Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Mungkin ramai yang biasa mendengar power supply, saya rasa tidak perlulah saya menerangkannya lagi. Cuma kali ini saya ingin menerangkan teknologi AT dan ATX yang bersangkutan dengan pemilihan power supply dan motherboard.
Mengenali AT
AT bermaksud Advanced Technology, iaitu teknologi yang kebanyakannya digunakan pada zaman Windows 95 / 98 dahulu. Paling mudah untuk anda mengenalinya, semasa kita hendak shutdown windows, maka paparan seperti di bawah akan muncul. Kemudian barulah kita OFF suis komputer secara manual. Masih ingat lagi paparan ini?
Mengenali ATX
ATX bermaksud Advanced Technology Extended. Dengan kata lain, ATX adalah teknologi terkini bagi menggantikan AT. Ada banyak kelebihan ATX berbanding AT, terutamanya dari segi kecekapan (performance) motherboard. Bagi untuk mengenalinya, mudah sahaja. Lihat pada power supply, anda akan dapati ada tambahan 4 pin 12v, kebiasaannya wayar berwarna kuning dan hitam. Salah satu kegunaannya ialah sebagai stand-by power, sekiranya anda “shutdown” windows, maka komputer akan dimatikan secara automatik (tanpa ada paparan seperti contoh AT di atas).
Oleh itu, pastikan anda memilih power supply yang betul.
Related Posts:
Tags: at vs atx, power supply atx
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>





Thanks, betul2 berguna info ni. Dulu selalu dgr je ATX tu, x tahu maksud. Skg ni, semua motherboard dh gunakan ATX la kan..
Shahrul´s last [type] ..Sekitar Robocon 2010 Malaysia
ya, suma dah guna atx…
tapi power supply at masih dijual, utk pc-pc lama..
Aku belasah beli jer, kedai tanya, aku jawab “Nak yang bagus tapi murah”. baru tau apa maksud ATX neh. Thanks!
st´s last [type] ..Frozen Bubble 2 buat anda Ketagih
cakap camtu pun boleh jugak, jangan kita guna atx 24 pin tapi kedai tu bagi atx 20 pin dah ler..
wah screen tutup komputer yg lama..nostalgia betul tu
etomyam´s last [type] ..Terrafugia Flying Car Semakin Menjadi Realiti
dulu boring, sekarang nostalgia
seronok belajar computer hardware kat sini. thanks bro!
papabear´s last [type] ..Dinner in New York
thanks, masih dalam usaha memantapkan lagi..
p8 dan p9 itu gimana
setahu saya, p8 dan p9 tu untuk power supply AT sahaja..
untuk ATX, biasanya kita tengok 20 pin atau 24 pin sahaja..