Terima kasih kerana melawat blog ini!

Superspeed USB 3.0 Logo

Gambar Superspeed USB 3.0 Logo
USB 3.0, juga dikenali sebagai SuperSpeed USB, ialah teknologi USB yang lebih canggih daripada USB 2.0 yang telah saya terangkan sebelum ini. USB 3.0 telah mula diperkenalkan pada tahun 2007, 2008, tetapi telah mula banyak digunakan di Malaysia sekitar awal tahun 2010 (dari pemerhatian saya).

Permintaan terhadap peningkatan teknologi USB sememangnya telah dijangka, kerana penggunaan peranti dan aksesori yang menggunakan kemudahan USB adalah semakin meningkat dipasaran. Komputer peribadi, kamera digital, pendrive, external hard disk, telefon bimbit dan banyak lagi peralatan yang menggunakan kemudahan USB secara meluas, sudah semestinya menyokong perkembangan teknologi USB ini. Tambahan pula saiz penggunaan data pada masa kini adalah sangat besar, maka keperluan penghantaran data menggunakan USB juga adalah besar! (Teringat pula suatu ketika dahulu, hard disk 2GB pun sudah dianggap kapasiti yang besar, tetapi pada masa kini pendrive USB 2.0 2GB berlambak dipasaran dengan harga yang sangat murah…)


Perbezaan USB 3.0 (Super Speed) dan USB 2.0 (High Speed)

  1. USB 3.0 menghantar data secara full-duplex, manakala USB 2.0 secara half-duplex.
  2. Wayar yang digunakan oleh USB 3.0 adalah lebih banyak, ini kerana bagi tujuan menyokong full-duplex transmission yang lebih pantas.
  3. USB 3.0 menghantar data 10 kali lebih laju berbanding USB 2.0.

Kelajuan USB 3.0 (Super Speed)

– maksimum 4.8GBps

Gambar-gambar yang berkaitan…
gambar-usb-3.0-connector

gambar-usb-ports

gambar-usb-connectors

Selepas ini, apa pula yang akan muncul ya? 🙂

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

12 Comments »

Comment by ST
2010-10-01 16:35:31

tengah tunggu pendrive yg support USB 3.0 neh. musti pantas loading nanti 🙂

Comment by sufian
2010-10-02 03:27:45

linux pun support kan?

 
 
Comment by etomyam
2010-10-03 00:44:09

wah, PC aku ni kalau nak guna kena beli barang apa ek?

Comment by sufian
2010-10-03 22:45:14

terus terang, saya pun tak guna lg sebab tgh mahal apa2 yg guna usb 3.0 ni…
pernah tgk jer, seperti gambar kat bawah tu, kalau motherboard memang dah ada port tu, kira untung laa..

kalau motherboard dah support usb 3.0 ni, senang la nak guna accessories yg support, cthnya external hard disk ni http://www.seagate.com/docs/pd.....10_kit.pdf

 
 
Comment by zik
2010-10-03 11:27:50

usb 3.0 lebih laju nie nanti…. woot woot..

Comment by sufian
2010-10-03 22:46:48

4.8GBps tu maximum speed utk usb3.0, tapi kalau drop sikit pun, masih laju dari usb 2.0 !

 
 
Comment by Khidhir Subscribed to comments via email
2010-10-03 20:44:13

Tidak…Hopefully lambat la lg org guna usb3.0 ni. Laptop ku old school, mne ada usb 3.0..Nant mest ak t’ingin nak guna..huhu

Comment by sufian
2010-10-03 22:52:10

hehe..saya pun tak terbeli lg, cuma survey2 je.. tgh mahal sekarang ni..
setakat ni keperluan usb 2.0 masih ok, cthnya camera digital dan external hdd kat rumah ok je guna usb 2.0 ..
kat malaysia masih byk lagi yg guna usb 2.0..don’t worry 🙂

 
 
Comment by justkry Subscribed to comments via email
2010-10-04 09:17:24

mobo Asus M4A87TD adalah baek bagi kry..tgh dlm proses nak beli.

Comment by sufian
2010-10-07 04:14:31

memang bagus beli motherboard terkini, banyak boleh support dan sesuai jangka masa panjang

 
 
Comment by hafidz
2010-10-10 16:48:10

Semakin laju & pantas teknologi sekarang nih~ 8)

Comment by sufian
2010-10-12 04:54:01

sampai tak terkejar!

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>