Terima kasih kerana melawat blog ini!
BIOS ialah program / perisian yang awal dilaksanakan apabila komputer dihidupkan. Konfigurasi berkenaan perkakasan komputer yang paling asas terdapat pada BIOS. Ia berfungsi dan bertujuan agar apa sahaja maklumat berkenaan perkakasan komputer yang dipasang pada motherboard akan dikenalpasti terlebih dahulu, kemudian mengenalpasti arahan awal yang perlu dilaksanakan, akhirnya barulah perisian sistem operasi sesebuah komputer dijalankan.
Tujuan Update BIOS
Perisian BIOS disimpan di dalam chip BIOS yang khas, merupakan program kekal yang dipasang pada komputer sejak dibuat di kilang lagi. Namun, bagi tujuan tertentu, perisian BIOS masih boleh di update (kemaskini) oleh pengguna.
- Diantara tujuan kenapa kita perlu update BIOS ialah:
- Terdapat error “splash corrupt” pada BIOS.
- Terdapat update terkini bagi menggantikan (upgrade) versi BIOS yang lama.
- Sering berlaku masalah device yang tidak stabil disebabkan BIOS corrupt. Contohnya kadang-kadang USB port tidak dapat berfungsi (no detect), kadang-kadang ok pula.
Upgrade BIOS
Bagi tujuan Upgrade BIOS pula, anda boleh membuat semakan di website pengeluar motherboard; sekiranya terdapat versi terkini yang boleh digunakan, maka anda boleh download versi BIOS tersebut.
- Diantara contoh kelebihan yang terdapat pada versi BIOS yang terkini ialah:
- Kelebihan support terhadap processor yang yang lain.
- Kelebihan support tambahan terhadap RAM, PS/2 compatibility, fungsi alarm, memory voltage dan sebagainya…
- Membaiki konfigurasi sedia ada, contohnya CPU temperature abnormality correction,…
Cara Mengenalpasti Versi BIOS Yang Sedang Digunakan

PERINGATAN SEBELUM MEMBUAT UPDATE BIOS
- Pastikan anda tunggu operasi update BIOS sehingga selesai (hanya beberapa minit sahaja), sekiranya operasi tersebut diganggu atau anda matikan komputer sebelum operasi update BIOS selesai, maka motherboard anda berisiko akan rosak / tidak dapat digunakan lagi!!!! (unknown failure)
- Pastikan anda download file update BIOS yang betul dan tepat. Sekiranya tersilap, maka ia juga akan mengakibatkan motherboard anda tidak berfungsi juga!!!
- Jangan sengaja laksanakan program flash pada file update BIOS yang disimpan di hard disk, hanya laksanakan program tersebut daripada pendrive atau disket floppy yang telah di boot.
- BIOS setting anda akan dipadamkan semasa operasi update BIOS dilaksanakan. Anda perlu set semula BIOS setting selepas selesai operasi update BIOS.
Cara Membuat Update BIOS Menggunakan Pendrive
- Oleh kerana disket floppy sangat jarang digunakan, maka pendrive boleh digunakan bagi menggantikan disket floppy…
- Semak model motherboard anda dengan tepat (kesilapan boleh merosakkan motherboard!)
- Kenalpasti versi BIOS yang sedang digunakan (contoh gambar di atas)
- Semak versi update BIOS yang terkini di website pengeluar motherboard dan download.
Terdapat juga sesetengah website yang mengasingkan file program flash BIOS (awdflash.exe), maka anda perlu download juga file program flash ini. - Extract file update BIOS tersebut (sekiranya jenis compressed file).
- Gunakan perisian UNetbootin untuk masukkan program DOS ke dalam pendrive.
- Copy semua file update BIOS yang telah di extract tadi ke dalam pendrive (tanpa cipta folder baru).
- Ubah boot priority pada konfigurasi BIOS, supaya anda boleh boot dari pendrive nanti.
- Boot komputer menggunakan pendrive. Anda akan memasuki DOS command prompt.
- Anda perlu gunakan sedikit arahan DOS atau semak penerangan di website pengeluar motherboard sebelum ini, untuk mengenalpasti file exe untuk menjalankan operasi update BIOS. Taip arahan yang diperlukan (cohtoh: run.bat atau awdflash
/py /sn /cd /cc /cks /R ) - Biarkan sahaja operasi update BIOS dilakukan sehingga selesai.
- Clear CMOS dan buat BIOS setting semula.
Related Posts:
Tags: bios, perisian percuma, troubleshooting
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>
bios baru tiada masalah sangat.
ni dulu aku guna bios lama.
pening gila masa tu.
hehe.. dulu mmg susah. pernah nak update bios pc compaq, tapi mobo lama, pastu compaq dah tukar ke hp.. tak tau nak pilih bios mana satu..
tak berani nak kacau bios hahaha….
tak berani jangan buat, warranty tak cover..
kena serah kepada yang pakar ni..
macam ayat iklan harpic pulak 🙂
tak pernah try untuk nak update bios nie… penting, sebab kadang2 tak boleh nak update secara auto ???
pastikan ikut step dgn betul, kalu silap mobo boleh rosak!
nak pandai kena ambil risiko haha
paling bagus belajar dari kesilapan, tapi risiko kerosakan tu cuba la elakkan 😀
Aku tak pernah upgrade bios. Tp ada terbaca kat mana ntah yg sekarang ni update bios dah jadi exe execute dari interface windows je. betul ke?
tak pernah jumpa lagi, mungkin ada certain2 option je boleh update..
camne nak update bios dari windows, kalau masa update tu, bios di delete dan remove (maksudnya hard disk tidak di detect masa ni)??!!
Mau update bios juga.
salam bro sufian saye update bios pakai asusupdate manager folow tutorial ni http://www.youtube.com/watch?v=JyYSmEPs98w mule2 je..memang salah saye.. sebab first time flash bios ni.. tak tau risk die. tapi still boleh restart and pakai macam biase.
problem nye timbul bile saye update windows than restart untuk kali ke 2.. kali ni die x boleh boot window, pc akan restart balik mase skrin starting windows tu. boot via window disk pun x boleh die akn restart jugak. so x boleh nak repair disk or ape2.. ni tande2 mobo saye dah rosak ke atau masih boleh diselamatkan lg? btw bios still boleh masuk.. tolong bro 🙁
kalau masalah pada BIOS, saya pun tak pasti nak buat camne, tapi kalau sebab windows, cuba repair windows semula
http://sufian.info/2010/09/pan.....ws-siri-1/
pastu install semula driver motherboard dll…
* jangan pilih format, tapi pilih repair