Terima kasih kerana melawat blog ini!
Graphics Card semestinya akan dapat memberikan kepuasan kepada pengguna komputer yang sangat mementingkan ciri-ciri grafik. Kadangkala graphics card amat perlu bagi memastikan beberapa perisian komputer dapat digunakan (support).
Contohnya graphics card adalah diperlukan bagi situasi di bawah:
1. Bagi pengguna perisian komputer 3D / mapping seperti MapInfo, ArcGIS.
2. Bagi pengguna perisian permainan komputer 3D seperti Call 0f Duty, Crysis, Prince of Persia.
3. Bagi pengguna komputer yang bekerja dalam bidang rekabentuk graphic.
Oleh itu, sekiranya saya diminta untuk menentukan spesifikasi komputer, saya lebih suka melihat keperluan pengguna komputer itu sendiri. Sekiranya hanya menggunakan komputer untuk menaip surat dan membaca email, emmm…lebih baik gunakan sahaja komputer berspesifikasi rendah yang tiada graphics card tambahan.
Umumnya, terdapat 2 jenis graphics card di pasaran, iaitu ATI Radeon dan nVidia Geforce. Masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Contohnya gamers lebih sukakan ATI Radeon berbanding GeForce. Kenapa ya? Anda boleh tanya sendiri kaki games.. (saya dah pencen main game
)
Sebelum itu, anda perlu mempunyai budget yang besar untuk membeli graphics card. Kerana jika anda hanya mahu membeli graphics card yang murah, saya rasa ia tidak perlu kerana built-in graphics card bersama motherboard juga telah memiliki spesifikasi yang baik, pada masa kini.
Pastikan juga anda mengikut teknologi semasa bagi memastikan kualiti grafik yang terbaik, contohnya anda sepatutnya memilih graphics card PCI-E seperti yang telah diterangkan pada artikel yang lepas. Terdapat banyak pengeluar graphics card di pasaran contohnya ASUS, Albatron, Foxconn, Galaxy, Gecube, Gigabyte, Saphire, Biostar, Forsa, …
Kelajuan Graphics Card
Bagi memilih kelajuan graphics card, anda boleh merujuk kepada spesifikasinya, contohnya 64bit, 128bit, 256bit, …
Ingatan Grafik
Graphics card juga mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding built-in graphics card, iaitu ia mempunyai RAM khas untuk menyokong grafik sahaja. Contohnya 256MB, 512MB, 1GB memory.
Disamping itu, pastikan graphics card tersebut mempunyai port DVI dan TV output untuk kegunaan tambahan.
Related Posts:
Tags: Cards, GPU, Graphics, spesifikasi
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>




moga di masa mendatang,bro mampu menjana pendapatan sambil berkongsi info dengan para pengunjung blog bro
.-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.
insyaAllah, jika ada “rezeki murah”..hehe
.-= sufian´s last blog ..Panduan Memilih Graphics Card =-.
bagus info ni, rasanya saya punya PC guna built in je kot…tak der pun jumpa nvidia atau ati tu
.-= etomyam´s last blog ..Bagaimana Daftarkan Sekolah Anak =-.
built 0n graphics utk motherboard sekarang ni pun dah banyak yg ok..
salam,
mohon nasihat & tunjuk ajar,
saya bercadang untuk mendownload screensaver yang lebih heavy dari yang sedia ada oleh windows/bill gates.
adakah pc saya memerlukan graphic card tambahan atau cukup dengan built in sedia ada pada mobo?
spec sedia ada; dell, Pentium4, 1.8GHz, 512MB DDR RAM, 20GB Hardisk.
stk & wassalam.
salam sahabat… nak mintak pendapat…
saya guna PC spec :
core2 quad
8gb DDR3
+- 700gb hard disk…
boleh tak tolong bagi suggestion untuk sy upgrade graphic card…??
dan untuk pengetahuan sahabat.. saya di fulltime graphic designer…
jadi nak kasik laju la graphic ni…
saya memang sarankan graphic designer utk upgrade graphic card..
sebab graphic card ada RAM nya sendiri dan tak perlu memory dengan RAM..
cuma pastikan RAM tersebut support pada komputer yang digunakan dan updated technology..
cuba baca ini juga: http://sufian.info/2010/05/per.....hics-card/
bagus kan kalau pakai radeon hd 6850 ddr5…memang terpantas di dunia..