18:37:04

apa kegunaan hardisk dan apa definisi.

 
 
Comment by faizal
2012-01-31 21:12:22

saya nak tanya..mthbord saya ada empat slot DDR2 DAN DDR3. boleh tak klaw saya masuk kan ram DDR2 dengan DDR3 sekali..

anta di email saya faizal_selangor90@yahoo.com
terima kasih..

Comment by sufian
2012-02-01 23:38:08

setahu saya, motherboard tu khas sekiranya kita nak upgrade DDR2 kepada DDR3.
tapi tak boleh guna serentak DDR2 dan DDR3.. kena guna satu jenis RAM je pada satu masa..

cuba check manual motherboard utk penjelasan lanjut..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>