Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
DVI (Digital Visual Interface) dan VGA (Video Graphicas Array) adalah berfungsi untuk menghasilkan paparan video pada monitor komputer. VGA telah dilancarkan terlebih dahulu pada 1987 oleh IBM, manakala DVI iaitu terknologi yang lebih terkini telah diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Digital Display Working Group. Perubahan kepada teknologi DVI adalah untuk meningkatkan kualiti paparan pada flat panel LCD dan graphics card yang terkini.
Bagi memudahkan pemahaman, DVI dan VGA ialah penghubung motherboard ke monitor bagi menghasilkan paparan. Sebenarnya terdapat banyak lagi connectors yang lain, tetapi DVI dan VGA lebih banyak diperkatakan dan diguna pada masa ini. Di bawah ini saya tunjukkan contoh-contoh gambar DVI dan VGA:

DVI Connector
- DVI biasanya digunakan untuk Flat LCD Monitor atau Projektor LCD / DLP.
- DVI menghantar isyarat digital.

VGA / SVGA Connector
- VGA biasanya digunakan untuk CRT monitor atau Projektor LCD / DLP.
- VGA menghantar isyarat analog (red, green, blue, horizontal sync, vertical sync).
Port VGA hanyalah mempunyai 1 standard seperti gambar di atas (15 pin, 3 baris), manakala port DVI mempunyai beberapa standard contohnya seperti di bawah:

Jenis-Jenis Penyambungan DVI:
DVI-D
- a) ke isyarat digital sahaja (monitor LCD)
- b) penghantaran data lebih pantas dan kualiti paparan paling berkualiti
DVI-A
- a) ke isyarat analog sahaja (monitor CRT / HDTV)
- b) kualiti paparan kurang kerana penukaran isyarat digital ke analog
DVI-I
- a) integrated (boleh digital ke digital, atau analog ke analog)
- b) tidak perlu risau sekiranya tersalah cable…
* DL bermaksud dual links untuk resolusi paparan lebih tinggi, iaitu boleh mencapai resolusi 2048 x 1536 (berbanding single link boleh mencapai resolusi paparan 1920 x 1080). Ini adalah kerana dual links cable menggunakan format digital TMDS yang berganda (2 x 165Mhz transmitter).
Related Posts:
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>

ooo ada beza VGA dgn DVI..saya tak berapa pakai DVI ingtkan ada VGA je,PC biasa boleh ke pakai DVI atau khas untuk monitor yg bagus je,paparan lebih tinggi tu ape maksud dia..yg biasa kita guna VGA analog je ke,kalau sambungan TV LCD plak sama ke atau caman
Selalunya kalau kita beli PC branded 1 set yg ada monitor flat screen (digital), memang motherboard dah ada DVI port…
senang cerita, dvi sesuai utk flat screen / lcd monitor (digital), vga sesuai utk crt monitor…tapi semua monitor boleh guna vga
first time tgk itu dvi connector… kemana aja lah aku pergi selama ni :p
papabear´s last [type] ..Yet another Sunday at Kizsports and Gym OU
gi Kizsports and Gym OU ler.. :p
Pengalaman aku, DVI ni memang lebih clear berbanding VGA..
ST´s last [type] ..Pelayar Web dalam Terminal Linux anda
memang itulah tujuannya dicipta..
baru tahu pasal info ni…saya beli custom made PC, guna acer v203h monitor… nampak connector tu macam yang VGA je, boleh ditukar kepada DVI ke?
etomyam´s last [type] ..WP Autopublishing Plugins- Autoblogged & WP-Robot
kalau default motherboard biasa, memang sediakan port vga je.. kalau beli graphic card, biasanya dah siap ada port DVI..
tak pernah berpeluang untuk membandingkan keduanya…yang aku pakai nie agaknya VGA kot, tak berapa pasti….
bujang3´s last [type] ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
kalau connector dari monitor tu warna biru, vga le tu
oh yer!!! Dahsyat le ko ngan info ko nie… ko mesti buka bisnes kedai komputer kot !!!
bujang3´s last [type] ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
angan2 ada laa..setakat ni buat part time je kalu ada orang minta tolong repair..