Terima kasih kerana melawat blog ini!

Gambar Manual dan CD Driver

Setiap kali kita membeli motherboard, kebiasaannya kita akan mendapat buku manual motherboard (manual motherboard) dan CD yang mengandungi perisian motherboard tersebut (cd driver). Selalunya, manual motherboard dan cd driver itu akan digunakan semasa memasang motherboard sahaja. Setelah pemasangan motherboard/komputer selesai dilaksanakan, maka manual motherboard dan cd driver tersebut akan dibuang begitu sahaja.

Tabiat ini adalah amat merugikan dan mungkin boleh mendatangkan masalah kepada kita pada masa hadapan!
-Tetapi mungkin memberikan keuntungan kepada kedai komputer πŸ™‚



Manual Motherboard memberikan pengetahuan terperinci, khas berkenaan motherboard tertentu. Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat tersebut di tempat lain, tetapi tidak setepat atau terperinci seperti yang diterangkan di dalam manual motherboard.

Manual Motherboard:

Maklumat yang boleh kita dapatkan dari motherboard ialah:
1. Spesifikasi dan support motherboard dengan terperinci
Gambar Manual Book Motherboard
2. Diagram komponen-komponen pada motherboard
3. Cara pemasangan komponen-komponen dan jumper-jumper (front panel, usb, audio, cmos)
4. Troubleshooting FAQ
5. Maklumat teknologi terkini yang terlibat

Oleh itu, kita sedia maklum bahawa manual motherboard sangat penting sekiranya kita kita hendak memasang semula motherboard, menaik taraf (upgrade) motherboard atau menukar alat ganti komponen-komponen komputer.

Mungkin yang telah berpengalaman tidak mengalami masalah, tetapi kadangkala masalah berikut mungkin juga akan terjadi sekiranya manual motherboard tidak dirujuk:
1. Terpaksa menggunakan masa yang lama untuk membaca tulisan yang terlalu kecil/tidak jelas di motherboard bagi mendapatkan petunjuk (legend) berkenaan jumper setting, nombor socket processor,…
2. Terpatah/tersilap semasa memasang jumper setelah mencuba beberapa kali.
3. Sukar mengenalpasti kedudukan asal jumper yang tercabut dari motherboard (terutama motherboard lama yang mempunyai banyak jumper).
4. Kesilapan membeli komponen (cth: RAM) kerana tersilap menentukan RAM slot.
5. Kesilapan membeli power supply.
6. Terpaksa membuka casing terlebih dahulu untuk melihat spesifikasi komponen asal, bagi tujuan upgrade (cth: Jenis RAM, Socket Processor, SATA/IDE, PCIE/AGP)

CD Driver Motherboard

Begitu juga dengan CD Driver, ia mempunyai perisian untuk mengoptimumkan atau membolehkan komponen pada motherboard berfungsi. Ia juga sangat penting bagi urusan kerja format Operating System atau membaiki perisian yang sedia ada. Saya baru sahaja membaiki satu laptop Fujitsu FMV Biblo (keluaran di Jepun sahaja) dimana CD Drivernya telah pun hilang.

Berikut adalah diantara masalah yang saya hadapi untuk mendapatkan semula perisian driver motherboard:
1. Perlu menapis terlalu banyak website berkenaan laptop tersebut kerana kebanyakannya adalah website menjual laptob.
2. Websites yang menyediakan driver laptop tersebut semuanya menggunakan bahasa Jepun! Kalau gunakan perkhidmatan terjemahan bahasa pun, masih tidak boleh terjemah 100%.
3. Kesilapan download driver yang salah kerana saya tidak faham bahasa Jepun. (Ada juga website yang terdedah dengan virus!)
4. Banyak masa digunakan, lebih-lebih lagi internet yang saya gunakan tidak stabil…

Saya pernah dengar bahawa ada kedai komputer yang mengenakan bayaran lebih RM100 untuk mendapatkan perisian driver sahaja! Mungkin inilah sebabnya…

Oleh itu, jika anda mahu jimat masa dan duit, silalah simpan manual motherboard dan CD Driver anda!

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by Alon
2010-03-24 11:21:57

aku tak simpan pon xpe , drive boleh cari dalam internet ^.^

Comment by sufian
2010-03-24 15:01:50

memang boleh cari..tapi problem macam kat atas tu le.
Lebih2 lagi kalau komputer dah terlalu lama..

 
 
Comment by Alon
2010-03-25 15:17:52

betul , sekarang banyak driver lama yang tak disupport dengan tak kasi update oleh pembuat mobo sendiri .

Comment by sufian
2010-03-26 01:49:17

kalau beli motherboard baru pun, masih kena hati2. cthnya motherboard “takde jenama” pentium 4 masih ada dijual, tapi warranty 1 bulan je! pastu bila install kuar bahasa cina/taiwan kot..silap2 ada driver yg tak cukup atau slot yg takde boleh guna (pernah terkena)

 
 
Comment by Alon
2010-03-28 01:32:56

ada kawan terbeli laptop macam acer aspire 5500Z masa tu tahun 2006 , dia terbeli yang bukan jenama acer , tak silap nama dia Hijjiao . Dia kata driver boleh cari kat acer, tapi bila try . satu pun tak boleh , bluetooth je yang boleh . tak pasal-pasal pergi beli driver kat orag yang jual laptop tu . harga driver 1 RM20 . T.T muntah darah nk beli sampai 8

Comment by sufian
2010-04-13 15:25:39

saya pun belajar dari pengalaman..sebab dah terkena

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>