Terima kasih kerana melawat blog ini!

Mungkin ada yang telah biasa menggunakan universal travel adaptor, dan mungkin juga ada yang tidak pernah tahu pun mengenai alat ini. Universal Travel Adaptor / Travel World Plug ialah plug yang boleh diubah kepada berbagai-bagai jenis plug mengikut kesesuaian soket plug yang akan digunakan. Senang cerita, anda lihat sahaja gambar di bawah…

Universal Travel Adaptor

gambar-Travel-World-Plug
Ada berbagai-bagai jenis travel world plug, gambar di atas adalah sebagai contoh sahaja (yang saya gunakan).

Universal Travel Adaptor ini juga sangat diperlukan sekiranya kita hendak ke luar negara. Sekiranya kita hendak menggunakan peralatan elektrik contohnya mobile phone charger, notebook, dan sebagainya di negara lain, sedangkan peralatan tersebut mempunyai plug yang mengikut standard di Malaysia, tetapi plug points elektrik di sana menggunakan standard jenis plug di negara mereka sendiri, oleh itu kita boleh menggunakan Universal Travel Adaptor ini.



Plug points di negara lain adalah lain bentuknya / standard seperti contoh di bawah:

Europe Plug Points

gambar_europe_plug_point

China Plug Points

gambar_china_plug_points

Japan Plug Points

gambar_japan_plug_points

Bagi sesiapa yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan komputer, kadangkala kita diberikan komputer yang dibeli di negara lain untuk dibaiki, komputer tersebut biasanya tiada mempunyai masalah untuk dibaiki, tetapi plugnya adalah menggunakan standard negara lain. Oleh itu, ada baiknya supaya kita memiliki Universal Travel Adaptor ini, walaupun kita tidak pasti bila akan ke luar negara 🙂 (pada ketika saya menaip artikel ini juga, saya telah diberikan 1 komputer dari negara Jepun untuk dibaiki…)

Related Posts:

  • No Related Posts

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by Shahrul
2010-10-15 11:29:26

Wah, mcm mana dgn frequency? Brg elektrik Malaysia guna 240V/50Hz, brg negara lain ada yg guna voltage dan frequency berbeza.

Comment by sufian
2010-10-17 16:36:44

aiseh..pasal tu tak pasti la pulak..thanks kerana timbulkan persoalan ni utk pembaca..

setakat ni kalu kawan2 bagi laptop, memang boleh guna alat ni..dengarnya kalau kawan2 gi oversea pun memang bawak alat ni utk guna charger handphone..

tapi setakat ni kalau ada yg bagi PC dari jepun, memang dia bagi sekali trasformer convert 240v ke 110v..

kesimpulannya, tak semua peralatan elektrik boleh guna alat ni..sila baca spesifikasi ok..

 
 
Comment by Khidhir Subscribed to comments via email
2010-10-17 03:12:40

beli adapter ni mampu rasanya. nak melancong oversea je yg x mampu. huhu

Comment by sufian
2010-10-17 16:37:30

same ler.. tgh tunggu sapa2 yg nak sponsor sufian.info ni.. haha 😀

 
 
Comment by Khidhir Subscribed to comments via email
2010-10-26 19:41:46

tunggu sponsor? wahhh..ada rezki nant ada la bro..

Comment by sufian
2010-11-03 02:00:16

untung sabut timbul.. 🙂

 
 
Comment by isham
2010-10-31 13:33:15

salam,
dah lama tak melawat kawan..
betul tu bro,ni masalah biasa pc rosak,org edai pun tanya masalah ni hehe..tapi nak bukak kedai pc kena modal besar dan ada supplier yg boleh lawan chinese yg memang kita tahu diaorg dpt murah,satu lg diaorng tak bayar dulu,jual dulu…kalau kita dpt hubungan camtu baru senang hidup sebab komputer bergerak laju…kalau tak ade org beli stok kita outdated….so rugi la kan,mcamna pun boleh buat selagi ada org boleh buat…kan

Comment by sufian
2010-11-03 02:08:34

salam,
menurut jutawan melayu al-bukhary, ada setengah2 perkara memang kita perlu belajar dgn mereka.. sebab mereka memang dah lama dan bnyk pengalaman.. tapi jgn bergantung 100%, kena ada usaha kita juga..

ps: saya pun baru balik out-station, baru nak aktif balik blog, insyaAllah

 
 
Comment by Khidhir Subscribed to comments via email
2010-11-05 02:20:49

sunyi je da. x sabar nak tunggu post baru dari bro.

Comment by sufian
2010-11-05 04:33:55

sori le beb… asalnya kena out-station, dah balik tu relax2 jap.. makin lama terlebih relax pulak 😀

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>