Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Pada artikel yang lepas, saya telah menunjukkan cara untuk mengenalpasti nombor soket processor. Kaedah tersebut anda boleh gunakan sekiranya buku manual motherboard telah hilang. Kali ini saya ingin menunjukkan cara untuk memasang processor yang betul.
Pasang Processor:
Langkah-langkah pemasangan processor
1. Saya yakin, ramai yang boleh mengenali processor seperti gambar di bawah. Pastikan anda memegang processor ini dengan berhati-hati. Cuba elakkan dari memegang processor pada bahagian kakinya, tetapi pegang pada bahagian sisi processor. Kaki processor ini sangat lembut, mudah patah ataupun menjadi bengkok. Maklum sahajalah, processor adalah komponen komputer yang termahal, pasti ianya adalah komponen komputer yang sangat sensitif.
2. Ini pula adalah soket processor pada motherboard, tempat di mana processor sepatutnya dipasang.
3. Buka klip soket processor.
4. Lihat semula processor tadi. Kenalpasti tanda arah kedudukan processor yang betul:
a) 1 kaki processor yang missing.

b) Tanda anak panah /segitiga di bucu processor.
c) Tanda lekuk di sisi processor.
5. Kenalpasti pula padanan tanda kedudukan processor tadi di soket processor pada motherboard.
6. Letakkan silikon penyejuk (sedikit sahaja) di atas processor. Tujuan silikon penyejuk adalah supaya kepanasan/haba pada processor dapat diserap dengan baik kepada kipas processor yang akan dipasang nanti. (Sebenarnya anda boleh letakkan silikon penyejuk ini selepas pemasangn processor nanti, tetapi saya tunjukkannya sekarang supaya kualiti gambar lebih terang).
7. Letakkan processor di atas soket processor pada motherboard, mengikut tanda arah kedudukan processor tadi. PASTIKAN ANDA TIDAK TEKAN PROCESSOR INI SEPERTI PEMASANGAN RAM, HANYA LETAKKANNYA SAHAJA!
Daripada gambar di bawah, perhatikan tanda “anak panah /segitiga” dan “lekuk di sisi processor” dipasangkan dengan tanda yang betul di soket processor.
8. Tutup processor dengan klip soket. Processor akan dikunci sekali apabila klip soket ditekan.
Related Posts:
Tags: memilih processor, pasang processor, Pemasangan komputer, soket processor
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.















info-info bergambar begini membuatkan aku lebih berkeyakinan untuk mencuba sendiri andai suatu masa nanti aku terjebak dengan sebarang masalah berkaitan dengan komputer

sangilapi´s last blog ..rezeki ibu
bagus le camtu, memang blog ni diwujudkan utk membantu..:)
sufian´s last blog ..Panduan Pemasangan Processor Siri 3