Terima kasih kerana melawat blog ini!

Sekiranya selepas anda menaiktaraf perkakasan komputer anda, tetapi masih juga masalah komputer lembab berlaku. Maka tindakan seterusnya ialah dengan melihat kepada perisian operating system yang anda telah gunakan pula.

Kali ini saya tumpukan terhadap pengguna Windows terlebih dahulu, kerana kebanyakan masalah komputer lambat / lembap ini terjadi kepada pengguna Windows.

Punca:
Terlalu banyak start-up programs atau Start-Up Error

Biasanya masalah komputer lambat akan dapat diperhatikan semasa memulakan Windows. Akibat daripada tindakan pengguna yang banyak membuat installasi perisian tambahan, contohnya skype, yahoo messenger, real player dan lain-lain lagi, dan pada masa yang sama pengguna juga memilih default setting yang membenarkan program-program tersebut dilaksanakan semasa proses start-up komputer. Maka ia akan mengakibatkan komputer terpaksa menjalankan semua program tersebut satu-persatu. Lebih malang lagi program tersebut memerlukan penyambungan internet dan kapasiti RAM komputer juga adalah rendah.
Ralat “program is missing” semasa start-up juga boleh menambah lagi masalah ini!




Penyelesaian
Apa yang biasa saya lakukan ialah disable perisian program-program tambahan tersebut semasa proses start-up. Program tersebut masih ada, tetapi hanya tidak dijalankan semasa komputer mula dibuka. Lebih baik lagi membuang (uninstall / remove) program-program yang tidak diperlukan. Ini juga dapat menjimatkan ruang ingatan RAM dan kapasiti hard disk.

Cara untuk disable start-up programs ini dapat dilakukan dengan melakukan konfigurasi pada msconfig seperti yang telah terangkan di blog lama saya; sufianpc (http://sufianpc.blogspot.com/2009/03/tips-lajukan-pc-versi-2.html).

Cara ini juga sesuai untuk membaiki pop-up error: “Programs is missing / not found! semasa start-up Windows.

Selain msconfig, anda juga boleh mengubah start-up programs di registry, iaitu direktori “HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run“. Pastikan anda tidak tersilap kerana kesilapan konfigurasi registry boleh menambah kerosakan komputer pula nanti.

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by hanif
2010-12-02 13:47:22

perkongsian yang baik. terima kasih.

Comment by sufian
2010-12-03 03:00:58

sama2 🙂

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>