Terima kasih kerana melawat blog ini!

Informasi kali ini agak ringkas, sekadar untuk memberi panduan terhadap pemasangan hard disk pada laptop. Cuma nasihat saya, apabila kita membuat penyelenggaraan / pemasangan komponen laptop, kita sepatutnya lebih berhati-hati kerana perkakasan komputer yang digunakan adalah lebih kecil dan halus, malah mudah rosak atau patah.



Sebagai contoh, saya pernah menghantar laptop ke kedai untuk menukar hard disk, sangkaan saya technician di kedai komputer adalah pakar dalam bab-bab pemasangan komputer. Mungkin ramai sebegitu, tetapi rupa-rupanya kita masih perlu berhati-hati juga. Kerana terdapat juga segelintir pekerja yang tidak berpengalaman, tetapi masih membuat kerja tanpa bertanya atau cermat dalam membuat kerjanya. Bagi contoh kes saya tu, terkial-kial technician tersebut membuka laptop dalam masa yang lama, paling malang laptop tersebut patah sedikit casingnya. Saya boleh terima kalau dia bertanya dahulu kepada ketuanya atau dia diselia supaya bekerja dengan lebih cermat, tetapi apa nak buat perkara dah jadi…

Oleh itu, jika kita yakin boleh buat sendiri, baik buat sendiri sahaja. Kita boleh cuba membuatnya walaupun sebelum ini tak pernah, tetapi biarlah ikut cara yang betul, lebih bagus ada cikgu yang membantu, kalau tidak tahu boleh bertanya, ini juga dinamakan ilmu juga kan? Kalau kita buat dengan baik, tidak mustahil orang lain pun percaya dan minta kita bantu dilain waktu..

Berbalik semula kepada tajuk pemasangan hard disk laptop, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuka dan memasang hard disk untuk laptop.

Kaedah Membuka Hard Disk Untuk Laptop

1. Setelah skrew casing untuk hard disk dibuka, perhatikan penyambungan hard disk. Tolak hard disk dengan berhati-hati supaya pin-pin nya berenggang dengan slot hard disk pada laptop.

Gambar Buka Hard Disk Laptop

2. Tarik sticker pemegang hard disk untuk mengangkatnya.

Gambar Buka Hard Disk Laptop 2

3. Bagi contoh hard disk ini, ia adalah berjenis IDE.

Gambar Hard Disk IDE Laptop

4. Hard Disk laptop juga mempunyai jumper setting yang boleh kita ubah sekiranya perlu.

Gambar Hard Disk IDE Jumper Laptop

Gambar Hard Disk IDE Jumper Pin Laptop

Kaedah Memasang Hard Disk Untuk Laptop

* Hanya perlu set jumper sekiranya perlu, kemudian masukkan pin-pin hard disk ke dalam slotnya dengan berhati-hati seperti gambar di bawah, skrewkan penutup hard disk. Uji hard disk dengan melihat kepada paparan BIOS.

Gambar Pasang Hard Disk Laptop

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

21 Comments »

Comment by zezebel
2010-08-12 15:24:19

Terima kasih untuk info.
Bleh try ni tukar-tukar harddisk.
Tapi nak buka harddisk tu nak buat apa yek?

Comment by sufian
2010-08-14 08:12:06

kalu takde masalah tak perlu le buka harddisk tu, selalunya org buka hard disk kalau hard disk rosak nak tukar baru atau nak upgrade ke.. :)

 
 
Comment by syahrilhafiz
2010-08-12 17:25:00

cayalah…
tengok macam senang je..
padahal tak reti..hehe
tak berapa pandai bro bab2 hardware nih

Comment by sufian
2010-08-14 08:13:51

cuba dulu, mudah je

 
 
Comment by papabear
2010-08-13 23:52:30

suspen aku nak buka2 hdd nih.. haha

Comment by sufian
2010-08-14 08:14:35

haa..hard disk tu boleh beli kat kedai, tapi data tu yg mahal.. hati2 k..

 
 
Comment by nizman
2010-10-04 16:15:56

laptop saya brand natsys,hard disk nya rosak,boleh ke tukar guna hard disk brand lain

Comment by sufian
2010-10-07 04:18:02
 
 
Comment by computer tablet
2011-01-13 22:06:04

ko ga bisa masuk ya

Comment by sufian
2011-01-19 08:55:18

ok je..

 
 
Comment by afif Subscribed to comments via email
2011-08-06 21:30:52

skrg saya pkai laptop brand lenovo ideapad b450……ram 3gb ddr2 n hdd 250gb….saya brcdang nk tkar hdd saiz yg lbih besar…tpi saya xtau laptop saya hdd jnis ape…..boleh ke laptop saya support hdd shingga 500 gb????atau saya prlu tukar ram drpd ddr2 ke ddr3???mntk pnjelasan……thankss..

Comment by sufian
2011-08-16 15:33:42

cara paling mudah ialah anda boleh cari di internet spesifikasi laptop anda, kemudian kenalpasti maximum support dan jenis ram / hard disk yang digunakan

 
 
Comment by azri
2011-09-07 21:58:26

ape beza ddr2 n ddr3

Comment by sufian
2011-09-08 17:27:49
 
 
Comment by mamat Subscribed to comments via email
2011-10-17 19:37:03

boleh x buat external hard disk wt smpn brg dengan hard disk laptop?

Comment by sufian
2011-10-18 23:17:27

cuba tanya hard disk enclosure kat kedai.. ada macam2 jenis..

 
 
Comment by aisyah
2011-10-19 10:03:15

salam en supian.. saya ada masalah portable hard disk tak leh detect kt computer.. saya da try buka dekat manage tp still takde kt dlmtu. tp lampu dekat portable hard masih menyala tp tak berkelip. adakah portable hard disk saya mmg da rosak atau sbb virus.. ?

Comment by sufian
2011-10-22 01:49:13
 
 
Comment by ega
2012-11-22 09:12:06

mas numpang tanya deh…. saya kan laptopnya windows 32 bit, nah saya salahh instal software untuk 64 bit…. crash dahh… jadi lemot lemot gtu…. udah saya instal ulang windows, cek ram, Hdd its fine…udh saya uninsstal softwaremya … masih aja lemot lemot gtu.. gimana ya mas??

Comment by sufian
2012-11-22 15:51:28

maaf, saya tak faham “lemot-lemot”…

selepas uninstall, cuba “windows system recovery” ke tarikh sebelum install dulu..

 
 
Comment by agus
2013-10-04 11:53:04

Mo nanya nich,aq punya laptop accer lampu idikatorx nyala tapi kipasnya mati apanya ≈Ўªãª≈ kira2…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>