Panduan Cara Setting BIOS Untuk Ubah Boot Order / Priority (Hard Disk, CD ROM, Pendrive)

Mungkin ada yang masih keliru bagaimana untuk mengubah setting BIOS supaya komputer dapat diboot daripada hard disk / cd rom / pendrive / floppy disk. Oleh itu saya berikan panduan sepintas lalu untuk setting boot priority seperti di bawah…





    Setiap komputer mempunyai konfigurasi BIOS yang boleh anda ubah.
    Sebagai contoh;

  • sekiranya anda ingin membuat installasi operating system ( windows / linux / freebsd / …) daripada CD, maka anda perlulah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “CD ROM” terlebih dahulu.
  • sekiranya anda mempunyai pendrive yang telah diisi perisian bootable seperti gparted, partedmagic, ubuntu pendrive, dan sebagainya, anda hendaklah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “USB Drive” terlebih dahulu.
  • sekiranya anda ingin boot komputer daripada hard disk (kebiasaannya), anda hendaklah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “Hard Disk” terlebih dahulu.
  • sekiranya anda ingin boot komputer daripada disket floppy (cara lama), anda hendaklah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “Floppy” terlebih dahulu.

Langkah-Langkah Setting BIOS Untuk Ubah Boot Order / Priority

  1. Hidupkan komputer.
  2. Lihat paparan komputer, perhatikan petunjuk keyboard untuk memasuki “Setup”. Biasanya butang “Delete”, “Insert”, “F2” atau “F10” (bergantung kepada jenis komputer atau jenis BIOS).
  3. Pastikan anda tekan dengan pantas semasa paparan ini tidak bertukar ke paparan seterusnya (boleh tekan butang keyboard beberapa kali supaya tidak terlepas).
  4. Setelah anda berjaya memasuki menu BIOS, perhatikan petunjuk untuk membuat setting BIOS pada sudut bawah. Setelah memahami petunjuk tersebut, pilih menu “Advanced BIOS Features”.
    tukar-setting-bios-boot-priority-1
  5. Ubah pilihan pada menu “First Boot Device” supaya komputer boot mengikut pilihan yang anda inginkan, mengikut susunan keutamaan.
    tukar-setting-bios-boot-priority-2

* Bagi tujuan memilih boot daripada pendrive;
sekiranya anda menggunakan laptop, anda boleh pilih boot daripada Pendrive daripada menu tadi,
tetapi sekiranya anda menggunakan PC, anda perlu pilih “Hard Disk” pada menu “First Boot Device”. Kemudian pergi ke menu “Hard Disk Boot Priority”, seterusnya jadikan pendrive anda sebagai boot pertama yang perlu di boot.
tukar-setting-bios-boot-priority-3

* Mungkin gambar-gambar di atas adalah berbeza daripada paparan BIOS anda, tetapi konsep kaedah yang perlu dilakukan adalah sama sahaja.

Related Posts:

sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

20 thoughts to “Panduan Cara Setting BIOS Untuk Ubah Boot Order / Priority (Hard Disk, CD ROM, Pendrive)”

  1. pc saya kog tiba tiba muncul partisi A 3/4 floppy kenapa ya? padahal sebelumnya tidak ada( hanya partisi C dan D) di settingan bios juga udah disabled tp tetep aja muncul partisi A 3/4 floppy td….. tolong donk solusinya …… terima kasih

  2. saya kurang faham soalan..

    adakah gambar ikon floppy muncul di windows? tu hanya perlu beberapa setting pada windows sahaja untuk betulkan.

  3. bos saya boleh gak minta file yang diatas tapi yang lengkap,,,,dari pertama sampe ahir,,, klo boleh saya tunggu di e-mail saya,, terima kasih

  4. kalo saya dah terformat hard disk tu, boleh tak saya nak dapat kat data-data dalam tu??

  5. saya hanya tahu recover data yang belum diformat dan hard disk masih boleh detect.. kalau kes macam tu rasanya kena cari syarikat yg boleh recover data..
    harganya sangat mahal..

  6. Saya dah ubah cdrom untuk jadi 1st boot then save.
    tapi bila restart pc, masih tak baca cdrom sebagai 1st boot?
    kenapa boleh terjadi. saya guna win xp

    tolong respon segera. terima kasih

  7. sy nk guna puppy linux..dh copy masuk pendrive..kna install plak ke?sbb icon die kne pilih program baru bleh bukak..cmne ye?

  8. Assalamualaikum…

    ada x software free utk sy recover data-data sy didalam external hardisk. bnyk yg sy download mnta serial key..ada x yg free..klu ada blh x emaik kepada sy..

    terima kasih atas bantuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge