Terima kasih kerana melawat blog ini!

Sebenarnya info kali ini adalah sebagai penambahan dari artikel “Cara Menguji / Memapar Monitor Dengan Menggunakan Laptop” yang lepas. Mungkin info kali ini juga dapat menjawab masalah yang dikemukakan oleh saudara shaxx dan saudara isham.
Kadang-kadang walaupun kita telah melakukan penyambungan yang betul kepada laptop dan monitor / lcd projector, hasil dual-display masih juga tidak menjadi. Lebih malang lagi sekiranya kita hendak memberikan taklimat / ceramah, berpeluh juga apabila di atas pentas, sambil diperhatikan oleh beratus mata yang menunggu pembentangan kita.
Kadang-kadang paparan dual-display menjadi, tetapi salah satu paparan tidak menghasilkan paparan yang penuh pula. Maka kita boleh cuba selesaikan masalah ini dengan cara seperti di bawah:
1. Buat penyambungan seperti artikel sebelum ini.
2. Windows, buka Control Panel, perhatikan icon graphic card setting. (Mungkin icon anda berbeza kerana ia mengikut jenis graphic card yang digunakan).
3. Double click pada icon tersebut, cari menu “Multiple Display“. (Anda hanya nampak option ini setelah penyambungan yang betul telah dilakukan). Pilih option tersebut dan klik “OK”.
4. Toggle menggunakan button “Fn + F4″ (mengikut ketetapan laptop anda).
Related Posts:
Tags: dual display, Graphics
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>


tak prasan pun ada setting dalam tu… tapi la ni saya guna extended display bila buat presentation so that orang tak nampak desktop saya dan saya boleh baca or buat kerja lain while orang sibuk tgk presentation
thanks for tips atas tu!
penting juga tu utk privacy
tips atas tu mungkin bleh cuba jika ada masalah nak display pada tv..
dulu sebelum saya wat presentation mesti saya check dlu betul2 setting kat laptop supaya tak gelabah ms presentation..hehe. thanks for sharing!
ye..kalu dah gelabah macam2 bleh jadi!
Salam sahbat lam tidak kesini….
Nanti saya cuba di Laptop saya..
ok..guna teknik ni jika masih ada masalah utk dual-display…
you are no 8 at http://kisahberuang.com/2010/0.....july-2010/
thanks
thanks papabear, kena komen banyak lagi nih…
Salam Tuan Sufian,
Sy nak setup satu workstation dirumah. Sy nak gune dua(2) LCD monitor dengan satu paparan Windows sahaja. Ala2 set high-end mcm movie2 hackers di Hollywood tu. Yang mane sy boleh alihkan satu window dari monitor 1 ke monitor 2.
Apakah bahan2 yg sy perlukan? Bagaimanakah cara nye?
yang penting graphics card support, ada 2 port utk ke monitor dan ada option untuk dual display.. dual display boleh dua gambar atau camtum gambar..
kalau setakat nak bagi gambar sama, guna splitter pun boleh -> http://sufian.info/2010/08/fun.....-splitter/
kalau setakat nak tukar2 monitor, guna kvm pun boleh -> http://sufian.info/2010/08/fungsi-kvm-switch/