Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Saya telah menunjukkan cara mengenali jenis soket processor dan cara memasang prosessor pada artikel yang lepas. Sekarang kita perlu memasang kipas processor pula.
Pasang Processor:
Langkah-langkah pemasangan kipas processor intel
1. Pastikan processor telah dipasang dengan betul. Kemudian ambil kipas processor dan pastikan kipas processor adalah berkedudukan yang betul (tidak terbalik). Contoh kipas processor di bawah, adalah kipas processor berjenis intel.
Kipas processor intel adalah lebih susah dipasang berbanding AMD (pada ketika ini). Ini kerana kunci pada kaki kipas processor ini susah sedikit hendak dipasang dan mudah patah. Maka kita perlu berhati-hati…
2. Pastikan kunci kaki kipas processor di buka supaya kunci kaki kipas processor berbentuk tirus. (Gambar belum disertakan)
3. Masukkan kipas processor pada motherboard. Pastikan anak panah pada kunci kipas processor dipusing ke arah kipas, kerana ini menunjukkan “unlock”.
4. Pastikan bahagian plastik pada kaki kipas processor rapat pada motherboard. Ulang pada kaki kipas processor yang lain. Anda boleh gunakan “test pen” untuk merapatkannya.
5. Tekan dua kunci kipas processor (ada anak panah) yang bertentangan, secara serentak. Ulang pada dua kunci kaki processor yang lain.
6. Pusing anak panah pada kunci kipas processor kepada kedudukan “lock” (lawan arah anak panah). Kunci secara bersilang seperti susunan memasang roda kereta. Tekan sedikit kipas processor supaya kipas processor masih rapat dengan motherboard.
7. Uji kipas processor samada telah ketat dipasang atau belum.
8. Kenalpasti kedudukan “jumper CPU Fan”, untuk memasang “power connector” kipas processor, pada motherboard. Anda boleh rujuk buku manual motherboard atau cari petunjuk terus pada motherboard.
9. Pasang “power connector” untuk kipas processor.
10. Prosessor telah siap dipasang.
Related Posts:
Tags: kipas processor, pasang processor, Pemasangan komputer
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.














blog ini bakal menjadi sumber rujukan aku di masa akan datang
terima kasih banyak,bro….tanpa rasa jemu berkongsi info untuk faedah bersama

sangilapi´s last blog ..rezeki ibu
mudah2an diberikan ilham dan kekuatan yg berterusan utk majukan blog ni..
sekadar utk berkongsi ilmu yg tak seberapa ni..
sufian´s last blog ..Panduan Pemasangan Processor Siri 3
bro lepas pasang prosessor dah x de ape2 lagi install ke???
insyaAllah akan ada artikel berkenaan perisian yang berkaitan juga nanti..