Untuk melanggan informasi di blog ini secara percuma, sila isi borang langganan melalui email. Terima kasih kerana melawat blog ini!


USB_Icon

Saya yakin kebanyakan kita lebih kenal USB berbanding firewire. Ini kerana ramai pengguna komputer mempunyai pendrive berjenis USB bagi storan data, sebut sahaja USB… kanak-kanak pun dah tahu. USB juga dikatakan sebagai pesaing kepada firewire. Tujuannya masih sama, iaitu sebagai penyambung bagi penghantaran data ke komputer / komputer lain.

Sejarah Ringkas

USB adalah singkatan kepada “Universal Serial Bus” yang mula dicipta pada tahun 1994. Pada tahun 1996, USB 1.0 telah dicipta, kemudian ditingkatkan pula kepada USB 1.1 (1998) dan seterusnya USB 2.0 (2000) pula.

USB_TypeA_Plug

Jenis-jenis USB Connector

Types-usb

Usb_connectors

Kelajuan USB

Kelajuan penghantaran data menggunakan USB ialah:
- 1.5Mbps (contoh kegunaan: USB joystick)
- 12Mbps (contoh kegunaan: USB disk drive)
- 480Mbps (kelajuan maksimum USB 2.0)

Kelebihan Menggunakan USB:

- Kebanyakan komputer menyediakan port USB berbanding firewire.
- Sangat sesuai untuk peralatan kecil (mini gadget) contohnya pendrive.
- Kebanyakan aksesori komputer (general peripherals) menggunakan USB, terutamanya bagi menggantikan ps/2 ports. Contohnya USB keyboard, USB mouse, scanner.

Bookmark and Share

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by Mentol Bulat
2010-07-13 20:26:02

Salam…… Firewire to ape yeeee….

Comment by sufian
2010-07-21 09:23:15

firewire tu sama je fungsi dengan USB, tapi kita jarang guna, penerangan lanjut di sini http://sufian.info/2010/07/apa.....-firewire/

 
 
Comment by papabear
2010-07-14 10:34:27

selalu dengar firewire tapi tak pernag guna or dah guna tapi tak perasan langsung… hahaha

Comment by sufian
2010-07-21 09:27:46

sama la, janji kerja siap..haha
lagi best kalu translate firewire jadi wayar api jika ada orang tanya!

 
 
Comment by isham
2010-07-20 13:27:38

ooo baru tahu sama je fungsi tapi bentuk je lain…banyak saya tak tau ni,bagus bro
isham´s last blog ..Keuntungan Semata-mataMy ComLuv Profile

Comment by sufian
2010-07-21 07:48:58

terima kasih, saya pun masih belajar jugak :)

 
 
Comment by zik
2010-07-21 11:22:01

owh macam tuh… sekarang nie usb 3.0 pun dah keluar kalau tak silap… tapi kat malaysia nie tak tahu la..
zik´s last blog ..Google PR zikrihusainicom kembali ke 2!My ComLuv Profile

Comment by sufian
2010-07-22 01:12:39

ada dengar usb 3.0 dan motherboard dah built usb 3.0.. tapi belum pernah pegang lagi..

 
 
Comment by hafidz
2010-07-21 11:49:59

Salam.

Dah biasa sangat pakai USB sampai terlupa pada firewire huhu =P
hafidz´s last blog ..NaikMy ComLuv Profile

Comment by sufian
2010-07-22 01:13:55

memang jarang pun jumpa aksesori komputer yg guna firewire..

 
 
Comment by nazra
2010-07-22 10:39:13

baru tau nama penuh USB. dah berkurun dok sebut USB tanpa tau nama penuh nya :P
nazra´s last blog ..Tak Sabar Nak Dengar Bunyi Lawan Meriam Kabat-Meriam Kabait!My ComLuv Profile

Comment by sufian
2010-07-22 13:11:37

hehe..biasa le tu..yg penting tau guna

 
 
Comment by zik
2010-07-22 12:41:42

owh yeke bro… erm takpe2.. nanti dah keluar..publish lah ek..hehe , susah nak komen kat blog nie..sebabnya semua memang bukan dalam bidang nie..kena senyap jela..
zik´s last blog ..Pentingnya post schedule dan draft dalam bloggingMy ComLuv Profile

Comment by sufian
2010-07-22 12:53:03

aku cuma sebarkan setakat yg mana aku tau je..harapnya tak terlalu teknikal sgt utk dibaca utk semua.. :)

 
 
Comment by qq
2010-08-03 19:24:40

saya dah beli net-book ASUS

ia menggunakan USB 3.0 dab blutooth 3.0 juga

Comment by sufian
2010-08-04 10:36:34

kira laptop terkini le tu..sy guna 2.0 jer..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
CommentLuv Enabled

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.