Terima kasih kerana melawat blog ini!

Mungkin anda pernah menggunakan perisian untuk back-up data seperti Norton Ghost, Symantec Ghost Corporate Edition, HP Backup dan lain-lain lagi. Mungkin perisian tersebut berbayar atau pun percuma. Apa yang saya ingin tunjukkan pula adalah perisian untuk backup / restore data yang tiada jauh bezanya dengan yang lain, cuma ianya percuma dan tiada lesen diperlukan memandangkan ianya adalah didalam kategori open source, iaitu Clonezilla. Setakat ini, sokongan yang diberikan adalah terkini terhadap berbagai-bagai jenis format data, contohnya ext4 (anda boleh memeriksa sokongan yang disediakan dari masa ke semasa).

logo-clonezilla


Peringatan Bagi Penggunaan Clonezilla

  • Sebaiknya anda uji data yang telah dibackup, dengan cara ujian restore. Ini bagi menjamin supaya data yang telah dibackup adalah betul dan boleh digunakan sekiranya berlaku kerosakan hard disk dan sebagainya.
  • Clonezilla adalah perisian percuma yang membantu untuk anda membuat kerja backup / restore data, tetapi sekiranya berlaku kerosakan / kehilangan data, ia adalah tanggungjawab anda. Lazimnya tiada masalah yang timbul sekiranya kita menggunakan perisian ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Semasa proses restore dilakukan, target destination (lokasi untuk dimasukkan semula data yang telah dibackup) akan dikosongkan oleh clonezilla bagi menempatkan data restore.

Langkah-Langkah Download Clonezilla Yang Stabil

Anda boleh download Clonezilla di sini. Bagi memastikan perisian Clonezilla yang digunakan adalah stabil, sila ikuti gambar-gambar di bawah:

  1. clonezilla-downloads-1
  2. clonezilla-downloads-2
  3. Pilih package yang sesuai dengan komputer yang digunakan… clonezilla-downloads-3

Cara Membuat Clonezilla USB Bootable

    Saya rasa ramai yang telah tahu untuk membuat CD bootable, oleh itu saya terangkan cara untuk membuat USB Bootable untuk Clonezilla sahaja:

  1. Download Clonezilla
  2. Format USB Pendrive kepada format FAT16 atau FAT32
  3. Extract perisian Clonezilla yang telah di download ke dalam USB Pendrive anda. Copy semua data yang telah di extract tadi ke dalam USB Pedrive (tanpa tambahan folder baru).
  4. Bagi pengguna Windows; klik pada file makeboot.bat di dalam folder utils\win32\ di dalam pendrive anda (bukan folder hard disk!). Ikut arahan seterusnya….
  5. Bagi pengguna Linux; mount pendrive anda, terus ke direktori pendrive anda /utils/linux/ (bukan direktori dalam hard disk!), taip arahan bash makeboot.sh /dev/sdd1 (ubah “sdd1″ kepada nama device pendrive anda di dalam linux
  6. Reboot komputer anda, setting bios supaya boot menggunakan usb pendrive,…

Cara Menggunakan Clonezilla

  • Boot Clonezilla (sekiranya anda memilih cara boot Clonezilla dari CD atau pendrive), rujuk artikel berkenaan setting BIOS bagi tujuan boot dari CD atau pendrive.
  • Paparan Awal Clonezilla seperti di bawah ini;
    clonezilla-1
  • Terdapat beberapa menu, saya rasa ianya mudah difahami dan anda hanya perlu pilih “ok” dan “next” sahaja.
    clonezilla-2
  • Apa yang anda perlu jelas ialah;
    device-image – ini bermaksud untuk membuat backup data pada keseluruhan hard disk atau partition tertentu, dengan cara menjadikannya image file, yang akan disimpan didalam satu lokasi. Image file ini diperlukan semasa perlaksanaan restore data nanti.

    device-device – ini bermaksud untuk membuat backup data pada keseluruhan hard disk atau partition tertentu, dengan cara menyalin data dari hard disk sumber kepada hard disk yang lain, atau dengan cara menyalin data dari partition sumber kepada partition yang lain.

    clonezilla-3

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

9 Comments »

Comment by papabear
2011-01-12 11:18:39

Dulu cuma ada Godzilla
pastu ada Mozilla
pastu ada pulak FileZilla
now ada Clonezilla

penat ultraman cam ni hehehe…

Comment by sufian
2011-01-13 04:19:16

lepas ni Zilla Bakarin pulakk.. :)

 
 
Comment by zik
2011-01-12 13:52:54

adik beradik zilla lah semua nie.. erm clonezilla nie tampak senang dia proses backup data nie.. sebagai alternatif

Comment by sufian
2011-01-13 04:20:36

kalau malas nak cari mana data nak backup, backup je terus 1 hard disk guna clonezilla ni..

 
 
Comment by Khidhir
2011-01-20 11:40:21

device-device tu dia buat image file jugak kan, cuma disimpan dalam external hard disk, camtu ye maksudnya? Saiz image file tu compare dengan size sebenar hard disk berapa ye? Nak backup, tapi selalu rasa lambat dan takut tak cukup free space simpan image file tu

Comment by sufian
2011-01-21 04:31:45

biasa buat kat opis, device-device tu backup direct hard disk ke hard disk secara terus (direct ghost).. tapi sebelum backup tu buat master-slave hard disk dulu..

tak pasti bape besar image file kalu buat device-image tu, tapi rasany tu macam compress gak la..

 
 
Comment by siti hotijah Subscribed to comments via email
2011-09-06 15:17:44

salam…sy nk tny…pe pe mksd direct ghost?
mf la…sy bru nk blajar ttg komputer..

Comment by sufian
2011-09-08 17:26:20

salam,
direct ghost = copy/backup/duplicate sebijik, sama seperti asal…

 
 
Comment by Nabilah
2011-10-13 15:48:28

bagus maklumatnye

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>