Terima kasih kerana melawat blog ini!
Ramai rakan-rakan saya yang telah “sebati” dengan Windows, agak keberatan untuk cuba menggunakan Linux, walaupun berbagai penjelasan diberikan (percuma, sekarang dah mudah, komputer lama pun boleh guna, tidak jauh beza dengan Windows, …) tetapi nampaknya semakin banyak pula soalan dan alasan untuk tidak menggunakannya. Saya faham, kalau nak berubah kepada sesuatu yang baru, biasanya memanglah begitu π
Oleh itu, saya ingin memperkenalkan satu lagi Linux yang boleh anda cuba sekiranya ingin belajar-belajar berkenalan dengan Linux. Anda tidak perlu install dalam hard disk komputer anda, anda boleh jalankan Puppy Linux ini hanya menggunakan pendrive ataupun CD sahaja! Lagipun grafik Puppy Linux pun agak cun, menarik dan mudah digunakan… Kalau dah betul-betul puashati dan berminat, barulah install ke dalam hard disk.
Berikut ialah kelebihan menggunakan Puppy Linux…
Kelebihan Menggunakan Puppy Linux (dan lain-lain Linux)
- Percuma.
- Mudah untuk dipelajari.
- Data lebih selamat berbanding Windows (dari serangan virus, spyware, …). Boleh rujuk artikel “safe internet banking“.
- Selamatkan Data Yang Hilang Ketika Menggunakan Windows atau akibat serangan virus.
- Boleh boot linux dari pendrive atau CD (tanpa guna hard disk)
- Boot dan penggunaan applikasi adalah pantas, Puppy Linux hanya menggunakan 100MB sahaja! komputer lama pun boleh digunakan…
- Boleh bawa kemana sahaja kerana puppy linux boleh dsimpan di dalam pendrive atau CD.
Cara Buat CD Bootable Puppy Linux
- Download file ISO dari website Puppy Linux.
- Burn file ISO tadi ke dalam CD.
- Restart komputer dan Boot Komputer Menggunakan CD Bootable Puppy Linux.
Cara Buat Pendrive Bootable Puppy Linux
- Rujuk artikel membuat bootable pendrive menggunakan UNetbootin bagi membuat bootable pendrive yang diisi perisian Puppy Linux. Anda hanya perlu pilih “Puppy Linux” dan klik “OK”.
- Restart komputer dan Boot Komputer Menggunakan Pendrive Bootable Puppy Linux.
Related Posts:
Tags: cara backup data, cara mengembalikan data, cara recover data, kelebihan linux, masalah virus, perisian percuma
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>
berubah jadi baik dan terbaik.
setiap perubahan melalui
jalan yang sukar.
setakat aku berjaya hadapi
semua masalah dengan Linux.
setiap hari rasa selamat.
tiada ancaman virus.
ye, bila open source ni source code dia pun telus.. satu dunia contribute utk pastikan secure..
sejarah microsoft naik dulu.
bill hantar Os pada IBM.
syarikat milik yahudi,
ibm jenama komputerbaik dunia tu la.
patut kena ada virus.
nama pun closed source code, kita guna je.. apa coding sebenarnya hanya microsoft je yg tau…
bila ada virus, kena keluar duit lagi..
mudah2… kalau ram 1 gb cukup ker requirement dia??
lebih dari cukup!
pernah try puppy linux sebab nak replace windows xp pasha yg running on the celeron pc tapi malangnya dia tak support unity webplayer yg pasha perlu untuk main game chuggington dia… so maintain la xp…
kalau ubuntu ada byk software utk support software linux..
contohnya wine. tapi tak pernah try utk game chuggington tu.
kalau berkesempatan, sy cuba tambah artikel yg berkenaan, insyaAllah.
aku dah usya, memang terbaik, sebab dia ringan dan smooth
aku pn baru guna je, tp nmpak menarik dan ringan..
bagus jugak ni
boleh try nanti
dah cuba baru tau π
as’salam…sy nak tny sifu sufian pasal nak install puppy linux.
sbb sy dah buat boot guna unebootin – usb (successful, tapi..tapii..
bila nak install puppy linux tu sy betul2x xtau n xpaham nak kena buat camne, tolong xplain details sikit pada sy bole?
(skrg ade masalah dgn xternal- data xbole baca n minta sy format)
so sy ingat nk try la dulu puuppy linux kot2 la bole backup data2 akaun yg mmg penting sgt, pasal audit punya kje.
would highly appreciate your immediate response..thank you>>>
salam,
sebenarnya sy tunjuk puppy linux tu sebab tu antara linux yang paling ringan, boleh digunakan kalau setakat nak backup urgent data..
banyak cara install di internet..
tapi kalau masih tak boleh juga..
minta tolong guna komputer sapa2 yg ada linux, utk backupkan.. mana2 linux pun boleh rasanya.. asalkan hard disk masih boleh detect..
boleh tak tolong ajar saya dengan lebih lanjut untuk pendrive bootable puppy linux ???? saya nak install macam mana eakk ???
salam…
saya nak tnya cara buat pendrive bootable puppy linux tu memang lama ker??? atau kejap jer????