Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Mengenali IDE (PATA) Cable
Definasi: IDE (Integrated Drive / Device Electronics) ialah cable bus yang digunakan untuk menghubungkan hard disk (juga cd drive , floppy drive) kepada motherboard.
IDE cable juga disebut sebagai PATA (Parallel Advanced Technology Attachment) iaitu cable ATA berjenis selari.
Mengenali SATA
Definasi: SATA (Serial ATA) pula adalah teknologi terbaru bagi menggantikan IDE. Kegunaannya sama seperti IDE, tetapi mempunyai banyak kelebihan berbanding IDE.
Kenapa Perlu Beralih Kepada Teknologi SATA?
Pada masa ini, kebanyakan peranti / device dipasaran adalah lebih tertumpu kepada SATA berbanding IDE. Dari pemerhatian saya juga, berkemungkinan besar pada suatu masa nanti IDE tidak akan dikeluarkan lagi. Kita dapat lihat motherboard, hard disk, dvd drive dan seumpamanya jenis SATA telah semakin banyak dikeluarkan oleh di kilang berbanding IDE yang semakin sukar untuk didapati pada masa kini.
Kelebihan Teknologi SATA berbanding IDE
- Penyambungan / Pemasangan yang sangat mudah berbanding IDE.
Dengan IDE, kita perlu membuat “jumper setting” yang betul dan aturan prosedut master-slave yang betul, tetapi dengan SATA kita hanya sambungkan mengikut port yang betul sahaja. - SATA sesuai untuk membaca hard disk berkapasiti besar dengan pantas.
- SATA menggunakan tenaga elektrik (power consumption) yang kurang berbanding IDE.
Sebab itu kita dapati hard disk IDE cepat panas apabila digunakan, tetapi hard disk SATA masih tidak panas walaupun telah lama digunakan. - Pemasangan SATA lebih kemas dan menjimatkan ruang di dalam casing komputer.
Dengan adanya ruang yang lebih di dalam casing, maka aliran udara lebih baik bagi mengurangkan haba di dalam casing.
Perbandingan SATA dan IDE (PATA)
| Ciri Perbandingan |
SATA | IDE (PATA) |
| Panjang cable |
1 meter | 18 inci |
| Kelajuan penghantaran data |
SATA 1.5 = 150MBps SATA 3.0 = 300MBps |
Maksimum 133MBps |
| Bilangan cable pin |
7 pin | 40 pin / 80 pin |
| Bilangan power pin |
15 pin | 4 pin |
| Data transfer wire |
2 wire | 26 wire |
| Power consumption |
250 mV | 5V |
| Hot Swap | Ya | Tidak |
Related Posts:
Tags: sata, sata dan ide, sata dan pata
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>


Artikel yg bagus. Mmg skg byk komunikasi menggunakan serial. Wayarnya kurang dan speed nya pun laju. Hard disk dh jumpa yg SATA. DVD Drive, aku belum jumpa yg SATA. X tahulah, aku dh lama x godek2 desktop ni, hehe.
.-= Shahrul´s last blog ..Buat Duit Dengan Bidvertiser =-.
biasanya orang cari hard disk sata berbanding dvd sata..sebab hard disk sata boleh kurangkan panas hard disk…
rasanya sekarang ni PC yg baru2 semua dah gunakan SATA instead of IDE… mostly la…
papabear´s last [type] ..Happy Birthday Papa Bear
kalu cari kat kedai2, dah susah nak cari IDE..cari pun sebab nak repair pc/laptop lama je..
kalau motherboard baru masih ada slot IDE lagi, tapi spare 1 slot je biasanya..risiko kalau depan2 dah takde slot IDE langsung, langsung hard disk / dvd IDE tu dah tak boleh guna lagi..
sufian´s last [type] ..Kelebihan SATA Berbanding IDE (PATA)
memang informasi yang baik, tapi terus terang aku ni bukan tau apap-apa pun pasal hardware nie… tau guna aje….tu pun tak berapa pandai….
bujang3´s last [type] ..Adhoc jer !!! Tak dirancang pun !!! Outing kat Ulu Chepor !!!
takpe, aku pun cerita basic2 je..yg mana aku tau..
cukup memberi petunjuk