Jenis-Jenis Slot Graphics Card

gambar graphics card

Pengguna komputer yang menggunakan applikasi grafik sering menitikberatkan prestasi dan kualiti hasil paparan pada monitor. Sudah semestinya Graphics Card juga adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan prestasi dan kualiti paparan. Terdapat berbagai-bagai jenama, jenis, spesifikasi Graphics Card dipasaran, hanya kitalah sahaja yang perlu memilihnya. Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut berkenaan Graphics Card, saya cuba untuk menerangkan slot untuk Graphics Card pada motherboard terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak memahami Slot Graphics Card, dikhuatiri kita akan tersilap memilih Graphics Card yang sesuai pula.






Jenis Slot Graphics Card

Slot Graphics Card umumnya telah berubah mengikut perubahan terknologi semasa. Diantara jenis-jenis slot untuk Graphics Card adalah seperti berikut:

    1. PCI (Peripheral Component Interconnect /Interface) Slot
    Gambar PCI Slot

    PCI Slot sebenarnya boleh juga digunakan untuk meletakkan berbagai-bagai kad yang lain (contohnya TV Card, Network Card, Sound Card) disamping kita gunakannya untuk Graphics Card. Bagi setiap motherboard, kebiasaannya mempunya PCI Slot yang banyak. Namun slot ini tidak digalakkan untuk kegunaan Graphics Card kerana kelajuaan penghantaran datanya yang kurang berbanding slot-slot Graphics Card yang lain. Hanya gunakannya bagi tujuan troubleshooting atau sekiranya tiada pilihan lain sahaja.
    2. PCI-X (PCI Extended) Slot
    Gambar PCI-X

    PCI-X tidak dikeluarkan lagi pada masa sekarang.
    3. AGP (Accelerated Graphics Port) Slot
    Gambar AGP Slot

    AGP telah mula di”pupuskan” pada masa ini. Oleh itu, disarankan supaya tidak membeli motherboard yang mempunyai AGP slot kerana kesukaran untuk mendapatkan alat ganti pada masa akan datang.
    4. PCI-E (PCI Express) Slot
    Gambar PCI-E

    PCI-E adalah lebih laju dan terkini berbanding yang lain. Pastikan anda memilih motherboard yang mempunyai PCI-E slot pada masa ini. Ada berbagai-bagai jenis PCI-E, tetapi untuk kegunaan Graphics Card kebiasaannya ialah PCI-E x 16 (saiz lebih panjang)

Related Posts:

sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

6 thoughts to “Jenis-Jenis Slot Graphics Card”

  1. memang ada jual kat kedai graphic cards utk PCI.. harga mahal sebab tak banyak dijual.

    tapi digalakkan guna slot khas utk graphic card (PCIE / AGP) untuk lebih performance…

  2. Thanks bro..

    Saya jadi lebih banyak tahu terhadap yang selama ini kurang paham.
    Bahasanya sederhana dan mudah dipahami..

    sekali lagi thanks..dan salam kenal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge