Terima kasih kerana melawat blog ini!
Semalam saya agak kalut sedikit untuk menggunakan internet. Baru sahaja hidupkan komputer dalam 10 minit, kemudian monitor tiba-tiba terpadam. Periksa sekali-lalu graphic card dan uji menggunakan built-in vga port pun masih sama. Masa agak terhad, badan pun baru nak baik dari demam, ingat nak tidur awal sebab dah telan panadol. Maka, bagi menghabiskan beberapa perkara penting…terfikir satu kaedah trick supaya boleh gunakan komputer juga.
Masalah : Monitor Rosak
Penyelesaian Terdesak/Sementara : Gunakan TV bagi menggantikan monitor yang rosak.
Keperluan Penyambungan :
- Graphic card saya mempunyai port S-Video (6 pin), oleh itu saya perlu ada 1 cable “S-Video (Male) to Composite Video (Female)”. Cable ini memang telah disediakan bersama-sama graphic card saya.
- Composite Video Cable. Ia cable asas bagi pemain DVD yang dipasang pada TV.
Langkah-langkah Pemasangan:
1. Sambungkan cable “S-Video (Male) to Composite Video (Female)” kepada “Composite Video Cable (Male)” yang berwarna kuning.
2. Satu lagi hujung connector “Composite Video Cable (Male)” yang berwarna kuning disambungkan kepada “port Composite Video pada TV” yang berwarna kuning.
3. Cable S-Video tadi disambungkan kepada port “S-Video pada komputer” pula.
4. Hidupkan TV dan pilih mode AV (Video).
5. Hidupkan komputer.
* Cara ini sesuai untuk sementara waktu sahaja kerana paparannya kurang berkualiti berbanding menggunakan monitor komputer.
Related Posts:
Tags: Graphics, tv dan komputer
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>










waahhhh dah macam mcgyver…kalau terdesak boleh pakai cara ni =)
gunakan apa yg ada…selagi boleh..
wah !! kreatif gak yer!! Macam McGyver !!!
McGyver kampung..haha
Terer! Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
ye.. takde rotan, akar pun berguna
Wow itu dia antara kelebihan TV
juga kelebihan graphic card!
Bagus gak tips ni, ada alternatif bila monitor buat hal.
asalkan problem boleh settle, boleh jee..
Wah, ini kegunaan S-Video yek. Dulu guna desktop, x pernah cuba ni pun.
p/s: baca tajuk td, ingat nak psg tv kat komputer guna TV Card, hehe
kalu ada tv card nanti, boleh cerita pulak pasal tv card pulak..
Nanti saya cuba kalau LCD Tv boleh masuk ke???
tgk port apa yg ada..kalu ada vga port lagi senang..
waa…ini yg suke sufian ni..dh lame nk tahu buat camana tp tak tercube..bagus boleh guna time kecemasan hehe..kalau laktop punye skrin mcm saya pakai 10inci kecik kan camana nak setting sambung kat monitor..saya try xjadi..
sambung ke vga port je..insyaAllah lepas ni saya buat artikel pasal tu..
lagi satu nak tanye,skrin laktop saya ni tak boleh adjust dh tanye org tp tak dapat,kalau2 sufian boleh tolong..sebab saya tgk laktop kawan saya paparan ok je…masalah saya ialah kalau bukak ape2 contohnye PC cleaner kotak yg keluar tu xkuar ngam2 kat skrin yg kotak ok,cancel duk bawah tak nampak,dh tak boleh tarik keatas…camana ye
insyaAllah akan ada artikel pasal ni..
cuba ikuti panduan ni http://sufian.info/2010/07/car.....i-paparan/
pernah try ni sekali sebab nak tengok movie la konon. bagi up sket dari monitor laptop yg kecik ke tv 29 inchi… tapi satu apa pun tak keluar…. depends on graphic card punya spec ke bro?
kalu port sesuai, ok je rasanya..mungkin ada setting kat graphic card yg tak buat..insyaAllah diterangkan nanti..
cuba panduan ni pula http://sufian.info/2010/07/car.....i-paparan/
wah menarik ni..time monitor rosak leh guna tv..tapi graphic card jenis apa yg bole guna kat tv?
graphic card mana2 pun boleh, asalkan port tu sesuai utk disambung ke tv
cayalah..
kang ak beli kabel tuh..
laptop punya boleh tak???
janji cable bleh masuk tv, ok je..
waah dasat baru saya tau trick ini..thanks for sharing..lepas ni kalau terdesak sgt leh guna ni
idea ni pun terfikir masa terdesak jugak
wuih baguih ni. takde monitor tivi pun berguna juga.
guna apa yg ada
perkongsian bijak.. tq
ilmu untuk dikongsi