Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Diatas permintaan, saya akan memberikan informasi berkenaan laptop pula. Kali ini saya memberikan penerangan berkenaan RAM SODIMM, iaitu pemasangan RAM untuk laptop.
Laptop (juga sering dipanggil dengan nama komputer riba, notebook, netbook) selalunya disiapkan dengan RAM yang minima, ini kerana penjual laptop ingin menurunkan harga laptop yang dijual. Cara yang paling mudah untuk menurunkan harga laptop ialah dengan menawarkan kapasiti RAM yang rendah. Pembeli yang mementingkan budget kebiasaanya memilih laptop sebegini. Mungkin lama-kelamaan, timbul keinginan dihati untuk meningkatkan kapasiti RAM, apabila ada peruntukan lebih (ptptn kot..), ingin memenuhi keperluan operating system terkini dan perisian yang banyak.
Sekiranya situasi ini berlaku pada diri anda, jaminan laptop juga dah tamat, maka tidak perlulah anda bawa laptop anda ke kedai. Cukup setakat anda beli sahaja RAM yang dihajati di kedai dan pasang RAM tersebut sendiri, di rumah. Di bawah ini, saya terangkan langkah-langkah untuk menukar RAM laptop:
Kaedah Membuka RAM Laptop
1. Lihat di bahagian tapak laptop. Kenalpasti kedudukan RAM. Biasanya skrew untuk membuka casing laptop yang menempatkan RAM ditutup dengan lapik getah. Cungkil lapik getah tersebut dan gunakan pemutar skrew yang bersesuaian untuk membuka skrew.
2. Inilah RAM SODIMM yang telah dipasang pada laptop.
3. Tarik kedua-dua kunci RAM ke tepi, RAM akan terjungkil dengan sendirinya.
4. Tarik keluar RAM tersebut.
5. Perhatikan spesifikasi RAM tersebut. Mungkin anda ingin menukar kepada RAM baru yang mempunyai kapasiti lebih tinggi, tetapi dinasihatkan supaya anda mengambil maklum juga mengenai kelajuan RAM tersebut, kerana jika tersilap kelajuan RAM / jenis RAM, maka RAM tidak akan berfungsi!
Bagi contoh gambar di bawah, RAM tersebut mempunyai kelajuan 333MHz dan berjenis DDR I.
Kaedah Memasang RAM Laptop
1. Setelah anda mendapatkan RAM yang sesuai, masukkan RAM tersebut mengikut alur yang betul. Tekan sedikit supaya kaki RAM rapat pada slot RAM.
2. Kemudian, tekan RAM ke bawah untuk mengunci RAM. Periksa pada kunci RAM, supaya RAM betul-betul masuk ke dalam slotnya.
3. Tutup semula penutup casing RAM, dan skrewkan. Uji RAM yang baru dengan menghidupkan laptop.
Related Posts:
Tags: cara memegang ram, memasang RAM, pasang RAM, pemasangan RAM
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>











Salam perkenalan dan terima kasih atas info yg berguna ini.
Memang dah lama nak cari kaedah menukar dan memasang RAM ini. Dan pernah sekali tu bawa laptop kat kedai Komputer dan cadangnya nak tambah RAM ke 2G tapi RAM macam tak matching je.. Bila on laptop tak ada apa-apa yg dipaparkan pada skrin. oh ye saya punya jenis Sony VAIO siri NS (tertera no: VGN-NS15G/S) Processor : Intel Core 2 Duo Processor T5800 (2 GHz).
Pening gak apa maksud semua nombor-nombor tu.. Agak-agak boleh explain tak?
Wasalam.
salam perkenalan, terima kasih kerana melawat blog ni.
tukar ram yg penting speed match dgn motherboard.
NS dan VGN-NS15G/S tu model dari sony (lebih lanjut di sini http://www.sony.com.my/product.....ew/retired)
Core 2 Duo Processor T5800 tu model processor dari intel
jangan pening2 k
saye ade terdengar satu progrem bername Clonezilla untuk Clone Windows 7, adakah ianya benar dan bagaimane carenya?
clonezilla utk backup harddisk secara “ghost”.
cthnya bleh backup harddisk yg telah diinstall Windows 7.
insyaAllah, jika berkesempatan saya akan buat artikel berkenaan ni..
bleh rujuk link ini – http://sufian.info/2011/01/car.....lonezilla/
yang ni aku biasa buat hahaha… sampai laptop jadi kejang pun ada sebab ram overdose….
papabear´s last [type] ..Thank you for your Comments – July 2010
hoho..max support ram pun kena tengok gak beb..
jgn berasap sudah
Benda halus macam tu tak nampak dek mata yang dah rabun nee… Ikut hati nak nak cuba tapi tak upaya….
Mentol Bulat´s last [type] ..Firasatku Versi 4
boleh kot, skrew je yg kecik halus..
x pakar buat comp…tq for sharing this bro
sy pun tak pakar
kongsi pengetahuan basic jer..
Selepas baca artikel ni baru rasa confident nak pasang RAM kat laptop sendiri
hafidz´s last [type] ..Iphone4 Upgrade!
laptop org lain pun bleh juga
Cara nak pasang RAM laptop susah sikit berbanding dengan PC =)
Blinkky´s last [type] ..Blinkkycom Is Now On FaceBook
mungkin sebab jarang nampak RAM laptop kot
Boleh tu memang boleh lee tapi puaslah berejam jugak le ngadap benda tak nampak
Mentol Bulat´s last [type] ..Spy Shoot Waja-Lancer… Satu Lagi Kejuruteraan Proton
kena guna kanta la nampaknya..
owh senang je rupanya.. erm kalau rosak nie …dah senang tak payah hantor dekat kedai …rugi jer… dah la kena tipu jer… hadoii
zik´s last [type] ..4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan
hantor kedai takpe, bleh jgk bantu bisnes depa
tapi kalu kena tipu, baik buat sendiri jer..
saya ada cuba tukar ram kat laptop saya tapi bila saya masuk yang baru, skrin gelap je, apa masalahnya tu…
senang cerita, selalunya sebab motherboard tak boleh detect RAM.
banyak kemungkinan, antaranya:
- mungkin sebab masuk ram yg tak compatible
- mungkin juga sebab ram tak ketat/rapat
- mungkin ram baru tu rosak
macam mana nak tahu RAM yg sesuai untuk laptop ye? cth kalau jenama kingston DDR 2 ada yg PC 667 n PC 800.berbeza ke kegunaan dia ikut laptop? saya guna acer aspire 4710.
balik pd asas, kena ikut motherboard support ram jenis apa..
kingston ke, apacer ke, tu tak jadi masalah..
yg penting speed dia, kalau tak silap laptop tu support DDR II PC 667, maka kena ikut le RAM jenis tu..
sebab berkait dengan kelajuan yg motherboard support..
boleh baca lanjut di sini sebagai panduan http://sufian.info/2010/03/fun.....ikasi-ram/
sufian memang pakar la bab2 ‘kobek’ komputer ni…ram laktop memang camtu je ke{bentuk},mcm ram PC ke…aku tak penah bukak lagi ni,sayang nak usik takut meletup haha…tempat letak ram memang semua laktop mcm tu ke..
isham´s last [type] ..Video Rohani
lebih kurang sama je..jangan bukak masa ON dah ler..
kalu laptop baru, tak rosak apa2 takyah le bukak
Nanti bila nak tukar RAM aku akan cuba DIY…memang suka try sendiri ni
adamfaiz´s last [type] ..Jodoh Di Batang Pokok
pastikan tools cukup ye
salam, bang ,saya nak tanye, kalau bukak ram time on ape effect nye? saya ade tambah ram, tp lpas tu trus x idup laptop…buang balik pun, tetap sama…kipas idup, tp processer x pun….screen langsung x nyala..knape ek./…ni smua gara2 nak tambah ram kat laptop
bahaya tu,.. komponen komputer memang boleh rosak kalau pasang masa ON. kena check satu2 pastikan mana komponen yang rosak..
Sy ada laptop acer aspire 4750g…ada ram 4g..so,sy nak tambah lg ram 4g..bleh ker bro??…
check spesifikasi laptop tu, berapa maximum support RAM.
jenis RAM pun kena betul jugak