Terima kasih kerana melawat blog ini!

Terdapat berbagai-bagai perisian yang boleh digunakan bagi tujuan mengubah saiz partition (resize partition) tanpa menghilangkan data yang sedia ada di dalam hard disk tersebut. Pada mulanya saya ingin menerangkan cara menggunakan perisian Norton Partition Magic, tetapi malangnya ia tidak dimajukan lagi pada masa kini. Walaupun perisian ini berbayar tetapi nampaknya ia adalah perisian yang popular digunakan sebelum ini.

gambar-logo-gparted
Oleh itu, saya cuba untuk menerangkan perisian lain yang lebih sesuai digunakan iaitu gparted. Mungkin anda boleh mendapatkan perisian gparted yang telah disediakan bersama-sama perisian distro yang lain, tetapi saya lebih menyarankan anda mendapatkan perisian gparted yang terkini dari website gparted kerana terdapat versi terbaru yang menyediakan sokongan terkini terhadap perkembangan teknologi hard disk. Sebagai contoh, perisian gparted versi terkini menyediakan sokongan terhadap format ext4.


Kelebihan Gparted:

Gparted adalah perisian percuma dan ia masih diteruskan perkembangannya bagi menghasilkan versi-versi terbaru. Maka, gparted mempunyai sokongan yang lebih terhadap berbagai jenis file system. Ia juga menyediakan Graphical User Interface (GUI) yang mesra pengguna dan mudah digunakan. Anda boleh menggunakan perisian gparted ini dengan menggunakan banyak media seperti CD, Pendrive USB, network boot server atau terus ke dalam hard disk.

gparted_features

Langkah Penting Sebelum Menggunakan / Melaksanakan Operasi gParted!!!

  • Walaupun gParted sering digunakan tanpa masalah, risiko kehilangan data masih ada, oleh itu pastikan anda backup dahulu data di dalam hard disk sebelum menggunakan gParted.
  • gParted hanya boleh digunakan terhadap hard disk yang berkeadaan baik sahaja, sekiranya hard disk anda rosak atau partition hard disk anda mempunyai amaran (simbol “!”) dari gParted, maka adalah lebih anda tidak meneruskannya kerana berkemungkinan data anda akan hilang sekiranya masih melaksanakan operasi gParted.
  • Sekiranya anda hanya ingin mengubah saiz partition sahaja, pastikan anda tidak pilih menu “format” kerana pilihan ini adalah untuk memadam data anda! Anda hanya perlu “resize partition” dan klik “apply” sahaja…
  • Biarkan set “active” satu partition utama sahaja, tidak perlu ubah apa-apa..

Cara Membuat gParted USB Bootable

    Saya rasa ramai yang telah tahu untuk membuat CD bootable, oleh itu saya terangkan cara untuk membuat USB Bootable untuk gParted sahaja:

  1. Download gParted
  2. Format USB Pendrive kepada format FAT16 atau FAT32
  3. Extract perisian gParted yang telah di download ke dalam USB Pendrive anda. Copy semua data yang telah di extract tadi ke dalam USB Pedrive (tanpa tambahan folder baru).
  4. Bagi pengguna Windows; klik pada file makeboot.bat di dalam folder utils\win32\ di dalam pendrive anda (bukan folder hard disk!). Ikut arahan seterusnya….
  5. Bagi pengguna Linux; mount pendrive anda, terus ke direktori pendrive anda /utils/linux/ (bukan direktori dalam hard disk!), taip arahan bash makeboot.sh /dev/sdd1 (ubah “sdd1” kepada nama device pendrive anda di dalam linux
  6. Reboot komputer anda, setting bios supaya boot menggunakan usb pendrive,…

Contoh Screenshot GUI gParted

gambar-gparted-1
– Paparan Utama gParted Partition Editor

gambar-gparted-2
– Ubah saiz partition dengan drag mouse anda sahaja..

Perisian gParted boleh didapatkan di sini.

Related Posts:

Tags: , , ,

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by zik
2011-01-01 15:56:08

menarik2.. mahu gunakannya..

Comment by sufian
2011-01-07 01:23:01

kadang2 terpaksa guna!

 
 
Comment by papabear
2011-01-05 00:57:29

sangatlah tak berani nak “main2” dengan data… hehe..

Comment by sufian
2011-01-07 01:26:06

ni bukan main-main, tapi betul-betul!!! šŸ˜€

kadang2 terpaksa buat, brgantung kepada situasi.. cthnya partition dah penuh, kena la ubah2 saiz partition.. yg penting backup dulu dong..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>