Terima kasih kerana melawat blog ini!

Di bawah ini saya ringkaskan beberapa cara yang lain untuk membaiki masalah komputer lambat:

  • Services: Ubah konfigurasi services (services.msc) supaya hanya menggunakan service yang perlu sahaja. Maklumat lanjut boleh didapat di blog SufianPC (http://sufianpc.blogspot.com/2009/01/tips-lajukan-pc-versi-1.html)
  • BIOS Setting: Pastikan konfigurasi BIOS adalah tepat mengikut perkakasan komputer yang digunakan, contoh: frekuensi RAM – 667MHz, DMA Setting – SATA)
  • System Update: Update driver motherboard sekiranya terdapat versi driver yang terbaru dari website pengeluar motherboard. (Boleh juga update BIOS komputer, tetapi tidak disarankan kecuali terpaksa). Operating System juga hendaklah dikemaskini (sekiranya menggunakan Windows, pastikan ori ye 🙂 )


  • Penyelenggaraan Hard Disk: Lakukan penyelenggaraan berkala seperti disk defragmentation, scandisk, disk cleanup. Ini adalah bagi memastikan kelancaran capaian data dari hard disk. Disamping itu anda juga boleh menggunakan perisian tambahan bagi tujuan disk cleanup, contohnya ccleaner dan cleanafterme. Pilih data yang hendak dihapuskan, contohnya firefox temporary files.
  • Optimize RAM: Kurangkan icon-icon desktop, hapuskan start-up menu yang tidak digunakan…
    Hapuskan program-program yang tidak digunakan. Kurangkan ruang virtual memory sekiranya kapasiti RAM anda agak besar (GB).
  • Polisi Penggunaan Komputer: Kurangkan penggunaan program pada satu-satu masa. Terdapat juga pengguna yang tidak pernah mematikan komputer, bagi mereka sebaiknya cuba untuk restart komputer sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Windows Vista / Windows 7: Bagi pengguna Windows Vista dan Windows 7, anda masih boleh menggunakan 1GB RAM. Tetapi disarankan untuk menggunakan 2GB RAM, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan 3GB RAM atau lebih lagi.
    Selain menambah kapasiti RAM, anda boleh cuba membuat setting “Adjust Visual Effect Win7 / Vista” bagi mengoptimumkan penggunaan RAM yang sesuai untuk paparan grafik komputer anda. Namun, anda juga masih boleh menggunakan pendrive untuk menambah prestasi RAM anda dengan cara setting “ReadyBoost” (Right Click Pendrive > Properties > ReadyBoost Setting).

* Maaf, artikel kali ini agak express (boleh tanya semula jika kurang faham 🙂 )

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by isham
2010-12-21 17:48:28

nak laju kena pakai enjin turbo hehe…good info sufian…lame tak masuk sini…:-)

Comment by sufian
2010-12-28 23:57:13

sy pun baru nak aktif semula… tgh panas enjin!

 
 
Comment by akim Subscribed to comments via email
2011-12-26 15:46:30

adoi~
leh kongsi2 tntang ralat2 komputer?
😀

Comment by sufian
2011-12-31 15:43:20

banyak tu.. nanti2 le bila senang.. 🙂

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>