Terima kasih kerana melawat blog ini!

Gambar Hard Disk
Hard disk ialah storan magnetik yang digunakan untuk menyimpan data secara kekal walaupun suis komputer telah dimatikan. (Ini berbeza dengan sifat RAM yang menyimpan data secara tidak kekal, dimana data yang disimpan akan hilang apabila suis komputer dimatikan). Sesuai dengan keperluan untuk menyimpan data komputer, fungsi hard disk telah dipertingkatkan spesifikasi / keupayaannya supaya boleh digunakan untuk menyimpan data yang semakin banyak pada masa kini.

Terdapat berbagai-bagai jenama hard disk dipasaran contohnya western digital, samsung, maxtor, seagate, dan lain-lain lagi. Namun, spesifikasi hard disk tersebut adalah lebih penting untuk dilihat.


Spesifikasi Hard Disk:

    1 – IDE / SATA

    Ini adalah ciri yang paling penting yang perlu dilihat supaya hard disk yang dibeli adalah sesuai dengan sokongan motherboard.

    2 – Kapasiti Storan / Ruang Simpanan Data

    Ini adalah ciri yang kebiasaannya dilihat oleh pembeli dimana lebih besar kapasiti storan, maka lebih banyaklah data yang boleh disimpan (Harganya pun semakin mahal). Contohnya 160GB, 320GB, 500GB, 640GB, 750GB, 808GB, 1TB, 2TB.

    3 – Kelajuan Capaian Data

    Ia diukur melalui unit RPM (round per minute) dimana piring magnetik di dalam hard disk akan berpusing dengan pantas untuk header membaca setiap lokasi data. Contohnya 7200RPM bermaksud piring magnetik data akan berpusing selaju 7200 pusingan seminit.

    4 – Ingatan Cache

    Hard disk juga mempunyai ingatan cache untuk menyimpan data yang kerap digunakan. Contohnya 8MB, 16MB, 32MB.

Biasanya hard disk mempunyai jaminan setahun. Namun, penjagaan hard disk yang baik adalah amat diperlukan kerana data yang disimpan di dalam hard disk itu adalah lebih bernilai dari hard disk itu sendiri. Diantara langkah penjagaan hard disk yang boleh dilakukan ialah:

  • membalut hard disk dengan span dan menyimpannya di dalam anti-electrostatic bag sekiranya hard disk tidak / belum dipasang pada casing komputer
  • pegang hard disk dengan berhati-hati supaya tidak terjatuh
  • memasang hard disk pada casing komputer dengan skrew yang cukup (4 skrew) dan tidak dipasang dengan longgar.

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>