Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!


Gambar Reset Cmos Jumper

Biasanya setiap motherboard mempunyai button atau jumper untuk Reset CMOS. Reset CMOS bermaksud mengembalikan setting BIOS kepada default setting (konfigurasi asal BIOS semasa dibuat di kilang).

Cara Untuk Reset CMOS:

a) Kaedah Button
- Padam komputer. Tekan button Reset CMOS.

b) Kaedah Jumper
- Padam komputer. Alihkan jumper kepada kedudukan Reset CMOS beberapa saat. Kemudain alihkan semula jumper kepada kedudukan asal. (Rujuk Manual Motherboard berkenaan jumper setting).

c) Kaedah Biasa
- Padam komputer. Keluarkan bateri CMOS selama 5 saat. Masukkan semula bateri ke tempatnya.

d) Kaedah BIOS Setting
- Memilih option BIOS “reset factory setting” seperti yang telah diterangkan di sini.

Sebab Perlu Reset CMOS

Biasanya pengguna tidak perlu untuk membuat “Reset CMOS” kecuali atas sebab-sebab tertentu, contohnya:
a) Terlupa password BIOS.
b) Tersilap setting BIOS sehingga terlupa untuk membuat setting yang asal.
c) Komputer ‘hang’ disebabkan kesilapan setting BIOS.
d) Komputer ‘hang’ disebabkan ‘overclocking‘ yang tidak sesuai (not compatible).

Bookmark and Share

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by Shahrul Subscribed to comments via email
2010-05-18 11:09:58

Bagus2, berguna betul artikel ni.
Shahrul´s last blog ..MAX485 Driver My ComLuv Profile

Comment by sufian
2010-05-18 12:20:39

semoga bermanfaat untuk pembaca..

 
 
Comment by latiffah
2010-05-18 11:34:28

cikgu, kalau time setting lari bolehken buat cara nie juga?

Comment by sufian
2010-05-18 12:24:10

tengok pada puncanya.. kalau disebabkan bateri cmos dah lemah, mesti kena tukar bateri jugak..

 
 
Comment by ahmad Subscribed to comments via email
2010-05-24 17:37:44

salam…pc saya skrg ni selalu hang…buka sekejap dlm 15 minit,lps tu akan hang,kena restart…adakah kerana hardware panas? saya dh buka semua komponen dan pasang balik tp masih berlaku juga…sekarang ni saya planing nk letakkan liquid processor…adakh perlu saya buat mcm ni? @ perlu saya tukarbateri cmos? harap sifu blh bantu…

Comment by sufian
2010-05-24 22:33:48

salam, kita kena test satu2 dulu…samada hardware atau software problem..

1. cuba buat troubleshooting asas dulu – http://sufian.info/2010/05/asa.....-komputer/

a) buka semua hard disk, cdrom dll..pd masa ni cuma tinggal processor dan ram dipasang shj…

b) hidupkan komputer, masuk bios..pergi ke menu processor temperature..

c) biarkan beberapa lama (lebih 10 minit)..tengok ok tak? dah lama sket, rasa casing yg paling rapat dengan processor, panas tak?

- hang lagi tak selepas 10 minit?
- komputer beli tahun berapa? pernah servis processor?
- cuba off komputer, periksa kipas processor, goyang2 atau ketat?

 
Comment by sufian
2010-05-24 22:35:57

hang sejak bila? ada ubah2 bios setting tak?

 
 
Comment by ahmad Subscribed to comments via email
2010-05-24 23:14:31

pc ni saya beli yg s/hand 2 thn lps…pentium 4…seingat saya tak ada ubah apa2 setting..berapa suhu normal processor? ok saya ok cuba..

Comment by sufian
2010-05-27 11:28:01

dah cuba? kalu masalah “hang” ni kita perlu perincikan lagi punca masalahnya, sebab banyak faktor penyebab “hang” ni..
paling mudah kalau kita kenalpasti sejak bila masalah ni terjadi, contohnya selepas kita setting bios ke, selepas komputer terjatuh ke, selepas install software ke….

suhu processor 35 celcius – 48 celcius tu kira normal lagi..

 
 
Comment by ahmad Subscribed to comments via email
2010-05-27 12:32:07

dah cuba semua tp masih lg hang…saya rasa xde kaitan software..sbb bila saya guna live cd ubuntu pun akan hang jgk!

Comment by sufian
2010-05-27 17:36:02

ooo..ok.

“hang” kat mana? ada kuar POST display tak? atau masa start pc memang screen monitor gelap je?

cuba buka casing, rasa kipas processor ketat atau tak..
pastu masa on pastikan tiada cable tersangkut kat kipas processor, dah byk kali jumpa pc hang masa nak kuar windows, bila dah betulkan kipas processor..baru ok..

kadang2 yg problem tu simple je, tapi bila wire berserabut, susah nak cari punca..eloknya test on pc tu, tinggalkan cable power ke motherboard je..
sufian´s last blog ..Panduan Cara Setting BIOS Siri 1 My ComLuv Profile

 
 
Comment by ahmad Subscribed to comments via email
2010-05-28 08:14:23

POST display ok,xde masalah…masa mula2 buka mmg blh guna,slps 15 minit hang,mouse xbergerak,alt+ctrl+del pun xjalan,kena tekan button reset …kipas proc ketat dan bjalan mcm biasa,xde wayar yg tsangkut…

Comment by sufian
2010-05-28 10:03:12

kalau kes camtu, biasa saya buat service suma sekali..

jika ram rosak – boleh jadi hang jugak, tapi paparan monitor lama2 jadi “pecah2″ selepas 5 minit..

jika processor – jarang sangat rosak, kecuali pengguna pernah bukak dah terpatah kakinya..apa yg saya selalu buat, buka kipas processor, cuci abuk..bersihkan carbon hitam yg melekat pada tapak kipas processor dan atas processor..pastu pasang dengan ganti silikon paste baru…

jika motherboard – buka dan cuci semua sekali…terutama habuk2 pada slot

pastu kalau pasang masih tak ok jugak, samada tukar dengan ram atau motherboard spare part, utk pastikan mana satu part yg rosak…

Comment by sufian
2010-05-28 10:05:42

kadang2 ada jugak pin2 jumper pada motherboard yg dah tercabut/hilang..perlu go through motherboard yg lain tapi spec sama..tengok dan pastikan jumper tu dipasang pada tempat yg betul semula
sufian´s last blog ..Panduan Cara Setting BIOS Siri 1 My ComLuv Profile

 
 
 
Comment by ahmad Subscribed to comments via email
2010-06-03 23:33:05

al-hamdulillah masalah dh selesai….saya bersihkan carbon hitam yg melekat pada tapak kipas processor dan atas processor…lps tu letak silikon paste/liquid processor, pc saya xhang lagi…mlm td bukak sampai pg,ok je…

Comment by sufian
2010-06-05 13:02:02

lupa nak cakap, senang nak cuci carbon tu dengan WD-40..

ps: kalau repair sendiri, first time memang makan masa, tapi puas hati sebab dapat ilmu lain sekali :)

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
CommentLuv Enabled

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.