Terima kasih kerana melawat blog ini!

Bagi pengguna Windows juga, memang tidak boleh lari dengan masalah virus. Pengguna Windows kelazimannya adalah mangsa serangan virus. Walaupun komputer kita mempunyai spesifikasi kelajuan paling tinggi, tetapi apabila telah dijangkiti virus, maka masalah komputer lambat masih juga berlaku, lebih parah lagi boleh jadi hang komputer kita.

Tidak terlepas juga ancaman spyware, walaupun pada zahirnya komputer kita hanya menjalankan satu dua program sahaja pada satu masa, tetapi di belakang tabir proses komputer (backdoor), terdapat banyak program spyware yang memenuhkan ruang RAM dan memaksa processor komputer melaksanakannya. Seperti sedia maklum, data / maklumat peribadi kita (email, kad kredit) juga tidak mustahil dapat dicuri!

Oleh itu, saya berikan beberapa cadangan seperti di bawah:


  • Jika anda minat untuk mencuba open source (mungkin juga dah tahu guna) seperti ubuntu, freebsd, redhat fedora dan sebagainya, maka gunakan sahaja open source ini. Kebarangkalian untuk diserang virus adalah jarang sekali. Sememangnya open source berasaskan unix ini diwujudkan untuk memberi kelebihan kepada tahap keselamatan data / pengguna komputer. Cuma jika anda menggunakan applikasi sharing SAMBA, masih ada lagi antivirus untuk linux untuk dicuba contohnya clamav.
  • Jika anda adalah pengguna komputer yang tidak menggunakan apa-apa sumber yang boleh menyebabkan berjangkitnya virus komputer, contohnya tidak menggunakan pendrive, internet, cd-cd data, dan seumpanya. Anda tidak perlu risau, gunakan sahaja komputer tanpa antivirus kerana tiada cara pun virus dapat memasuki komputer anda (saya pernah jumpa orang sebegini, hanya menggunakan komputer untuk taip dan cetak sahaja).
  • Namun jika anda adalah pengguna setia Windows dan banyak menggunakan pendrive, internet, atau apa sahaja sumber yang boleh mengundang virus, maka anda sememangnya perlu menggunakan antivirus, lebih bagus yang asli (antivirus + anti spyware + firewall + antiphishing dll..). Memanglah penggunaan antivirus sedikit sebanyak akan menyebabkan lambat sedikit komputer kita, tetapi jika dah kena serangan virus nak buat apa pun dah tak berguna..
    Terdapat banyak antivirus yang percuma untuk dicuba contohnya avira, eset nod 32, kaspersky (3 hari percuma sahaja), clamav dan lain-lain lagi.
    Pastikan juga antivirus yang digunakan sering dikemaskini (update) kerana ada sahaja virus baru yang wujud setiap hari!

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

Comment by Anwar Osman
2010-12-12 08:52:16

aku suka gaya penerangan bro. insyaallah aku akan berkampung disini membaca entry2 lepas. salam perkenalan dari Anwar Osman.

Comment by sufian
2010-12-12 23:23:58

salam perkenalan 🙂

macam pernah nampak le, tapi dimana ye.. hehe

 
 
Comment by papabear
2010-12-12 12:57:11

saya guna Avast yg free version. ok ker tu?

Comment by sufian
2010-12-12 23:25:41

asalkan update, ok le kot..

nak puashati lagi, guna firewall software, bleh block kalu ada IP nakal yg cuba nak buat intrusion ke, ddos ke…

 
 
Comment by dnoBiz
2010-12-12 14:21:48

kalau komputer lembab saya tk kisah sangat sebab kalau tk boleh repai sendiri boleh hantar kedai, tapi kalau streamyx lembab memang saya hangin 😀

Comment by sufian
2010-12-12 23:31:08

kalu kt tempat sy setakat ni streamyx paling ok, ada cuba tukar password streamyx tak? kalu guna password default senang sgt kena curi..

cuba artikel kat blog lama sy ni: http://sufianpc.blogspot.com/2.....speed.html

ps: perut berangin lepas makan kenduri, kena minum air halia ni 🙂

 
 
Comment by etomyam
2010-12-12 21:41:52

aku guna ESET Smart Security, setakat ni orait no hal 😀

Comment by sufian
2010-12-12 23:32:26

opis aku baru je tukar ke ESET minggu lepas, dengar cite macam ok je ESET ni.. kalu siap ngan firewall lg bagus

 
 
Comment by fendidahada Subscribed to comments via email
2010-12-12 22:49:33

aku guna kaspersky 6.0…bundle license by upm…hehe..untung jadi student upm..anti virus pun leh dapat free…hehe

Comment by sufian
2010-12-12 23:36:15

best la, mesti dh lama upm guna kaspersky ni..

* jangan jual dah la 🙂

 
 
Comment by fendidahada Subscribed to comments via email
2010-12-12 23:24:19

haha…internet lembab pun saya bengang bro..hehe

 
Comment by fendidahada Subscribed to comments via email
2010-12-12 23:45:30

unit it kami msukkan dalam server..ade lagi 1k lagi kosong..huhu…tp local server je leh install..means kena guna local server upm..dr luar tak leh..hehe

Comment by sufian
2010-12-14 00:44:27

kalau duk dekat upm, bleh masuk kejap dlm kampus, setakat utk install & update je!

 
 
Comment by fendidahada Subscribed to comments via email
2010-12-14 00:58:14

boleh2…datang la…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>