Asas Kaedah Mengesan Kerosakan Komponen Komputer

Gambar-cartoon-repair-pc

Setiap kerosakan komponen komputer perlu diselesaikan dengan kaedah yang betul, sekiranya kita tidak mempunyai persediaan ilmu yang secukupnya dan hanya membaiki komputer dengan cuba-cuba tanpa kita faham apa yang kita buat, maka dikhuatiri kita hanya menambah kerosakan yang sedia ada, bukannya menyelesaikannya…umpama “tikus membaiki labu” pula nanti.

Bagi membaiki masalah kerosakan komponen komputer, sebaiknya kita fahami terlebih dahulu diagram motherboard, kerana ia adalah tempat dimana setiap komponen komputer dihubungkan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat ralat “cd-rom not detected”, maka tidak perlulah kita usik processor yang tidak berkaitan dengan ralat tersebut. Kita hanya perlu mulakan mencari punca kerosakan dengan andaian yang paling mudah terlebih dahulu, kita perlu melihat bios setting terlebih dahulu, kemudian periksa sambungan sata / ide / power , kemudian periksa jumper setting, kemudian barulah tukar cd-rom tersebut dengan cd-rom yang lain. Lain-lain komponen komputer yang tidak terlibat tidak perlu diubah apa-apa.

Asas Kaedah Troubleshooting Komponen Komputer

Namun, kerosakan perkakasan utama seperti processor, ram, motherboard tidaklah semudah itu. Kita perlu membuat pengujian POST terlebih dahulu. Ini kerana kesilapan pemasangan / kerosakan processor, ram, motherboard boleh menyebabkan ralat tiada paparan pada monitor, tidak seperti kerosakan hard disk, tv card dan seumpanya.






Cara asas mengesan kerosakan komponen komputer:

Gambar Asas Troubleshooting

    1. Pasang komponen-komponen komputer yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu:

      a) Motherboard (nombor 1 – northbridge chipset)
      b) Processor (nombor 2)
      c) RAM (nombor 3)
      d) Built-in / External Graphic Card (nombor 4)
      e) Casing
      f) Power Supply
      g) Monitor

    * Komponen-komponen komputer yang lain jangan dipasang lagi.

    2. Hidupkan komputer.

    3. Dua cara untuk memastikan semua komponen komputer tadi telah dipasang dengan baik / berkeadaan baik atau tidak, iaitu:

      a) BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error, ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
      b) POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat, ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen komputer yang lain pula.

* Adalah sangat disarankan supaya setiap kali selepas memasang processor, ram, external graphic card (jika ada) – jangan terus memasang hard disk, cd-rom, sound card dan komponen-komponen komputer lain terlebih dahulu. Pastikan membuat pengujian seperti kaedah di atas, jika tidak kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk mencari punca kerosakan / kesilapan pemasangan sekiranya berlaku error “No Display” pada monitor. Walaupun puncanya ialah disebabkan hard disk tersilap setting jumper, tetapi berkemungkinan kita akan menganggap RAM yang bermasalah pula.

* Anda boleh menguji pemasangan atau mengesan kerosakan hard disk, cd rom drive dan lain-lain pula dengan melihat kepada bios setting pula, seperti yang telah diterangkan di sini.

Related Posts:

sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

80 thoughts to “Asas Kaedah Mengesan Kerosakan Komponen Komputer”

  1. Saya mengunakan desktop Dell dgn processor intel core 2 duo 3.0mhz dan ram 2g. saya bercadang utk upgrade ram kpd 6g kerana motherboard mampu support ram sehingga 8g. Saya sudah upgrade OS ke window 7 pro.masalahnya setelah saya memasang ram 4g ddr3 yang baru bersama ram asal 2g yang mnjadikan jumlah keseluruhan ram 6g CPU saya berbunyi selepas di hidupkan dan tiada paparan di monitor. saya ingin tahu apa yg menyebabkan terjadi sedemikian memandang saya memasang ram yg baru.

  2. asslam saya nak tanya boleh saya tukar prosesor intel dual core ke intel xeon..terima ksih..:)

  3. Salam.. Nak tnya .. Laptop says to ble on.. To cas bleh plak.. Bla sy jemur laptop d be matahari utk sletika bleh on plak.. Bla dah shutdown dlm 20mnit tk dapat on.. Sleep pun sama

  4. hello..sbnrnya sy bru siap install pc sy. yg pliknya bla sy on pc 2 smuanya ok jew. cuma monitor x dpt signal. blk2 sy cek, bca mnual book semuanya ok jew. pasalahnya ni. ni spec pc sy.

    mbo: gigabyte g1.sniper a88x
    proc: apu 7850k
    ram: kingmax nano gaming ddr3 8gb 1866mhz( singl ram)
    psu: aerocool strike x 800w

    so pa msalahnya ni. sy sbnrnya da hlng idea.

  5. Salam..sy nak tnye,sy dah bnyak kali try on/off lapy..kenape laptp sy boleh on dan lampu power supply bernyala then ade keluar starting window tapi lpstu screen still gelap..Ape yg perlu sy buat??

  6. Salam..
    Apa mslh pc slalu restart sendiri, kmdn keyboard pula x detect bila d area loading windows. Akan tetapi semasa nk msuk ke bios, keyboard tersebut on (detect)..bila je smpai ke area windows loading keyboard trsbt..not detect..apa mslh yg d hadapi pc trsbt..adakah mslh motherboard, hdd atau windows prblem? Dan perlukah sya format windows trsbt?..ok itu saja nk d kongsikn mslh pc sya..tq

  7. hi, saya pula mempunyai situasi yang paling teruk,.. saya tiada bios dalam laptop saya adakah saya perlu upgrade Bios @ tukar @ download bios yang version yang baru
    tolong selesaikan

    sekian

  8. Assalamualaikum.. saya mahu bertanya,monitor saya tidak memaparkan apa-apap ttpi system box saya on… sudah cuba tukar monitor lain tp ttp juga tidak dpt… saya juga sudah check semua kompenan… adakah perlu tukar motherboard baru..

  9. Salam bro. Pc sy jenis hp ,monitor going to sleep .mcm2 buat da ,tpi mcm tu jgak .ad yg ckp gosok pkai pmadam la .ape la .mcm mna ye bro ?

  10. salam..sy ada mslh sikit.pc sy bleh on je lpas tu ada bunyi tak ada display monitor nk off pn tak bleh..mslah apa eak..TQ.

  11. salam. komputer saya hang apabila sy cucuk pendrive kawan. lps tu, kwn sy yang lain bantu baiki serba sedikit dan terpaksa menukar windows 2010 ke 2007 (sebab dia tak ada windows 2010). Tapi selepas itu, laptop saya jadi lembap sangat. tak seperti sebelum saya cucuk pendrive. apa masalah sebenarnya ya?apa yg perlu saya buat?
    masalah kedua, laptop sy terkena hujan sikit. lepas tu audio tak berfungsi.adakah mmg disebabkan terkena hujan? dan bagaimana untuk mengatasinya?

  12. hai .. audio kt komputer saya ada masalah.bila bukak video tak dengar suara apa apa.mcm mana cara nak baiki ? thanks

  13. Salam..komputer sy mengalami keroskan yg bile di ‘on’ kn komputer sy akan off sendiri dan ia berlaku dengan berterusan..komponen apa yg rosak?

  14. Masalah sama berlaku pada pc saya.. No signal tertera pada monitor walaupun on off pc.namun saya berjaya selesaikan walaupun dengan cara ” tikus baiki labu” he he he
    Pertama..saye terbaca kat google pasal masalah lampu merah berkelip kelip semasa nak hidupkan pc.( masalah serupa pada pc saya).Itu menandakan power supply tak mampu mengangkat pc tersebut..( mungkin juga tapi saya tak percaya)
    So saya kurangkan bebanan power supply . Disket ,dvd writer, dan pemain dvd,, ntah ape lah mentadak tu…kemudian test on……ha ha hampe… Same gak… Semua punca signal saye try sambung dari VGA sampai USB .juga hampe..

    So gode punya gode saye cabut benda pcb plugin ( maaf saya tak tau nama benda tu) .kalau tak silap ade 4 keping semuanya (ingat…cabut dan marking- jangan masuk sembarang je nanti) menyerupai memory dah tertera 512MB Kat situ.atau juga yang dipanggil kad grapik.( ape benda lah tu) .
    Cabut semua dan on pc…good luck… Monitor juga hidup.so apa yang saya buat dengan 4 keping tadi ialah..off pc dan pasang sekeping je (pasang ikut marking dan urutan) kemudian on pc..ok tade masalah… cuma bila saye buat sampai yang ke3 ,masalah tu datang lagi,so saya tanggalkan terus benda tu…nak yg baru kot..pc saye hidup aman dah…graphic card punya angkara kot..

    Harap faham ayat melilit saye tu ye…

  15. laptop kawan saya problem katanya…
    laptop shoutdown tiba2 kalau on semula monitor jadi gelap
    kalau cabut battery dan masuk semula ok pulak boleh on..
    apa prob nya

  16. Salam, pc saya,bila on kipas processor dan kipas vga berfungsi selang brp saat lpas tu berhenti dgn nyalaan lampu merah

  17. Salam. Nak tanya, kenapa laptop saya terus mati apabila dimasukkan cable audio (pa system) ke port audio laptop? Dan apabila cuba on kembali, tidak boleh sudah. Tiada apa2 lampu atau bunyu menandakan laptop saya berfungsi. Cuba pasang charger juga tidak boleh. Kenapa ya? Apa yang rosak?? Adakah berlaku litar pintas? Jika ya, adakah boleh dibaiki laptop saya?

  18. Saya bru lepas upgare ram laptop.. Tapi selepas tuka ram tiada paparan untuk ke bios or window kenapa ye.. Ram sebelum nie ddr3-pc3 10600 upgrade ddr3-pc3L 12800

  19. Salam,
    Saya ada beli mobo baru..kemudian saya pasang mobo baru pada pc saya..pada mulanya semuanya okay boleh on..selepas itu..selang beberapa jam..saya cuba untuk on semula..tapi tak boleh on..lampu pada mobo nyala..adakah mobo saya rosak?atau power supply?

  20. assalamualaikum.
    kalau komputer tu tak boleh nak on dan kalau cas pun dia tak menyala..
    apa masalah yang dihadapinya??
    adakah itu masalah motheboard??
    padahal komputer baru guna setahun..

  21. saya ada masalah pc,bila saya tekan power cdrom berlampu,lampu power pun berlampu,tapi tiada display.tapi bila saya tekan butang reset baru ada display..

  22. Nk tnya bro sufian la… Skrg sy tgh tukar mobo lama kpd asus H81M-K tpi bila sy terstuh tmpt ltk proc menyebbkan jarum tu bgkok, adkh ia akn merosakkan bnda tu krn bila sy msukkan proc lmpu dkt button xmenyala,kipas smua jdi d bila sy on pc tnpa letak proc lmpu dkt button menyala.. Adkh ia berkait dgn power supply sbb ps sy 350W shj. Tlg bri pnjelasan

    #dah betulkan blik jrum tu

  23. Assalamualakum . Komputer sayaa , bila on dia akan bunyi beep beep dalam 3 4 kali . Skrin menyala dengan baik . Skrin timbul power ape ntah . Pastu dia off sendiri . Button on tu menyala dengan baik . Kadang boleh on . Kadang tak boleh kalau on pun dalam p4 minit je . Macam mana nak buat ?

  24. hai..sy nak bertanya..
    kenapa bila saya cucuk power adapter ke laptop sy,lampu dkt adapter tu mati,tapi sy masih boleh guna power adapter tu dekat laptop lain,tp x kat laptop sy..kenapa ye.

  25. Saya guna pc macam biasa, lepas tu ada bunyi pop kat pc, x pasti dari arah mana? Pc still hidup mcm biasa, saya ambik keputusan off pc, cuci CPU, lepastu pasang balik, bila nk on x boleh… apa yg rosak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge