Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Setiap kerosakan komputer perlu diselesaikan dengan kaedah yang betul, sekiranya kita tidak mempunyai persediaan ilmu yang secukupnya dan hanya membaiki komputer dengan cuba-cuba tanpa kita faham apa yang kita buat, maka dikhuatiri kita hanya menambah kerosakan yang sedia ada, bukannya menyelesaikannya…umpama “tikus membaiki labu” pula nanti.
Bagi membaiki masalah kerosakan perkakasan komputer, sebaiknya kita fahami terlebih dahulu diagram motherboard, kerana ia adalah tempat dimana setiap komponen komputer dihubungkan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat ralat “cd-rom not detected”, maka tidak perlulah kita usik processor yang tidak berkaitan dengan ralat tersebut. Kita hanya perlu mulakan mencari punca kerosakan dengan andaian yang paling mudah terlebih dahulu, kita perlu melihat bios setting terlebih dahulu, kemudian periksa sambungan sata / ide / power , kemudian periksa jumper setting, kemudian barulah tukar cd-rom tersebut dengan cd-rom yang lain. Lain-lain komponen yang tidak terlibat tidak perlu diubah apa-apa.
Asas Kaedah Troubleshooting Komputer
Namun, kerosakan perkakasan utama seperti processor, ram, motherboard tidaklah semudah itu. Kita perlu membuat pengujian POST terlebih dahulu. Ini kerana kesilapan pemasangan / kerosakan processor, ram, motherboard boleh menyebabkan ralat tiada paparan pada monitor, tidak seperti kerosakan hard disk, tv card dan seumpanya.
Cara asas mengesan kerosakan komputer:
-
1. Pasang komponen-komponen yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu:
-
a) Motherboard (nombor 1 – northbridge chipset)
b) Processor (nombor 2)
c) RAM (nombor 3)
d) Built-in / External Graphic Card (nombor 4)
e) Casing
f) Power Supply
g) Monitor
* Komponen-komponen yang lain jangan dipasang lagi.
2. Hidupkan komputer.
3. Dua cara untuk memastikan semua komponen tadi telah dipasang dengan baik / berkeadaan baik atau tidak, iaitu:
- a) BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error, ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
- b) POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat, ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
* Adalah sangat disarankan supaya setiap kali selepas memasang processor, ram, external graphic card (jika ada) – jangan terus memasang hard disk, cd-rom, sound card dan komponen-komponen lain terlebih dahulu. Pastikan membuat pengujian seperti kaedah di atas, jika tidak kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk mencari punca kerosakan / kesilapan pemasangan sekiranya berlaku error “No Display” pada monitor. Walaupun puncanya ialah disebabkan hard disk tersilap setting jumper, tetapi berkemungkinan kita akan menganggap RAM yang bermasalah pula.
* Anda boleh menguji pemasangan atau mengesan kerosakan hard disk, cd rom drive dan lain-lain pula dengan melihat kepada bios setting pula, seperti yang telah diterangkan di sini.
Related Posts:
Tags: pasang processor, Pemasangan komputer, troubleshooting
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.





No comments yet.