Terima kasih kerana melawat blog ini!
Sekiranya anda masih gagal juga cari driver motherboard setelah mengikuti kaedah pertama dan kedua yang lepas, maka saya sarankan anda gunakan kaedah ini pula. Bagi pengguna laptop, saya sememangnya faham masalah anda yang anda alami bagi mendapatkan driver yang sesuai. Bagi pengguna laptop terkini, sering bermasalah untuk mendapatkan driver motherboard, sekiranya ingin menggunakan Windows yang terkebelakang sedikit, contohnya Windows XP.
Bagi kaedah ke-3 ini pula, anda perlu memastikan talian internet anda laju ataupun tidak tersangkut-sangkut. Kerana file yang hendak di download adalah bersaiz besar.
Cari Driver Menggunakan DriverForge dan DriverPacks
Sebelum itu anda perlu mengetahui fungsi perisian di bawah:
-
DriverForge
- untuk membuat installasi driver secara automatik, biasanya dari file yang telah di compress, mengandungi himpunan driver.
-
DriverPacks
- himpunan driver bagi satu-satu operating system, sebab itu file nya agak besar, tetapi anda tidak perlu susah-susah untuk mencari driver tertentu sahaja kerana hampir kesemua driver yang diperlukan ada di sini.
Langkah-Langkah Memasang Driver
- Download perisian driverforge di sini.
- Buka website driverpacks.net, pilih driver yang dikehendaki di sini dan download.
- Letakkan semua perisian tadi di satu direktori. Sekiranya anda memang berkerja dalam bidang pembaikan komputer, dinasihatkan supaya burn files ini ke dalam satu CD atau simpan di dalam pendrive.
- Buka file perisian driverforge.
i. Nombor satu merujuk kepada direktori di mana file driverpacks tadi disimpan.
ii. Nombor dua merujuk kepada lokasi direktori di mana compressed file driverpacks di extract.
iii. Nombor tiga merujuk kepada pilihan restart selepas installasi driver. - Klik butang start, perisian driverforge akan memilih sendiri driver yang sesuai dengan komputer anda, dan mula membuat installasi secara automatik.
- Setelah komputer di restart, periksa semula driver komputer anda. Sekiranya semua driver telah dipasang, ianya seperti gambar di bawah.
ps: jangan terkejut, installasi 1 driver sahaja anda boleh dicaj RM40, bayangkan kalau ada 5 driver!!
Related Posts:
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>





Nak tanya, driverpacks tu ada semua driver? Maksudnya apa2 model laptop or PC (hardware) boleh support? Pilih OS je?
mula2 tgk jenis OS, apa2 jenis komputer pun bleh, tapi driverpacks tu ada driver spt yg dia senaraikan je iaitu driver utk komponen utama cth: graphic, network card…
tapi driver optional cthnya driver webcam, memang takde..
tima kasih utk tip power ni
setakat ni cara ni paling berkesan, tapi makan masa nak download..
Nk install driver dlm windows mmg satu cabaran buat pgguna terutama yg br nk bljr sistem. dats y kalu ada duit, lbh mudah hntr kdai. tp kalu tahu caranya boleh buat sendiri.
Ape pn, microsoft prlu mempermudahkn proses pemasangan driver. mgkn mrk boleh mencontohi ubuntu (linux) – hmpir keseluruhan proses instalasi dibuat secara automatik oleh OS daripada graphic card driver hinggalah multimedia codec.
mgkin mcrosoft akan sebegini sampai bila2..wlaupun masalah driver, mcrosoft dah bleh tambah income.. mereka tak nak kongsi (open source code) apa yg mereka ada, org lain pun tak dpt nak bantu.. security holes merata2, tapi itu peluang duit juga utk microsoft.. bayangkanlah ms office 97, 2003, 2007 pun tak bleh bekerjasama, inikan pula masalah driver dgn company lain?
lainlah open source yg programmernya seluruh dunia, semua bleh contribute utk upgrade/baiki..
tapi masalhnya malaysia ni masih ramai pengguna windows, terutama di pejabat2, mgkin ini hasil didikan mcrosoft sejak dulu lagi, biarkan pirate supaya produk tersebar, lama2 ambil tindakan pula, tapi user tetap nak guna jugak.. kadang2 kat pejabat ada vendor jual software, tapi kalau nak guna mesti pasang pada windows!!
sy suka ambil jalan tengah, guna dua2, beri pendedahan, bila pengguna dah nampak kelebihan open source, terpulang utk pilih.. kalau ada masalah, kita bantu
sya baru je tukar OS XP ke OS Vista..and masalahnya Dlm OS vista tu x ada…sound,xboleh connect internet….ethernet controller tu yg berwarna kuning dlm system properties nak kena cari modem & lan driver ke…
download sound driver, ethernet driver, wireless driver dari driverpacks.net pun ok..
hehe bagus bagus,,,,
hhe,, kak admin, aq minta sdkit ruang ya buat promosiin blog baru aq,,,,
tentang macem2 trik utak atik komputer termasuk macam2 cara mencari driver,, hhe,,,
http://computopia-net.blogspot.....-pada.html
salam, x phm r cmne nk cari driver tu.. bole sufian detail kn…
sye bru nk kenal driver2 ni… help me
Buka website driverpacks.net tu, klik pada “Downloads”. Pastu nak mudah, klik pada “Get The Latest”.
Pastu tengok kita guna OS jenis apa, download driver yang berkenaan ataupun download semua…
tq bro, t cek try hang nyer tip… pape pn mekasih r…
wassalam