Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Setelah mendapati monitor yang saya gunakan telah rosak, maka untuk penggunaan sementara TV di rumah digunakan bagi menggantikan monitor yang rosak. Namun, kualiti gambarnya agak kurang memuaskan dan saya perlu memastikan betul-betul adakah monitor saya benar-benar rosak.
Kaedah yang akan ditunjukkan juga digunakan untuk memaparkan paparan pada laptop kepada monitor atau LCD Projector secara “dual display”. Maksudnya apa yang dipaparkan pada laptop (notebook / netbook) juga dipaparkan pada monitor CRT pada masa yang sama.
Info kali ini juga adalah bagi menjawab soalan saudara Isham dan saudara Mentol Bulat berkenaan penyambungan laptop ke monitor. Langkah-langkah adalah seperti di bawah:
1. Kebiasaannya laptop dilengkapi dengan built-in VGA port. Sambungkan VGA port (male) dari monitor ke VGA port (female) pada laptop.
2. Hidupkan laptop dan monitor. Tekan keyboard button Fn + F4 (ada logo display), sesetengah laptop Fn + F7, yang penting ada logo display di situ. Jika anda tekan sekali, hanya paparan pada monitor sahaja yang keluar, tekan sekali lagi supaya laptop dan monitor mengeluarkan paparan yang sama.
3. Ini adalah hasil dual display yang telah dilakukan. Sekiranya anda bertujuan untuk menguji monitor, ini menunjukkan monitor tersebut berkeadaan baik, anda perlu memeriksa cabling dan setting sekiranya monitor bermasalah apabila dipasang pada komputer lain.
* Sekiranya anda masih tidak dapat hasil dual-display yang dikehendaki, sila cuba panduan ini pula.
Related Posts:
Tags: dual display, Graphics
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.










Cukup teliti. Bagus, teruskan =)
harap informasi blog ni mudah difahami..