Terima kasih kerana melawat blog ini!
Kita telah pun mengetahui jenis-jenis RAM, fungsi RAM, contoh kegunaan RAM, spesifikasi RAM pada artikel yang lepas – “Fungsi RAM dan Spesifikasinya”. Kali ini, saya cuba menunjukkan cara bagaimana untuk memasang RAM pada motherboard.
Keperluan Pemasangan RAM
RAM adalah berbentuk kad, dan dipasang secara slot. Tiada driver (perisian driver) diperlukan, hanya pasang dan hidupkan komputer untuk menguji RAM yang telah dipasang.
Sebelum itu, diingatkan supaya kita mematuhi langkah-langkah keselamatan.
Langkah keselamatan paling utama – pastikan suis komputer dimatikan terlebih dahulu. Pegang RAM dengan cermat, seperti gambar yang ditunjukkan, hanya pegang di bahagian tepi RAM sahaja.
Langkah-Langkah Pemasangan RAM
Buka klip pada slot RAM.
Kenalpasti susunan slot keutamaan pemasangan RAM. Bagi sesetengah motherboard, kita perlu memasang RAM mengikut keutamaan slot supaya ia berfungsi.
Kenalpasti penanda untuk notch RAM. Ini penting supaya kita tidak silap semasa memasang RAM.
Pegang sisi RAM dengan cermat. Masukkan ke alur RAM dengan betul. Pastikan arah RAM adalah betul dengan melihat kedudukan notch RAM. Juga pastikan slot RAM utama yang perlu digunakan terlebih dahulu.
Tekan RAM seperti gambar di atas. Jika ada masalah, periksa semula kedudukan RAM.
Jika RAM yang dipasang betul, RAM mestilah rapat ke dalam slot RAM. Klip RAM juga akan tertutup dengan sendiri sekiranya pemasangan RAM adalah betul.
Related Posts:
Tags: cara memegang ram, memasang RAM, pasang RAM, pemasangan RAM
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>








info-info bergambar yang memudahkan untuk difahami tambahan pula dalam bm…..moga dapat dikekalkan blog ini
.-= sangilapi´s last blog ..rezeki ibu =-.
insyaAllah, ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama
.-= sufian´s last blog ..Panduan Pemasangan Processor Siri 1 =-.
mudah difahami…
kalu tak faham, bleh tanya
salam..info yg baik..bleh tunjukkan cara untuk masukkan hard disk dlm pc?
salam, bleh tgk suma links ni..
http://sufian.info/2010/06/car.....hard-disk/
http://sufian.info/2010/06/car.....hard-disk/
http://sufian.info/2010/08/car.....sk-laptop/
lau kita pakai ram yg kurang dari 1gb yg utama yg ram 1gb bru dipasang kemudian blh ke….?
bergantung pada spec motherboard, yg penting mobo support frequency RAM tu dan boleh support berbeza kapasiti RAM.
tapi TIDAK DIGALAKKAN kapasiti yg berbeza kerana sedikit sebanyak akan menyebabkan kurang stabil (walaupun frekuensi sama).
snag bg yg uat present rngkas
bang sufian saya mautanyak,,,
kalu ganti ram ntu, apa semua aplikasi yg ada akan hilag???
terus ram 2 giga yg cocok ntuk HP 110-3014TU apa???
Maklum nhi masih pemula,,,
Tukar RAM tidak menyebabkan data hilang… kerana data / applikasi disimpan di dalam hard disk…
bang sufyan,
kalo ram yang cocok untuk aceraspire am1900 apa ya?
dan harganya kira-kira berapa?
cuba cari no. model motherboard dan cari spesifikasi motherboard di internet.
kemudian check jenis ram nya… http://sufian.info/2010/03/fun.....ikasi-ram/
mantap gan infonya orang awam langsung bisa faham
maksih boss