Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Setelah melihat berbagai-bagai jenis laptop terkini di pasaran, terdetik dihati apa kesudahannya laptop-laptop yang lama. Laptop terkini memang lebih ringan, canggih, pantas tetapi masih ada beberapa masalah juga. Sebagai contoh laptop terkini banyak menggunakan external drive, dvd external, floppy external, usb external…mungkin itulah sebabnya laptop pada masa kini lebih nipis dan ringan.
Dari pengalaman saya yang tak seberapa, laptop terkini juga selalunya mempunyai masalah untuk mencari perisian driver bagi sistem operasi lama (contohnya Windows XP). Biasalah tu, kini pengguna juga ramai yang suka kepada sistem operasi yang terkini (contohnya Windows7), bagi pengguna yang lebih sukakan kebebasan akan memilih sistem operasi dari sumber terbuka (contohnya Ubuntu, Redhat Fedora, FreeBSD). Bagi orang yang terlibat bagi pembaikan komputer (contohnya saya) perlulah ambil tahu semua tu… Jika berkesempatan, saya akan cuba berikan panduan bagaimana untuk mendapatkan perisian drivers pada artikel akan datang…
Apabila melihat laptop-laptop lama, di sini saya lampirkan beberapa port yang telah sedia ada (built-in) bersama-sama laptop tersebut. Pada saya, inilah kelebihan laptop-laptop lama, malah ada kakitangan di pejabat yang memang menempah laptop sebegini kerana sesuai untuk kerja-kerja on-site yang masih ada tools/alat pengukuran yang memerlukan laptop sebegini. Maka, jangan ambil mudah laptop lama anda, kalau jual di laman lelong mungkin ada yang berminat!
Masih ingat informasi berkenaan “menyambung komputer kepada televisyen“? Port Composite Video telah sedia ada pada laptop lama, perlu sekiranya anda mahukan paparan komputer pada televisyen atau LCD Projector.
1 – Masih terdapat peralatan kerja yang masih memerlukan COM Port ini.
2 / 3 – Printer Port / Parallel Port (mungkin tidak digunakan langsung pada masa kini)
Related Posts:
Tags: laptop lama
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>



Ade ke peraih kalau ade laptop lama yang kita nak buang sufian???
Nak simpan kat rumah agaknya dah penuh stor nak je buang kat tong sampah..
Mentol Bulat´s last [type] ..Bila Majikan Ikut Rasa…
emm..kalu memang takde sapa yg nak..buang aje ler walaupun rosak.. nanti buang masa lak nak cari
saya teringat masa nak buat pelupusan komputer lama di pejabat, tak sangka balai polis nak sangat printer dot matrix..
hinggakan motherboard rosak pun ada company yg nak beli sebab nak recycle electronic components..
Saya dpt tahu dlm komponen PC atau laptop lama tu tersimpan barang yg berharga.. yg saya tahu Emas Putih.. tapi emas Kuning tu tak pasti lak.. apa bro sufian pernah jumpa dan explore ker?
Maklumler emas sekarang barang rare.. rugi siapa buang cam tu aje laptop lama tu..
komputer2 lama ada yg guna emas sebagai ganti cecair silicon utk sejukkan processor, terutamanya server..sebab tu ada company yg nak motherboard lama2 ni… emas conductor electric yg terbaik..
tak tau la pulak emas putih atau kuning yg digunakan.. blum pernah pulak explore
syukur masih tak buang lagi laptop lama..heheh…alang2 dah tau ada part yang boleh guna lagi, bek p hantar kat cash converter…heheh
sedekah pun bleh, asalkan jgn buang.. kot2 ada yg nak
salam bro, laptop lama yg ada printer port ada, yg masih bleh guna?
jual kat saya, nak pakai wat projek fyp gn printer port, desktop pc besar sangat. ada info saya
salam, laptop lama yg ada printer port ada tak? jual murah2, sy nak guna untuk fyp projek.
opis punya ada la.. cuba tanya “mentol bulat” kat atas tu.. kalu kat lowyat pun ada kedai jual laptop2 lama ni, tapi tak pasti la harga dia.. tak pun try usha website lelong ke..
Salam,
Bagi Sesiapa yg nak buang komputer2 lama boleh jual kepada saya. Saya beli dgn harga tinggi dari kedai besi buruk..
Contact no : 0174108980
Location : Kulim kedah
tu dia.. kan dah cakap ada org nak laptop lama lagi…
(nak buat apa tu ye??)
Salam,
Laptop/PC lama diorang jual balik ke kilang kitar semula komputer. Dalam part komputer ada emas, silver, plastik, besi. Bahan beracun pun ada macam kat monitor.
Mcm processor ada emas yg dikatakan emas 99.99% ketulenan. Kena extract dalam jumlah yang banyak tapi amat berbaloi.
Zaini´s last [type] ..Ubuntu 10- Sistem Operasi Pilihan untuk Komputer
kalu keje gomen memang pembeli tu dah berdaftar ngan treasury, memang diorang akan ambik processor2.. terutama processor server2 lama..
ada nak jual komputer lama pejabat boleh saya beli!!!
call 0166240182(mas)
0192798954(jaya)
0196219335(samsul)
area klang dekat shah alam