Terima kasih kerana melawat blog ini!

Kebiasaannya apabila pengguna komputer mengalami masalah komputer, terutama sekali masalah yang melibatkan kerosakan yang menyebabkan pengguna tidak dapat menggunakan terus komputer, pengguna akan mencari penyelesaian yang segera dan mudah untuk dilaksanakan. Antaranya ialah mendapatkan bantuan baiki komputer dari kedai komputer.

Bagi pengguna, kadangkala duit bukan masalah utama, yang penting ialah supaya masalah dapat diatasi. Bagi tuan punya kedai komputer, inilah peluang yang menguntungkan. Sekiranya masalah komputer tersebut telah biasa dihadapi dan diselesaikan, ia adalah sesuatu kelebihan bagi kedai komputer kerana pasti komputer tersebut dapat dibaiki dengan mudah!

Teknik untuk membaiki komputer selalunya dapat diperolehi dari pengalaman, perbincangan, pembacaan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi pula sedikit teknik komputer yang mungkin boleh memberi manfaat kepada pengguna komputer ataupun tuan punya kedai komputer :) :

Teknik Komputer 1: Masalah Windows Blue Screen Error



  • Punca kerosakan komputer:
    Selalunya ia disebabkan system file windows yang rosak. Ada banyak kemungkinan kenapa masalah ini terjadi, contohnya blackout elektrik ataupun force shutdown komputer secara tiba-tiba, berbagai-bagai lagi…
  • Penyelesaian:
    Hanya masukkan CD Windows Installer semula ke dalam pemacu CD/DVD, kemudian ikuti langkah-langkah installasi windows semula, kemudian ambil pilihan “To repair the selected Windows … installation, press R“. Ikuti sahaja langkah seterusnya seperti biasa.. sambil tu bolehlah anda tengok TV dan sebagainya.. kan mudah? :)

Teknik Komputer 2: Masalah Komputer Hang Setelah…

  • Punca kerosakan komputer:
    Cuba tanya pengguna komputer, sebab apa rosak.. (kira macam doktor jugalah, tapi ini doktor komputer :) ). Jika pengguna menyatakan contohnya, komputer hang sejak semalam, selepas guna cd bla blaa.. beli kat pasar malam.. jadi kita telah pun tahu penyelesaiannya – kita perlu membuang perisian yang menjadi punca masalah komputer tersebut.
  • Penyelesaian:
    Anda perlu boot komputer menggunakan teknik safe-mode kerana komputer akan hang sekiranya normal boot, uninstall/ remove perisian tersebut. (Cara untuk masuk safe-mode hamper sama seperti memulakan menu BIOS, tetapi anda perlu tekan button F8). Kemudian bagi membetulkan registry komputer, anda boleh kembali semula kepada setting registry yang asal dengan menggunakan teknik System Restore (teknik ini juga sesuai sekiranya anda tidak berjaya uninstall perisian tersebut).

    Gambar System Restore 1

    Gambar System Restore 2

    Pilih tarikh yang lepas dimana anda yakin komputer berkeadaan baik pada tarikh tersebut. (Shortcut program System Restore, buka Menu Run dan taip %SYSTEMROOT%\System32\restore\rstrui.exe)

Teknik Komputer 3: Masalah Komputer Lembap

  • Punca kerosakan komputer:
    (Sekiranya pengguna komputer menyatakan lembap sejak mula-mula guna, hehe.. tu tandanya kena upgrade spesifikasi perkakasan komputer tu). Selalunya komputer boleh menjadi lembap walaupun spesifikasi komputer tersebut adalah berspesifikasi high performance kerana disebabkan oleh terlalu banyak perisian yang dipasang pada komputer tersebut. Lebih-lebih lagi perisian tersebut mempunyai error ataupun memerlukan network segera.
  • Penyelesaian:
    Gunakan teknik msconfig supaya program perisian tersebut tidak di “cari” semasa membuka Windows nanti. Saya telah terangkan teknik msconfig ini di artikel “cara baiki komputer lambat siri 2″. Lagi bagus jika anda ubah setting msconfig ini dalam keadaan safe-mode.

Related Posts:

Tags: , , ,

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by Khidhir Subscribed to comments via email
2010-10-11 02:16:39

Bukak kedai komputer ni memang untung. Huh, ada duit lebih + ilmu yang mencukupi terasa nak bukak keda komputer je.. Bende senang, harga mahal

Comment by sufian
2010-10-12 04:54:37

itu le business.. tang modal tu yg lemah tu.. :)

 
 
Comment by Mus
2010-10-27 16:59:44

dulu-dulu memang selalu kena makan tokei kedai komputer.. sekarang tak lagi..

Comment by sufian
2010-11-03 02:04:17

kalau senyap dan angguk je, lagi kena “makan”.. saya suka tanya macam2 supaya dpt ilmu sekali, tapi selalunya tokei malas nak jwb..

 
 
Comment by isham
2010-10-31 13:29:02

salam,
sudah lama tak melawat sufian ni…betul tu memang ni antara sebab pc rosak p hantar kedai,tapi nk bukak kedai komputer kena cr supplier yg boleh lawan kedai gergasi hehe biasa Chinese dapat brg murah memang kena modal besar…tapi ape pun kalau nak buat boleh je…mesti jadi punye,selagi ada yg boleh buat selagi tula kita boleh buat kan…

Comment by sufian
2010-11-03 02:07:51

salam,
menurut jutawan melayu al-bukhary, ada setengah2 perkara memang kita perlu belajar dgn mereka.. sebab mereka memang dah lama dan bnyk pengalaman.. tapi jgn bergantung 100%, kena ada usaha kita juga..

ps: saya pun baru balik out-station, baru nak aktif balik blog, insyaAllah

 
 
Comment by faizuldin zaid
2011-02-23 23:32:50

saya pernah ada blue screen,nk try buat windows repair tapi takut ia ambil masa lama.adakah software akan hilang?

Comment by sufian
2011-02-24 10:44:08

buat windows repair takpe, tapi jangan format (hati-hati)..
sekejap je dan data tak hilang, hanya betulkan system files sahaja.

apa2 pun sebaik2nya backup juga data sebelum buat.

 
 
Comment by Zaini Subscribed to comments via email
2011-03-31 11:44:35

Salam,

Untuk permulaan buka kedai servis komputer dahulu sebab lebih mudah dan modal yang tidak besar. Sebab bagi saya, servis lebih baik dari jualan.

Tambahan, PC lembab kadang-kadang disebabkan virus. Antivirus memang kena update selalu.

Comment by sufian
2011-04-05 23:17:50

salam,

ya, kalau jualan biasanya kena lokasi betul2 tepat baru untung, kalau servis ni kat mana2 pun ada rasanya..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>