Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Pernahkah anda mengalami kerosakan CD / DVD Drive untuk laptop, kemudian anda hendak menukarkannya kepada CD / DVD Drive yang baru? Selalunya apabila kita hendak mendapatkan alat ganti CD / DVD Drive yang baru, maka jurujual akan bertanya pula apakah model laptop anda. Lagi bagus kalau kita bawa laptop sekali, maka jurujual akan segera tahu yang mana satu drive yang bersesuaian. Ini kerana sekiranya kita tersilap beli, maka CD / DVD Drive tersebut tidak dapat dipasang, kerana rekabentuknya yang berbeza.
Sekiranya laptop anda berjenama DELL, maka perlu alat ganti jenama DELL juga. Jika Fujitsu, maka kena guna yang sama juga. Walaupun konsep ini menguntungkan memudahkan pengeluar laptop, tetapi kadangkala menyusahkan kita pula. Oleh itu, kita perlu melakukan sedikit pengubahsuaian ataupun trick. Ikuti langkah-langkah di bawah supaya kita boleh gunakan mana-mana cd/ dvd drive yang standard di pasaran:
Kaedah Untuk Membuka CD / DVD Drive
1. Biasanya terdapat satu kunci untuk CD / DVD Drive. Buka kunci tersebut dan CD / DVD Drive akan terkeluar sedikit dengan sendirinya.
2. Tarik CD / DVD Drive tersebut keluar.
Trick Untuk Menggunakan CD / DVD Drive Yang Berbeza Dari Yang Asal
Ini adalah contoh CD / DVD Drive yang asal. Sebenarnya terdapat bracket dan converter di tepinya.
Ini adalah contoh CD / DVD Drive yang standard untuk laptop.
Jadi apa yang perlu anda buat ialah buka skrew bracket dan converter di tepi CD / DVD Drive yang asal. Jika perlu buka juga penutup depan CD / DVD Drive.
Kemudian pasangkan sahaja bracket dan converter tadi pada CD / DVD Drive yang baru.
Related Posts:
Tags: cd drive, dvd drive, troubleshooting
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>











Yes sekarang aku dah tau macam nak buat.
Thanks bebanyak bro kongsi info yang berguna
hafidz´s last [type] ..Ramadhan 1431 Hijrah
simple je sebenarnya..
oh gitu rupanya trick nya…memang berguna, lepas ni tak der susah-susah cari same brand
etomyam´s last [type] ..Promosi Termurah Serunding Istimewa Kampung Laut
setakat ni, saya buat camtu je, tak tahulah kalau ada pulak laptop yg guna optical drive lain dari yg lain…
senang jer….nie duk hantor kedai… cas bukan main lagiee…cina2 mau tipu saja…
zik´s last [type] ..3 jenis tahap puasa
biasala brader, nama pun bisnes..kita dah tahu baik buat sendiri je..
walupun..korang kata senang.. tobat aku memang tak tau buat !!!
bujang3´s last [type] ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
belajar sket2 dulu, lama2 bleh buat bro
sempoi la. senang la pasni.
Nerzhul´s last [type] ..the road to kuala lumpur-genting sempah foodcourt
dulu masa tak tau, pernah 3-4 kali pergi kedai sama sebab masalah tak match je..
ooo… senang je rupanya
papabear´s last [type] ..Perpanjangan Passport di KBRI KL
dah terkena dulu, sekarang baru tau..
Nice! Tips yang menjimatkan
ST´s last [type] ..Bertweet Twitter dengan Gwibber dalam Linux
dah ada cara yg menjimatkan, rugi kalau tak cuba..