Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!


Gambar Processor

Fungsi Processor (CPU)

Processor adalah berfungsi untuk memproses data yang diterima dari masukan (input). Ia juga digambarkan sebagai “otak” kepada komputer dimana setiap data akan melalui processor bagi menghasilkan keluaran (output) yang sepatutnya. Tanpa processor, komputer tidak dapat berfungsi, sesuai dengan nama lainnya iaitu Central Processing Unit atau ringkasannya CPU.

Sebagai contoh, ketika anda taip alamat blog ini, maka processor akan menerima masukan tersebut dan berurusan dengan komponen-komponen komputer yang lain seperti RAM, hard disk, motherboard, dan lain-lain komponen bagi menghasilkan keluaran / hasil yang anda kehendaki. Sekiranya processor tidak berfungsi, maka komponen-komponen komputer yang lain juga tidak dapat berfungsi.

Rekabentuk Processor

Pada masa dahulu, rekabentuk processor sesuai dipasang secara slot. Tetapi kini, rekabentuk processor semuanya sesuai dipasang secara soket. Umumnya, kini terdapat dua pengeluar processor iaitu Intel dan AMD. Rekabentuk luarannya hampir sama, iaitu berbentuk segiempat dan mempunyai pin-pin yang banyak sebagai connector kepada motherboard. Terdapat rekabentuk terkini dari Intel iaitu soket LGA775 yang tidak mempunyai pin, sebaliknya motherboard yang mempunyai pin-pin connector untuk dihubungkan dengan processor.

Pemilihan Processor

Jika imbas kembali kepada tips pemilihan motherboard, jenis processor dan soket processor adalah perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum membeli motherboard. Pendek kata, processor adalah komponen perkakasan komputer terpenting sebelum membeli komponen-komponen komputer yang lain. Perlu diingatkan juga, kebiasaannya processor adalah perkakasan komputer yang paling mahal.

Jenis-Jenis Processor:

Intel
- Pentium II
- Pentium III
- Pentium IV
- Pentium IV Celeron
- Pentium D
- Dual Core
- Core 2 Duo
- Core 2 Extreme
- Quad Core

AMD
- Sempron
- Athlon
- Athlon AM2 X2
- Phenom

Setelah menentukan jenis processor yang dikehendaki, kita perlu melihat kepada no soket processor pula. Ini amat penting supaya kita tidak tersilap memilih motherboard yang tidak compatible dengan processor kita.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa nombor soket processor sebagai rujukan untuk memilih processor dan motherboard yang sesuai:

Nombor Soket

Processor / No Pin

Jenis Processor Yang Bersesuian
Intel
Soket 423 Pentium IV / PGA (Pin Grid Array)
Soket 478 Pentium IV/ PGA 2nd Ver., Pentium IV Celeron (DDR
RAM
)
Soket 603 Pentium IV Xeon (micro PGA)
Soket LGA 775 Pentium IV, Pentium D, Core 2 Duo, Celeron 420
AMD
Soket 754 Athlon 64 (mPGA), Sempron
Soket 939 Athlon 64, Athlon 64-X2
Soket 940 Athlon 64 FX 51 (micro PGA)
Soket AM2 Athlon AM2, Athlon AM2-X2, Sempron Limited Edition

Ini adalah sebahagian dari nombor soket processor yang ada. Namun, pilihlah processor dan motherboard yang ada dipasaran supaya mudah untuk mendapatkan alat ganti perkakasan komputer yang bersesuaian.

Gambar Kotak Processor

FSB dan L2 Cache juga adalah diantara ciri tambahan yang perlu kita perhatikan semasa memilih processor. InsyaAllah, saya akan cuba menjelaskannya jika berkesempatan.

Bookmark and Share

Related Posts:

Tags: , , , ,

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by sangilapi
2010-04-13 09:15:54

salam sufian,
ni kalau dibuat satu niche blog(gadget) dalam bi pun canteek :)

Comment by sufian
2010-04-13 15:16:06

salam,

pernah juga terfikir, tapi wat masa ni nak concentrate bm dulu, kalau berkesempatan baru buat bi pula, niche yg lain…trima kasih cadangan

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
CommentLuv Enabled

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.