Terima kasih kerana melawat blog ini!

gambar diagram cache

Apa itu cache?

Cache adalah merujuk kepada ruang ingatan sementara bagi menyimpan data yang kerap digunakan. Ada bermacam-macam cache: browser cache (firefox cache, internet explorer cache), proxy cache server dan bermacam-macam jenis cache lagi.

Tetapi apa yang saya ingin terangkan di sini ialah processor cache sahaja. Bagi pemilihan processor, kita juga dapati bahawa cache juga adalah salah satu faktor bagi menentukan tahap prestasi processor yang akan digunakan.


Fungsi Processor Cache

Cache berfungsi untuk membantu processor mencapai ingatan / data dengan pantas. Hasilnya processor dapat memproses data dengan lebih pantas kerana cache adalah paling hampir dengan processor.

Contoh Kegunaan Prosessor Cache

Contoh yang boleh kita cuba untuk memahami fungsi processor cache ini ialah;
cuba buka satu applikasi contohnya game “Crysis 2”, kita akan dapati masa “loading” yang diperlukan adalah sangat lama.
Setelah game tersebut dibuka, terus tutup game tersebut. Kemudian buka semula game tersebut, kita akan dapati masa “loading” yang diperlukan pada kali ini adalah lebih pantas kerana processor telah menggunakan cache.

Ciri-Ciri Processor Cache

– Cache membantu processor mencapai data untuk diproses dengan pantas kerana lokasinya adalah paling hampir dengan processor.
– Cache adalah sebagai menggantikan fungsi sementara RAM, hanya untuk data yang paling kerap digunakan sahaja.
– Saiz cache adalah kecil sahaja (kB, MB), tidak seperti RAM yang menyimpan data / ingatan dengan saiz yang besar (MB, GB).
– Biasanya terdapat beberapa jenis cache iaitu L1 dan L2, kadangkala L3 juga. Tetapi cache yang boleh dipilih oleh pengguna ialah L2 cache.

Proses / Cara Cache Beroperasi

1. Apabila hendak memulakan sesuatu proses, processor akan merujuk kepada cache terlebih dahulu, sama ada data yang diperlukan terdapat di cache atau tidak.

gambar cache 1

2. Sekiranya data yang dikehendaki tiada di cache, maka processor akan merujuk kepada RAM pula bagi mendapatkan data tersebut.

gambar cache 2

3. Setelah data diambil dari RAM dan dibawa ke processor, data tersebut juga diambil oleh cache. (Ada beberapa prosedur bagi cache memilih data yang diperlukan, tetapi ini adalah konsep asasnya sahaja).

gambar cache 3

4. Sekiranya processor memerlukan semula data tersebut, maka processor boleh mendapatkannya di cache sahaja, dengan lebih pantas kerana cache lebih hampir dengan processor.

gambar cache 4

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by ST
2010-08-20 10:56:01

erm, jadi walau processor speed lebih laju tapi cache kecik, dia tak dpt proses dengan cepat ke?

Comment by sufian
2010-08-20 15:33:52

biasanya processor speed, fsb dan cache akan bersesuaian sama2. Contohnya processor speed tinggi, fsb pun tinggi, cache pun tinggi (sikit jer) supaya lebih compatible.
Cuma kalau alang2 guna processor tinggi, biarlah fsb dan cache juga tinggi.. tapi harga pun tinggi ler 🙂

 
 
Comment by allan Subscribed to comments via email
2011-05-01 09:41:20

di atas anda menyinggung ^yang anda pilih adalah hanya L2 cachenya saja^, lalu apa gunanya L1&L3 cache dalam suatu prosessor?
mohon pencerahannya thanks

Comment by sufian
2011-05-03 04:00:10

maksud saya, sekiranya kita lihat brochure jualan processor di kedai-kedai (di malaysia), ia akan senaraikan jenis2 processor dan L2 cachenya untuk kita pilih.
Saya tidak pasti kenapa kedai2 tidak senaraikan L1 dan L3 juga, mungkin logiknya jika L2 cache tinggi, maka L1 dan L3 nya juga tinggi, maka disenaraikan L2 cache sahaja bagi meringkaskan maklumat di brochure.

kalau tidak silap, tidak semua processor ada L3 cache, hanya processor terkini sahaja ada L3 cache.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>