Panduan Cara Setting BIOS Siri 1

Gambar Cara Setting BIOS
Setelah komputer dihidupkan, operasi pertama yang dilakukan oleh komputer ialah menjalankan proses POST supaya komputer dapat mengenal setiap perkakasan komputer yang telah dipasang. Sekiranya komputer tersebut gagal mengeluarkan paparan proses POST, maka kita perlu memeriksa punca komputer tersebut tidak beroperasi dengan segera kerana berkemungkinan perkakasan utama seperti processor, RAM dan motherboard berkemungkinan bermasalah. Kita juga boleh mengesan kerosakan ini dengan cara mengenalpasti “beep error code” yang terhasil.

Tujuan Setting BIOS

Sekiranya komputer tersebut dapat beroperasi dengan baik, kita bolehlah membuat setting BIOS sekiranya perlu. Kebiasaanya kita perlu memilih setting BIOS sekiranya:

  • untuk melihat spesifikasi perkakasan komputer
  • untuk mengubah setting bios supaya tahap komputer (performance) dapat ditingkat secara optimum (contoh: tetapkan kelajuan RAM, kelajuan graphics card, shared memory, …)
  • untuk mengubah “first boot” sebelum membuat installasi operating system (cth: linux, windows, freebsd,…)
  • overclocking processor
  • menetapkan bios password
  • mengesan kerosakan perkakasan komputer, dan macam-macam lagi…

Peringatan Sebelum Setting BIOS

Adalah dinasihatkan supaya kita tidak mengubah setting BIOS sekiranya kita tidak pasti mengenai setting tersebut, kerana ini boleh menyebabkan komputer tersebut beroperasi dengan setting yang salah atau boleh menyebabkan masalah “hang”. Sekiranya kita tersilap setting, kita boleh kembali kepada setting yang asal dengan cara membuat pilihan “restore factory setting” pada BIOS atau membuat kaedah “reset cmos” yang telah diterangkan sebelum ini.






Cara Memulakan Paparan BIOS

Semasa proses POST, kita akan nampak menu pilihan “Setup” di sudut bawah paparan monitor. Contoh gambar di bawah – untuk memilih paparan BIOS, kita perlu menekan butang “Delete”. Tekan sahaja butang “Delete” beberapa kali. Namun butang pilihan untuk memasuki mode BIOS adalah berbeza mengikut jenis BIOS, kadangkala kita perlu menekan butang “Insert”, kadangkala butang “F2” pula. Oleh itu, perhatikan sahaja paparan monitor semasa proses POST untuk mengetahui button yang sebenar untuk memasuki mode BIOS.

Gambar pilihan BIOS mode

Related Posts:

sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

7 thoughts to “Panduan Cara Setting BIOS Siri 1”

  1. Salam..!!! aku disyorkan oleh bro joe @ sangilapi untuk masuk sini… kalau tak keberatan… nak tanya sikit.. aku baru beli notebook HP Compaq CQ42 (model baru)… guna Windows 7…sekarang ni heran sikit, sebab nak upload gambar untuk blog aku, tak boleh… bile aku guna desktop ( Windows XP) tak ada masalah pulak…
    .-= bujang3´s last blog ..Notebook Oh Notebook !!!!! =-.

  2. 1. cuba check windows firewall atau antivirus firewall setting..mungkin ftp kena block ke apa ke..

    2. kalau tak boleh jugak, mungkin ada masalah dengan adobe flash player

    gi dekat control panel> add and remove page….
    -> remove “Adobe Flash Player ActiveX”

    gi kat website adobe flash player.
    -> download
    -> install semula

  3. kalau tak boleh jugak, cuba edit file .htaccess, ikut panduan dari website ni. (tapi backup file .htaccess ni dulu sebelum edit)

  4. assalamualaikum… saya ada buat setting bios nie… n kat situ menyatakan (mbr cylinder is not equal to bios one) motherboard saya rosak ke?? lappy saya xboleh baca cd…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge