Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Setiap komputer memerlukan power supply bagi membolehkan motherboard komputer dan komponen-komponen lain berfungsi, kebanyakan power supply adalah standard dan boleh dipasang dengan cara yang sama.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang power supply bagi komputer yang menggunakan tower casing:
1. Pastikan kedudukan power supply yang betul.
2. Masukkan power supply ke dalam casing, dengan kedudukan yang betul. Pastikan alur / lubang skrew power supply adalah selari dengan lubang pada casing.
3. Masukkan skrew yang betul pada lubang power supply. Seeloknya masukkan 2 skrew pada arah yang bertentangan terlebih dahulu. Kemudian barulah masukkan pada 2 skrew selebihnya. Akhir sekali ketatkan keempat-empat skrew tadi. (Konsep sama seperti kaedah memasang tayar kereta).
4. Pasang 20 / 24 pin ATX untuk motherboard.
5. Pasang 4 pin 12v ATX untuk motherboard.
6. Pasang power connector 15 pin SATA (contoh: untuk hard disk SATA).
7. Pasang power connector 4 pin molex untuk IDE (contoh: untuk DVD-ROM drive IDE).
8. Pasang power connector untuk casing fan (sekiranya ada).
9. Masukkan power cable / cord untuk power supply.
10. Kemaskan wire cable di dalam casing komputer supaya tiada wayar yang tersangkut pada kipas processor dan lain-lain. Hidupkan komputer untuk pengujian pertama. Sekiranya semua berjalan dengan baik, matikan komputer untuk pasang penutup casing.
Related Posts:
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.












pas ni boleh assemble pc sendiri nih

papabear´s last blog ..Yahoo! Messenger messes up Firefox
papabear guna pc branded, baik call support je..hehe
branded komputer kadang2 memilih part depa sendiri je..
Nanti jap lagi nak “Tray” sebab ada satu PC saya 2 dah rosak… ari 2 ada beli kat PC fair tak pasang lagi nak bawak kedai pasangkan. Kali ne nak cuba pasang sendiri la plak.
Mentol Bulat´s last blog ..Bila Harimauuu Mengaummm… Apa kata Wanita
pasang sendiri lagi puas hati! tapi kena hati2..
salam,
sory kalau dah ada ddalam blog ni,cara pemasangan hardware laktop dah ada ke,bukak dan pasang balik…saya nak belajar sangat2 penyelenggaraan laktop,PC dah meletup dah satu baru pandai hehe tapi laktop tak boleh plak nak meletup…sayang hehe
tu syarat belajar tu..mesti kena korban dulu..hehe
reassemble laptop saya takde tauliah lagi, sebab belum beli laptop
insyaAllah kalau berkesempatan akan ditambah artikel berkenaan penyelenggaraan laptop pulak..sikit2..
PSU sekarang di kedai-kedai sudah ada yang mahal..bagi pengetahuan saya la, PSU mahal kerana nilai volt dia, ada yang sampai 900 volt. jadi, jika saya ambil PSU 900 volt menggunakan motherboard biase, adakah berpadanan nanti??
kurang ilmu ney…
ye, mahal sebab power dia lebih, power lebih sebab banyak connector disediakan..lagi satu jenama le, cth: cooler master..
kalau power supply yg power sgt ni, elok pastikan tgk support motherboard (buku manual) atau tanya jurujual terus..paling senang, beli power supply dan motherboard dari kedai yg sama..hehe