Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!
Saya pernah menyentuh mengenai pengenalan terhadap processor, namun masih terdapat beberapa ciri pada processor yang kita perlu tahu. Diantaranya ialah FSB (Front Side Bus), iaitu cable bus (sekumpulan laluan) yang membawa data dari processor ke motherboard, atau sebaliknya. Kelajuan FSB juga mestilah disokong (support) oleh motherboard.
Seperti yang kita maklum, processor merupakan otak kepada komputer, iaitu segala urusan memproses data komputer dilakukan oleh processor. Sudah tentulah processor adalah satu komponen komputer yang paling memerlukan penghantaran dan pemprosesan data yang pantas. Oleh itu, teknologi processor adalah dicipta semakin laju dari masa ke semasa.
Biasanya kita akan memilih processor berdasarkan kelajuan frekuensinya, iaitu clock speed (kelajuan dalaman) processor tersebut. Kelajuan ini adalah merujuk kepada kelajuan data komputer diproses. Contohnya 2.66GHz, 2.8GHz, 3.33GHz,…
Front Side Bus
Disamping itu, terdapat satu lagi ciri penting bagi menentukan kelajuan processor iaitu FSB (front side bus). FSB merujuk kepada kelajuan luaran data yang dihantar dari / ke processor. Bagi memudahkan pemahaman, kita boleh merujuk kepada diagram motherboard atau seperti gambar di bawah.
Oleh itu, kita fahami bahawa FSB juga adalah sangat penting bagi processor kerana ia menggambarkan banyak mana data yang boleh dihantar ke northbridge chipset pada satu-satu masa. Contohnya 2000 MBps, 4000 MBps,…
Kita boleh gambarkan kelajuan prosessor ibarat jalan dari pekan ke lebuhraya. Manakala kelajuan FSB ibarat lebuhraya. Sekiranya jalan dari pekan mempunyai 10 lorong tetapi lebuhraya hanya mempunyai 2 lorong sahaja, sudah pasti akan berlaku kesesakan yang teruk di laluan masuk ke lebuhraya. Kesimpulannya, bagi pemilihan processor, kita perlu menitikberatkan FSB juga disamping kelajuan processor itu sendiri.
Related Posts:
Tags: front side bus, fsb, memilih processor
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.




Ye keee itu fungsi sebenarnya yee… barulah bro ne tahu??? Edak le sebelum ini tahu lanjut…
ya, kena tahu
Owh… ini macam rupanya. Thanks for the info

ST´s last blog ..Morevna – Anime berasaskan sumber terbuka
welcome
Kiranya Clock Speed adalah kelajuan processor itu bekerja.
FSB adalah kelajuan penghantaran data ke motherboard.
Betulkah begitu?
ye..pendek kata processor speed bermaksud kelajuan processor tu memproses data..
FSB pulak banyak mana (laluan) data dihantar pada satu masa…
processor tu tahu la sikit2, yg lain tu memang tak pernah exposed huhuhu, info yang berguna ni bro,…dan sudah add link jugak

etomyam´s last blog ..KL Server Studio- Web Hosting Malaysia Paling Ideal
terima kasih
memang tak paham..aku tak pandai bab nie..tapi apa pun..TQ for the info
bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
sori ler kalu terlalu teknikal sgt..
ye kena ambik tahu sebab ada usaha untuk buka sendiri PC pas ne tak yah bawak kedai…
teringat masa dulu, bila rosak ram, bawak 1 set komputer naik moto..
Bus yg aku faham adalah bus yg bawak orang gi sana sini…
papabear´s last blog ..Half Naked
tu pun betul brader..dlm bab komputer ni, bus masih merujuk pada “menghantar dengan banyak”, tapi bawak data ler..
oh ya, dah added your link to my blogroll
thanks for adding mine.
papabear´s last blog ..Half Naked
thanks too..
info yg berguna.. thanks ^^
caliph´s last blog .. citer molekul air
terima kasih melawat..