Cara “Reset CMOS” dan Kenapa Perlu “Reset CMOS”?

Gambar Reset Cmos Jumper

Biasanya setiap motherboard mempunyai button atau jumper untuk Reset CMOS. Reset CMOS bermaksud mengembalikan setting BIOS kepada default setting (konfigurasi asal BIOS semasa dibuat di kilang).

Cara Reset CMOS:

a) Kaedah Button
– Padam komputer. Tekan button Reset CMOS.

b) Kaedah Jumper
– Padam komputer. Alihkan jumper kepada kedudukan Reset CMOS beberapa saat. Kemudain alihkan semula jumper kepada kedudukan asal. (Rujuk Manual Motherboard berkenaan jumper setting).

c) Kaedah Biasa
– Padam komputer. Keluarkan bateri CMOS selama 5 saat. Masukkan semula bateri ke tempatnya.

d) Kaedah BIOS Setting
– Memilih option BIOS “reset factory setting” seperti yang telah diterangkan di sini.

Sebab Perlu Reset CMOS

Biasanya pengguna tidak perlu untuk membuat “Reset CMOS” kecuali atas sebab-sebab tertentu, contohnya:






a) Terlupa password BIOS.
b) Tersilap setting BIOS sehingga terlupa untuk membuat setting yang asal.
c) Komputer ‘hang’ disebabkan kesilapan setting BIOS.
d) Komputer ‘hang’ disebabkan ‘overclocking‘ yang tidak sesuai (not compatible).

Related Posts:

sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

32 thoughts to “Cara “Reset CMOS” dan Kenapa Perlu “Reset CMOS”?”

  1. salam…pc saya skrg ni selalu hang…buka sekejap dlm 15 minit,lps tu akan hang,kena restart…adakah kerana hardware panas? saya dh buka semua komponen dan pasang balik tp masih berlaku juga…sekarang ni saya planing nk letakkan liquid processor…adakh perlu saya buat mcm ni? @ perlu saya tukarbateri cmos? harap sifu blh bantu…

  2. salam, kita kena test satu2 dulu…samada hardware atau software problem..

    1. cuba buat troubleshooting asas dulu – http://sufian.info/2010/05/asas-kaedah-mengesan-kerosakan-perkakasan-komputer/

    a) buka semua hard disk, cdrom dll..pd masa ni cuma tinggal processor dan ram dipasang shj…

    b) hidupkan komputer, masuk bios..pergi ke menu processor temperature..

    c) biarkan beberapa lama (lebih 10 minit)..tengok ok tak? dah lama sket, rasa casing yg paling rapat dengan processor, panas tak?

    – hang lagi tak selepas 10 minit?
    – komputer beli tahun berapa? pernah servis processor?
    – cuba off komputer, periksa kipas processor, goyang2 atau ketat?

  3. pc ni saya beli yg s/hand 2 thn lps…pentium 4…seingat saya tak ada ubah apa2 setting..berapa suhu normal processor? ok saya ok cuba..

  4. dah cuba? kalu masalah “hang” ni kita perlu perincikan lagi punca masalahnya, sebab banyak faktor penyebab “hang” ni..
    paling mudah kalau kita kenalpasti sejak bila masalah ni terjadi, contohnya selepas kita setting bios ke, selepas komputer terjatuh ke, selepas install software ke….

    suhu processor 35 celcius – 48 celcius tu kira normal lagi..

  5. dah cuba semua tp masih lg hang…saya rasa xde kaitan software..sbb bila saya guna live cd ubuntu pun akan hang jgk!

  6. ooo..ok.

    “hang” kat mana? ada kuar POST display tak? atau masa start pc memang screen monitor gelap je?

    cuba buka casing, rasa kipas processor ketat atau tak..
    pastu masa on pastikan tiada cable tersangkut kat kipas processor, dah byk kali jumpa pc hang masa nak kuar windows, bila dah betulkan kipas processor..baru ok..

    kadang2 yg problem tu simple je, tapi bila wire berserabut, susah nak cari punca..eloknya test on pc tu, tinggalkan cable power ke motherboard je..
    .-= sufian´s last blog ..Panduan Cara Setting BIOS Siri 1 =-.

  7. POST display ok,xde masalah…masa mula2 buka mmg blh guna,slps 15 minit hang,mouse xbergerak,alt+ctrl+del pun xjalan,kena tekan button reset …kipas proc ketat dan bjalan mcm biasa,xde wayar yg tsangkut…

  8. kalau kes camtu, biasa saya buat service suma sekali..

    jika ram rosak – boleh jadi hang jugak, tapi paparan monitor lama2 jadi “pecah2” selepas 5 minit..

    jika processor – jarang sangat rosak, kecuali pengguna pernah bukak dah terpatah kakinya..apa yg saya selalu buat, buka kipas processor, cuci abuk..bersihkan carbon hitam yg melekat pada tapak kipas processor dan atas processor..pastu pasang dengan ganti silikon paste baru…

    jika motherboard – buka dan cuci semua sekali…terutama habuk2 pada slot

    pastu kalau pasang masih tak ok jugak, samada tukar dengan ram atau motherboard spare part, utk pastikan mana satu part yg rosak…

  9. al-hamdulillah masalah dh selesai….saya bersihkan carbon hitam yg melekat pada tapak kipas processor dan atas processor…lps tu letak silikon paste/liquid processor, pc saya xhang lagi…mlm td bukak sampai pg,ok je…

  10. lupa nak cakap, senang nak cuci carbon tu dengan WD-40..

    ps: kalau repair sendiri, first time memang makan masa, tapi puas hati sebab dapat ilmu lain sekali πŸ™‚

  11. met pagi,,,lansung sja ya,,saya ada masalah dengan bios laptop toshiba L645,,,setelah mengubah speed bios dari standard ke fast, akhirnya saya tidak bisa mengakses lagi kebios nya,,,,,gimana solusinya kira2,,,??tlng dong, please,,,,

  12. off komputer, cabut bateri cmos sekejap (5 saat), nanti setting cmos akan kembali kepada default.
    selepas itu, on komputer semula utk masuk bios.

  13. kepada ahuraden…….
    untuk set kembali bios untuk satellite L645 kepada boot speed : normal…
    jika anda sudah tertukar kepada boot speed : fast , (save)

    apa yang perlu anda lakukan…..
    sebelum tekan power button (on)
    sila tekan button F2 atau F12 (salah satu)
    contoh:
    -tekan button F2 (hold) kemudia tekan power button…..
    -atau tekan button F12 (hold) kemudia tekan power button…..
    bila display TOSHIBA keluar tekan F2 …..set kepada boot speed : kepada normal kembali………..gud luck…. kalau tak dapat …reply….ok bye assalamualaikum………
    facebook: roan_ayie@yahoo.com

  14. saya kurang faham soalan…

    kalau selepas reset CMOS, kemudian beberapa menu pada proses POST tidak muncul, mungkin anda perlu buat beberapa setting di BIOS.

  15. salam pc saya tak boleh format acer aspire m5600 maslah cpu x detect hard disk. saya dah cuba install sata driver tapi x boleh juga untuk pengetahun saya guna windows vista nak ganti windos xp

  16. salam nk tya cmna nak reset handycafe password @ hilangkan terus start-up handycafe?cpu ni sy dpt cpu dr bekas cybercafΓ© dgn processor Pentium 4 brand HP.rply kt email sy .

  17. Salam sy nk tnya kalau betry cmos condame
    Atau bahasa saintifiknya betery kon..he3…laptop tidak tidak hidup…akan terjadi sebegini ker..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge