Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Komputer sering mudah rosak akibat dari kilat. Biasanya kilat boleh menyebabkan kerosakan pada power supply atau motherboard. Kita boleh mengelakkan kerosakan ini dengan dua cara, iaitu tidak menghidupkan komputer semasa hujan lebat / kilat atau kita gunakan UPS (Uninterruptable Power Supply).
Sekiranya power supply kita rosak, kita boleh menukar power supply yang rosak dengan cara mendapatkannya di kedai mengikut keperluan komputer kita. Namun, kita perlu memastikan spesifikasi power supply yang betul supaya power supply tersebut boleh digunakan. Sedikit tips yang mudah, kita boleh pilih “power supply ATX 24 pin”. Kebanyakan komputer disokong (support) oleh power supply ini.
Namun, bagaimana pula sekiranya kita dapati apabila pulang ke rumah, motherboard kita mempunyai power supply port 20 pin sahaja?
Maka anda boleh gunakan panduan seperti di bawah:

Ini contoh 24 pin atx connector pada power supply.

Perhatikan ada pembahagian di antara 24 pin kepada 20 dan 4 pin. Renggang dan asingkan 4 pin, maka anda boleh gunakan 20 pin yang tinggal untuk motherboard anda!
Related Posts:
Tags: atx 20 pin, atx 24 pin, power supply atx
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>

you are listed! http://kisahberuang.com/2010/0.....june-2010/
papabear´s last [type] ..Thank you for your Comments – June 2010
thank you papabear
Begitu ke caranye……
Dulu ada sekali lampu dan mentol kena tembakan kilat sampai jahanam komputer semua
Tips ini bagus kat saya pada masa depan……
modem streamyx pun selalunya rosak juga kalau pasang masa kilat, senang crite tutup je semua peralatan elektrik semasa kilat…