Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->

Gambar-cartoon-repair-pc

Setiap kerosakan komponen komputer perlu diselesaikan dengan kaedah yang betul, sekiranya kita tidak mempunyai persediaan ilmu yang secukupnya dan hanya membaiki komputer dengan cuba-cuba tanpa kita faham apa yang kita buat, maka dikhuatiri kita hanya menambah kerosakan yang sedia ada, bukannya menyelesaikannya…umpama “tikus membaiki labu” pula nanti.

Bagi membaiki masalah kerosakan komponen komputer, sebaiknya kita fahami terlebih dahulu diagram motherboard, kerana ia adalah tempat dimana setiap komponen komputer dihubungkan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat ralat “cd-rom not detected”, maka tidak perlulah kita usik processor yang tidak berkaitan dengan ralat tersebut. Kita hanya perlu mulakan mencari punca kerosakan dengan andaian yang paling mudah terlebih dahulu, kita perlu melihat bios setting terlebih dahulu, kemudian periksa sambungan sata / ide / power , kemudian periksa jumper setting, kemudian barulah tukar cd-rom tersebut dengan cd-rom yang lain. Lain-lain komponen komputer yang tidak terlibat tidak perlu diubah apa-apa.

Asas Kaedah Troubleshooting Komponen Komputer

Namun, kerosakan perkakasan utama seperti processor, ram, motherboard tidaklah semudah itu. Kita perlu membuat pengujian POST terlebih dahulu. Ini kerana kesilapan pemasangan / kerosakan processor, ram, motherboard boleh menyebabkan ralat tiada paparan pada monitor, tidak seperti kerosakan hard disk, tv card dan seumpanya.





Cara asas mengesan kerosakan komponen komputer:

Gambar Asas Troubleshooting

    1. Pasang komponen-komponen komputer yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu:

      a) Motherboard (nombor 1 – northbridge chipset)
      b) Processor (nombor 2)
      c) RAM (nombor 3)
      d) Built-in / External Graphic Card (nombor 4)
      e) Casing
      f) Power Supply
      g) Monitor

    * Komponen-komponen komputer yang lain jangan dipasang lagi.

    2. Hidupkan komputer.

    3. Dua cara untuk memastikan semua komponen komputer tadi telah dipasang dengan baik / berkeadaan baik atau tidak, iaitu:

      a) BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error, ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
      b) POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat, ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen komputer yang lain pula.

* Adalah sangat disarankan supaya setiap kali selepas memasang processor, ram, external graphic card (jika ada) – jangan terus memasang hard disk, cd-rom, sound card dan komponen-komponen komputer lain terlebih dahulu. Pastikan membuat pengujian seperti kaedah di atas, jika tidak kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk mencari punca kerosakan / kesilapan pemasangan sekiranya berlaku error “No Display” pada monitor. Walaupun puncanya ialah disebabkan hard disk tersilap setting jumper, tetapi berkemungkinan kita akan menganggap RAM yang bermasalah pula.

* Anda boleh menguji pemasangan atau mengesan kerosakan hard disk, cd rom drive dan lain-lain pula dengan melihat kepada bios setting pula, seperti yang telah diterangkan di sini.

Related Posts:

Tags: , , ,

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by afizul Subscribed to comments via email
2011-10-09 23:49:34

salam…sy ade masalah dimana bila kompuTer dihidupkn, tiada sebarang bunyi beep…tiada paparan di monitor…sy telah mencuba ram, hdd dan cd rom ke komputer lain, ia berfungsi dgn baik malah bila dihidupkan, kipas processor hidup,tp cd rom x berfungsi dan tiada apa2 paparan di monitor, boleh saudara jelaskn apakah sebabnye?? mgkinkah mobo yg rosak??? TQ..=)

Comment by sufian
2011-10-11 03:18:00

salam. kalau kes tak boleh boot langsung, abaikan cd rom, hard disk dahulu..

oleh kerana ram confirm ok, mungkin rosak power supply, processor, mobo..
kalau power supply ok, mungkin mobo yang rosak.
selalunya processor jarang rosak kecuali kita yang tersilap pasang..

 
 
Comment by sufi Subscribed to comments via email
2011-11-11 00:27:51

kenapa laptop x boleh on.lampu power x ada tp lampu charge ada

Comment by sufian
2011-11-15 12:44:03

banyak sangat kemungkinan tu, kena check satu2…

 
 
Comment by marsoff Subscribed to comments via email
2011-11-22 14:40:01

hi,

sy mengalami masalah yg mana monitor LCD keep display “cable cannot detect”.sy cuba test monitor tu kt cpu lain… ok plak…pastu sy test monitor lain lak kat cpu tu…mende sama jadi…

bila on cpu, sy bunyi beep dan mcm ok je rasa..monitor jek..agak2 pe sebab ni ye?TQ

Comment by sufian
2011-12-02 02:37:28

perlu test2 lain juga ni. kena check pin vga kat cpu tu kot2 ada yang dah bengkok/patah… atau mungkin juga setting bios dah tertukar kalau ada 2 sumber graphic (built in dan external graphic card)… mungkin juga komputer tu ada masalah samada pada motherboard / ram / processor…

 
 
Comment by Cadz Subscribed to comments via email
2012-01-05 18:16:40

Salam. Masalah saya pula, komputer langsung tak boleh on.Malam sebelum itu, ia berfungsi dengan baik.Tapi pagi tu, langsung tiada respond lepas tekan butang on. tukar psu baru, masalah tetap sama..agak2 mobo tak yang masalah?

Comment by sufian
2012-01-13 21:51:36

check yang basic dulu.. mungkin jumper ON button front panel tercabut.. kemudian baru check PSU, mobo dll…

http://sufian.info/2011/10/car.....ont-panel/

 
 
Comment by musz Subscribed to comments via email
2012-01-09 16:08:30

Salam. Masalah PC saya ialah bila on PC hanya kipas prosessor sahaja yang berbunyi. Kuat lak tu. Di skrin monitor tidak keluar apa2. Apakah masalah PC ini. Dan apa penyelesaiannya. 10Q

Comment by sufian
2012-01-13 21:54:35

Salam, tu komputer lama ke?

Cuba servis RAM dulu, mungkin tak ketat atau kotor. pastu check processor, dll..
yang penting bagi keluar paparan display dulu..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>