Terima kasih kerana melawat blog ini!
Untuk mengenalpasti IDE, sila lihat cable / port IDE seperti gambar-gambar di bawah:
Cable IDE
Cable IDE seperti gambar di atas boleh dipasang kepada 2 hard disk, master dan slave.

Terdapat satu bahagian pada hujung cable IDE bagi memastikan cable IDE dipasang pada kedudukan yang betul.
Port IDE Pada Hard Disk
Terdapat pin-pin untuk dipasang pada IDE cable dan set jumper yang perlu ditentukan. Kelihatan 1 pin tiada (missing)pada port IDE, ini supaya kita tidak tersilap memasang cable IDE pada kedudukan yang salah.
Power Molex / Connector untuk Hard Disk IDE
Slot IDE pada motherboard
Juga kelihatan 1 pin missing (pin-20), supaya kita tidak tersalah memasang cable IDE nanti.
Terdapat 2 slot untuk IDE, ini bermakna satu slot adalah untuk “Primary” dan satu lagi adalah untuk “Secondary”.
Pemasangan Hard Disk IDE / PATA
* Pastikan motherboard dan hard disk telah dipasang dengan betul terlebih dahulu.
1. Masukkan hujung cable IDE kepada motherboard. Pastikan kedudukan yang betul dengan melihat “missing pin”. Biasanya kita pilih “Primary” slot untuk hard disk.
2. Masukkan power connector untuk hard disk
3. Tetapkan jumper pada hard disk (terutama cable IDE 40 wire)
* Kesilapan jumper boleh menyebabkan komputer tidak boleh load operating system (windows, linux, …)
Prosedur Turutan Master Slave yang sepatutnya seperti gambar di bawah ini;
Sila rujuk petunjuk jumper setting master slave pada hard disk, ia berbeza-beza mengikut hard disk kita. Contoh Petunjuk Jumper Master Slave pada hard disk adalah seperti di bawah;
4. Masukkan cable IDE kepada hard disk mengikut perancangan master slave yang telah dibuat. Juga pastikan kedudukan cable adalah betul dengan melihat “missing pin”.
5. Pemasangan telah siap dilaksanakan.
Tips: Untuk memastikan pemasangan adalah betul, pastikan wayar merah pada power connector dan wayar merah pada cable IDE adalah menghadap satu sama lain.
Kita boleh menguji pemasangan yang telah dilakukan dengan melihat paparan POST atau melihat pada konfigurasi BIOS.
Related Posts:
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>











salam..
Satu information yang bagus siap dgn pic dan penerangan sekali..
Tq
salam..
cakap2 je takut orang tak faham bab2 teknikal ni
bila tengok ni, baru realize how much things have changed when now we can have an additional disk via connected via USB port…
ya..
sata more comfortable and easier, that’s why more gadgets only connected via usb.
Salam perkenalan…….
Satu tunjuk ajar kepada saya yang tak tahu berkenaan hardware. Ada ambik kursus ke???
salam perkenalan,
saya pun belajar juga, disamping sebarkan apa yg saya tahu…
ps: sori tak paham soalan, saya ambik kursus?
thnk banget bos tadiny saya bingung menetukan hard disk IDE dan SATA tp setelah melihat makalah bos saya jd tahu mana ide mana sata. good job
sama2, datanglah selalu ke blog ini
memang dengan teliti panduan ni,saya sebelum ni tak berapa amik kisah sgt nk letak kabel tu pasal tande2 tu main cube jaya je dapat masuk ok la hehe…tp yg jumper kat hardisk tu penting nanti windows tak kuar kan..lebih2 lagi ada banyak hardisk,kan dulu org suke simpan movie dgn game jd satu PC banyakla hardisk,tp skrg saiz besar dah murah jd pakai satu je dh cukup ringan sikit kan…bro godek2 la plak laktop hehe tak sabar meninggu ilmu..
hehe..dulu masa mula2 belajar, pernah rosakkan hard disk sebab salah jumper, pc dulu2 memang sensitif kalau tersilap, nasib baik hard disk sendiri…
sabar bro
sebenarnya aku takde laptop, setakat godek2 kalau ada orang hantar repair..kalau ada nanti insyaAllah aku ambik gambar cukup2..
salam…nk minta tolong sifu….
skrg ni saya guna 2 hdd..saya nk tau setting jumper master/primary utk hdd jenis excelstor model J240…hdd ni ada ada windows…1 lg hdd western digital dijadikan slave…harap ada yg sudi membantu…
jazakallahul khair!
salam,
cuba cara ni:
- pastikan guna cable IDE 80 wire bukannya 40 wire
- dua2 hard disk jadikan cable select
- guna 1 cable IDE yg sama, hujung (master) pasangkan hdd yg ada windows,
yg tengah cable pasangkan hdd satu lagi..
salam,…
sy gunakan 2HD, 1 jenis sata yang 1 jenis ata. HD sata dijadikan master, HD ata dijadikan slave,…Bgmana caranya???
Mohan bantuannya,….
hd sata sambung ke port sata.. hard disk ata sambung ke port ide.. tu je
yg penting anda perlu tengok setting bios untuk tentukan mana master dan slave.,.
file ini koq gag bisa d copy paste yaa…??
sila baca syarat copy paste seperti di sudut bawah blog ini
apa bezanye SATA ngan PATA
http://sufian.info/2010/06/kel.....-ide-pata/
lam kenal?..,saya mau instal game hardisa ps2 tpi gi mna ya saya ga tau cra nya,mksh….?