Maksud “Power-On-Self-Test”

Gambar Power On Self Test

Power-on-self-test (POST) ialah proses awal yang dilakukan oleh komputer, apabila komputer dihidupkan. Proses POST ini melaksanakan arahan mengikut BIOS Setting yang telah ditetapkan. Kebiasaannya kita akan lihat, semasa proses POST dijalankan, komputer akan mula mengenal bios version, spesifikasi processor, spesifikasi ram, hard disk dan lain-lain lagi.

Proses POST sangat penting kerana ia juga adalah salah satu kaedah utama troubleshooting kerosakan perkakasan komputer. Dengan kata lain, POST ialah kaedah utama yang digunakan untuk troubleshooting / mengenalpasti punca kerosakan / kesilapan pemasangan perkakasan komputer. Sekiranya proses POST ini telah berjaya dilalui tanpa sebarang masalah, kita dapat rumuskan bahawa perkakasan utama komputer telah dipasang dengan baik.





Related Posts:

sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge