Terima kasih kerana melawat blog ini!
Mengenali KVM Switch:
KVM Switch (Keyboard, Video / Visual Display Unit, Mouse) ialah peralatan yang digunakan supaya komputer yang banyak, boleh berkongsi satu monitor / keyboard / mouse sahaja. Dengan kata lain, supaya membolehkan kita mengawal banyak komputer dengan hanya menggunakan satu unit monitor, keyboard dan mouse sahaja.

Fungsi dan Kegunaan KVM Switch
Ini penting supaya ruang kerja dapat dijimatkan, kabel-kabel tidak berserabut dan memudahkan kita membuat kerja dengan cepat. Biasanya KVM Switch ini digunakan di Bilik Server. Kadangkala KVM Switch ini juga diperlukan semasa mengendalikan program tertentu, contohnya semasa perasmian majlis yang memerlukan kita menukar paparan dengan cepat, daripada laptop-laptop yang berbeza. Kadangkala pelajar yang ingin terlibat dengan projek IT juga perlu menggunakannya bagi memudahkan pembentangan projek.
Cara Penyambungan KVM Switch
Cara penyambungannya mudah sahaja, contohnya jika ada 6 input dan 1 output.
6 input digunakan untuk sambungan RGB, usb, ps/2 cable kepada komputer-komputer.
Manakala 1 output adalah untuk disambungkan kepada satu unit monitor / mouse / keyboard sahaja.
Semasa penggunaan, tekan button KVM Switch untuk memaparkan paparan dari komputer yang dikehendaki.
* Jangan keliru pula dengan VGA Splitter!
Related Posts:
Tags: fungsi kvm switch, Graphics
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>




Owh… begini rupanya bilik server yek?
Saya tak pernah tengok lagi. Tak pernah tau aspek teknikal pasal komputer ni. Hehehehehehe….
ni bukan bilik server, tapi peralatan yang sering digunakan di bilik server
kvm swith nie berapa agaknya harga dia…
murah pun ada, bawah RM100