Terima kasih kerana melawat blog ini!

Masihkan anda ingat cara untuk buat system boot disk (MS-DOS startup disk) menggunakan disket floppy seperti gambar di atas? Boot Disk menggunakan disket floppy sering digunakan semasa penggunaan Windows 3.1 / 95 / 98 dahulu. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk boot Windows, maka anda boleh gunakan disket floppy yang telah diinstallasi dengan perisian / program Windows system boot disk supaya komputer anda tidak hang begitu sahaja. Hasilnya komputer yang diboot menggunakan system boot disk ini akan dapat memulakan program MS-DOS, supaya anda boleh membetulkan ralat yang berlaku pada Windows boot.
Namun pada masa kini, rata-rata pengguna komputer tidak lagi menggunakan disket floppy! Kebanyakan pengguna hanya menggunakan pendrive bagi tujuan portable storage. Maka, bagi membuat system boot disk, pendrive digunakan bagi menggantikan disket floppy…
Tetapi masalahnya, kita tidak boleh membuat system boot disk untuk pendrive! (gambar di atas ialah contoh paparan sekiranya ingin format dan membuat startup disk untuk disket floppy, bukannya pendrive…). Oleh itu, perisian UNetbootin boleh digunakan sekiranya ingin membuat system boot disk untuk pendrive.
Cara Buat Boot Disk Guna Pendrive Menggunakan UNetbootin
- Download perisian UNetbootin.
- Install dan jalankan perisian UNetbootin.
- Sekiranya ada data di dalam pendrive, sila backup data terlebih dahulu.
- Format pendrive dan pilih menu “FreeDOS”.

- Setting BIOS dan mulakan boot pada pendrive.
- MS-DOS boleh digunakan…
Bagi pengguna Linux Ubuntu, anda boleh download dan install perisian UNetbootin dengan taip arahan terminal sudo apt-get install unetbootin. Bagi pengguna Windows, anda boleh download perisian UNetbootin di http://unetbootin.sourceforge.net/.
Related Posts:
Tags: perisian percuma, troubleshooting
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>

thanks! useful nih!
orang lama memang expert / suka bab DOS ni..hehe
nah, maklumat yang baik untuk di kongsi,
software unetbootin ni memang best dan byk membantu
features dia pun banyak sebenarnya.. setakat ni baru cuba yg mana perlu je..
Thanks for sharing bro.. Blh try nih..
welcome
Thank bro, bertambah lagi satu benda baru untuk aku
welcome
ooo freedos ni untuk windows la..
adeh selama ni aku guna boot untuk linux tak tahu pulaka ada benda ni..hehe..tq bro
hehe.. tak salah mencuba.. dulu tak tau sekarang dah tau..
nak tnya…sy dah download tp bila run x ble pla..knapa ye?
mungkin file yang di download tu ada masalah..
cuba guna perisian khas utk download http://sufian.info/2011/03/car.....-download/
hello admin.. nak tanya nih.. cam na nak buat recovery (untuk boot netbook hp yang error… x bleh masuk windows)guna hard disk atau pendrive jak.?. apa2 yg diperlukan? tolong hantar email ya.. apapun thanks.. email ke emonwap88@yahoo.com…
saya pun tak pernah buat recovery utk netbook hp sebenarnya..
tapi mungkin boleh guna perisian backup dan perisian backup driver, ada diterangkan dalam blog ni..
Tq bro sufian…. cara nak dos pendrive.
boleh saya tahu macam mana nak copy cd window kedalam pendrive , bila cucuk ket computer terus keluar seting macam kita masuk cd window. harap bro sufian dapat membantu.
Mungkin anda boleh jadikan CD Windows kepada file ISO terlebih dahulu. Kemudian pada UNetbootin tu, pilih option “Diskimage”.
Salam admin,nak tanya kalau pendrive bila kita cucuk dia keluar suruh format boleh tak cari balik file kat dalam pendrive 2,sebab benda penting banyak la dalam 2
salam, cuba cara ni:
http://sufian.info/2011/02/car.....-pendrive/
salam admin…sy nk tnye..sy pnye external hardisk x detect..mula2 jd cmtu dlu kuar suh format disk..then sy format jer la tp last jd x complete sbb ade error..tp still dpt detect lg..lme2 hardisk nie jd x detect pd lptop n komputr..bleh admin bg suggesstion x cmne nk buat…bleh dibaiki or x bleh…
kalau masih boleh detect, cuba pasang pada mana2 linux untuk recover data atau cara ni:
http://sufian.info/2011/02/car.....-pendrive/
npe ble download unetbootin tp nk run x ble?
cuba search link terkini untuk download unetbootin.. mungkin ada yang terkini.
assalammualaikum, mcm mana nak repair pendrive yg laptop tak dapat detect langsung ? tolong sy
waalaikumsalam.. cuba ini: http://sufian.info/2011/02/car.....-pendrive/
Salam, unetbootin ni bole buat multiboot x ? selalu sy pakai yumi.. thanks admin