Terima kasih kerana melawat blog ini!
Mengenali VGA Splitter / Video Splitter
VGA Splitter, ataupun dikenali Video Splitter adalah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan banyak paparan dengan hanya daripada satu sumber komputer sahaja.
Fungsi VGA Splitter
VGA Splitter sering digunakan di majlis-majlis tertentu, di dewan persidangan, dewan besar, bilik kuliah, bilik mesyuarat bagi tujuan supaya bilangan paparan dapat diperbanyakkan.
Sebagai contoh, di dalam satu dewan besar mempunyai 3 unit LCD Projektor, dimana 1 unit untuk paparan di tengah-tengan pentas, manakala 2 lagi untuk paparan di kiri kanan; maka VGA Splitter digunakan supaya ketiga-tiga LCD Projektor berfungsi seperti yang dikehendaki.
Contoh seperti gambar di bawah: 1 sumber dari laptop, 2 output paparan pada monitor dan 2 output paparan pada lcd projector.

Contoh lain: 5 unit splitter digunakan untuk menghasilkan 16 paparan (kerana splitter tu ada 4 output sahaja).

Cara Penyambungan VGA Splitter
Sebagai contoh gambar di bawah mempunyai 1 input (female), 8 output (male). Maka sumber yang diambil dari 1 laptop, di sambung ke input. Manakala output disambung kepada LCD Projektor / monitor sehingga maksimum 8 output kesemuanya.
* Jangan keliru pula dengan KVM Switch!
Related Posts:
Tags: fungsi splitter, fungsi vga, fungsi video, Graphics
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>



Dah keliru ni!
simple je. kvm 1 monitor, banyak cpu. splitter 1 cpu, banyak monitor.
tak pening ke tengok banyak2? haha…
lerr..sorang tengok 1 display je dah ler.. byk2 tu kalau dalam dewan ramai..
Nampak cam susah je. Banyak wayar =)
byk wayar kat splitter je, tapi jimat ruang sebab 1 cpu / 1 laptop jer..
memang bagus kalau ada dekat skolah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang…
ratus2 je kosnya kalau tak silap..